Jard Ajar Aku Jadi Kaki Skodeng

Di tengah malam yang sunyi, menelusuri jalan-jalan di maya ini, hinggap di sini sebentar melepaskan lelah.. Saja bosan-bosan, daripada goyang kaki baik buat homework yang Jard bagi.. Hehehe.. Bermain bersama Google Earth.. Walaupun ini gambar satelit beberapa tahun yang lepas di mana masih banyak lagi tempat yang belum wujud, tapi aku layanzzzz saja.. Hehe.. Gambar-gambar di bawah adalah hasil tunjuk ajar Jard menjadi penyekodeng yang berjaya.. Yeehaa.. Kalau agak-agak kurang nampak, anda boleh tambah power cermin mata anda atau klik saja pada gambar.. Hehehe..



Hey hey.. That is my house.. Rumah Cahaya Yang Riang Gembira.. Ekeke.. Lokasi rumahku di Ipoh, Perak.. Dekat dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun.. Datang hospital jangan lupa jenguk aku okey.. Heehee..



Ini adalah ladang.. Tapak rumah yang kami sekeluarga sewa sekarang di Taman Desa Duyong, dulunya adalah ladang kelapa sawit.. Heehee.. Masih belum berupdate lagi.. Dahsyat.. Hahaha.. Kawasan ini agak keras kerana anda sendiri lihat dulunya ia adalah kawasan ladang.. Penduduk taman ini selalu nampak pontianak, langsuir berkeliaran.. Pernah ada Ustaz datang ke kawasan perumahan kami kerana ada jiran yang diganggu.. Menurut Ustaz itu, sukar menghalau makhluk-makhluk di sini kerana itu adalah tempat tinggal mereka.. Ustaz itu menyenaraikan beberapa makhluk yang ada seperti harimau, nenek kebayan.. Huuhuu.. Meremang segala bulu dengar..



Okey next.. Ini adalah kampungku tercinta.. Jika ramai yang masih tak tahu, aku tinggal saja di Melaka tapi aku asalnya orang Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor.. Ngee.. Dalam kotak biru itu adalah rumah arwah Tok Janggut aku iaitu ayah kepada abahku.. Rumah yang sekarang sudah ditinggalkan selepas Tok meninggal kerana sakit lelahnya..



Lastly, masih lagi di Kampung Makam.. Rumah nenek dan moyang aku sebelah mak.. Mak dan abah sekampung.. Ngee.. Bulatan besar itu adalah rumah nenek dan moyangku.. Kedua-duanya masih sihat walafiat.. Syukur Alhamdulillah.. Bulatan kecil adalah ex-rumahku.. Duduk di situ sampai umur 4 tahun sebelum berpindah ke Miri, Sarawak.. Kampung Makam seperti namanya, sana sini penuh dengan makam orang zaman dulu kala.. Kalau jalan sikit, jumpa makam.. Jalan ke depan lagi, ada lagi.. Memang kawasan sini amatlah keras.. Macam-macam dah jumpa.. Haih.. Tempat tinggal aku semua keras-keras ye.. Huuhuu.. Okey selesai kerja.. Yippie!!!


Bagi yang dah tahu rumah aku, cool-cool sudah.. Jangan excited gila sampai terjah pun tak inform.. Wakaka.. At least kalau mahu hantar rombongan merisik ke, bertunang ke, meminang ke, calling-calling dulu.. Boleh aku touch up ke masak cekodok ke, roti jala ke.. Ekeke.. Next time kalau masih panjang lagi jodoh dengan Blog tercinta ini, aku update rumah bakal suami aku pula.. Ngee.. Di mana? Siti Nurhaliza kata, Biarlah Rahsia.. Heehee.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.