Bibir Lebam Itu Seksi Tak?

Dah 2 entry aku post dengan jayanya hari ini.. Haha.. Jiwa kacau memang begini jadinya aku.. Ngee.. Petang tadi tengok episod terakhir Cinta Balqis yang memang sudah aku jangkakan penyudahnya, with Hassan.. Yippie.. Yeehaa.. Sambil menonton aku sempat menyelak akhbar Utusan di atas meja.. Tajuk besarnya, Kempen Berhenti Merokok Gagal.. What to expect? Memang boleh jangka.. Tambah lagi menonton Cinta Balqis, watak yang dilakonkan Zamarul Hisham.. Adik-adik aku selalu juga bertanya, "kenapa bibir dia lebam Along?" Aku tak menjawab tapi bertanya.. "Kenapa? Seksi ke?" Hahahahaha..



Siapa ingat lagi entry aku dulu tentang rokok? Tajuk entry itu Smoke Till You Die.. Muahahaha.. Entry itu aku tidak condemn sesiapa pun sebab aku faham, memang perkara yang amatlah sukar untuk berhenti merokok sebab ianya dah menjadi sebati dan seperti satu keperluan dalam hidup seorang perokok tegar.. Menrut akhbar, daripada 3 juta perokok di seluruh Malaysia, cuma 5 ribu saja yang mendaftar untuk Klinik Berhenti Merokok.. Anda fikirkan sendirilah gagal atau tidak.. Hehe.. Aku pernah ke Klinik Berhenti Merokok dan aku lihat memang banyak peruntukan ke arah itu, ubat-ubat untuk itu bukannya murah abang-abang dan kakak-kakak.. Huhu.. Apa lagi.. Iklan merata-rata tentang bahaya merokok, potong kaki, barah paru-paru, barah mulut, dan macam-macam barah lagilah.. Hasilnya? They will just watch but later they will totally forget about it.. Sebabnya? Bukan senang mahu stop smoking.. Unless ada kesedaran sendiri.. Itu saja..


Foot note untuk entry aku tentang merokok itu adalah aku kalau boleh mahu suami yang tidak merokok.. Haha.. Kalian tahu komen apa yang paling terkesan sekali? Datang dari abang Saifol Lizam.. Wawawa.. Bunyi dia macam ini..


"oo.. pandailah kau farhana dah jadi iklan jgn merokok pulak...

nanti kau dapat suami yg gila merokok baru kau tahu... heee

lepas tu abg.epul tgk kau kesian hari2 tukang buang habuk rokok kat umah.. haaaa..."



Sampai sekarang bila aku ingat balik komen abang Epul, aku akan gelak sendiri.. Hmmm.. Macam susah juga mahu cari suami tak merokok.. Sebab sekarang hampir semuanya merokok tak kira lelaki atau perempuan.. Dah jadi satu keperluan dan bukan kehendak.. Hmmmmm.. Aku petik sedikit quote dari perokok-perokok yang aku ambil di akhbar..




Sheila Mambo - Berhenti kerana keguguran tapi hisap semula

AC Mizal - Berhenti? Berat saya naik 5 kilogram


Hasnol (Pegawai Swasta) - Tekanan kerja jadi penghalang berhenti

Jue (Pelajar kolej) - Apa bezanya wanita dan lelaki merokok

Zam (Tingkatan 4) - Merokok lebih dewasa, matang

Zainudduin (Tingkatan 5) - Emak, ayah tak marah


Alia Ahmad (Pengurus) - Apa salahnya orang bertudung merokok?

Zaiton - Rokok ubat kuruskan badan

Fatimah (Bekas Pelajar Aliran Agama) - Terasa ingin merokok semula tapi tak kena dengan imej muslimah



Aku bukanlah dibayar untuk iklan stop smoking, bukan juga mahu mengajak orang berhenti merokok.. Hehe.. Sebab aku tak ada formula pun untuk orang berhenti merokok.. Nasihat? Takkan jalan punya.. Cuma satu saja aku harap, kalau ditakdirkan suami aku seorang perokok, boleh tak aku minta, abang jangan merokok masa saya sedang pregnant? Ngeee.. Tak melampau kan permintaan saya? Hehehehe.. Nanti baby dah lahir, ajarlah anak abang hisap rokok puas-puas ya.. Huuhuu..





FOOT NOTE: Tak sabar nak "pow" Bro Jawa kek besar!!!! Hahahaha..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.