Antara Bijak Dan Emosi Kaitannya Dengan Ibu Bapa Kita

2 minggu pengalaman mengenali seorang insan hebat, banyak yang aku belajar.. Ingat lagi tentang sperma dan ovum yang tak sehaluan? Semua adalah kerana beliau, jika tidak sampai bila-bila pun aku tak tahu.. Jadinya apa yang aku belajar aku ingin kongsikan dengan kalian, semoga ada manfaat.. Juga buat renungan kita bersama.. Kali ini tentang apa pula? Hmmmm.. Bijak dan emosi seorang lelaki.. Apakah kaitannya dengan kedua ibu dan bapa kita.. Bagi yang gemar membaca mungkin pernah berjumpa tentang isu ini yang bagi aku agak menarik untuk kita dalami.. Bagi yang belum tahu, jom aku story sikit..


Kata insan itu padaku, tahu tak yang menurut kajian, kebijaksanaan yang anak lelaki warisi, genetiknya itu datang dari ibu kita? Aku agak terkedu sebab seumur hidupku aku tak pernah tahu.. Dek kerana rasa yang ingin tahu, balik rumah aku google sana sini tentang intelligence gene.. Tak sangka memang banyak artikel tentang itu.. Ada 2 artikel yang menjadi rujukan aku dan aku akan share dengan kalian.. Mula-mula agak sukar sedikit untuk aku fahamkan sebab aku lemah bab-bab genetik dan kromosom.. Hehe.. Lama kelamaan, study sikit-sikit, bolehlah kiranya aku buat rumusan ringkas untuk tatapan semua.. Kalau ada yang aku salah tafsir atau silap rumusan, jangan segan-segan untuk tegur okey.. Ngee..



Okey.. Menurut kajian, genetik bijak terletak pada kromosom X yang dibawa oleh ibu.. Kromosom Y pada bapa pula lebih mendominasi sistem limbik yang mengawal emosi, keinginan untuk makan, compete dan sebagainya.. Seperti yang kita tahu, kromosom lelaki adalah XY.. Wanita pula XX.. Jika pasangan mendapat anak lelaki, dia akan mewarisi kromosom X dari ibunya.. Dan jika ibunya seorang yang bijak, maka automatik genetik bijaksana turun pada dia.. Tetapi lain pula cerita dengan anak perempuan, kerana dia mewarisi 2 kromosom X dari ibu dan ayah, jadinya dia tidaklah sebijak seperti anak lelaki tadi.. Diulang! Genetik bijaksana datang dari kromosom X si ibu sahaja.. Senang cerita, anak lelaki dapat PURE punya X tapi anak perempuan punya X dah bercampur.. Faham tak? Heehee..



Makanya, seorang anak lelaki boleh jadi terlalu bijak atau terlalu tak bijak.. Anak perempuan pula yang sedang-sedang saja bijaknya.. Dan ada beberapa artikel menyebut, jika mahukan anak lelaki yang extremely intelligent carilah isteri yang bijak.. Haha.. Dalam artikel yang bertajuk THANK DAD FOR DRIVE but THANK MOM FOR BRAINS ada bercerita tentang kajian yang dibuat tetapi pada haiwan.. Gelinda Cooper juga ada mengulas tentang ini dalam artikelnya bertajuk Brainy Sons Own Intelligence To their Mothers.. Cuba anda baca dan apa kata anda?



Banyak juga artikel tentang kenapa perempuan lebih ramai yang menyerlah dalam pelajaran berbanding lelaki.. Pernah baca? Jadinya aku mahu simpulkan, bijak atau tak bijak tak menjadi persoalan.. Ingat apa kata Thomas Alva Edison? GENIUS IS 1% INSPIRATION AND 99% PERSPIRATION.. Walau bijak macam mana pun kita, kalau tiada usaha, tak ke mana.. Tetapi kalau kita tak bijak, dan kita cuba dan berusaha untuk memajukan diri, kita akan jadi jauh lebih hebat dari orang yang bijak tapi hanya bergoyang kaki dan tak memajukan diri.. Quote yang aku sangat suka dan aku petik dalam salah sebuah artikel di atas..


Success in almost any fields depends more on energy and drive than it does on intelligence.. This explains why we have so many stupid leaders.. - Sloan Wilson


Tapi kalau anda seorang yang bijak tambah lagi anda berusaha keras, pasti anda menjadi sangat hebat.. Heehee.. Kadang-kadang bagus juga aku rasa tahu sedikit sebanyak ilmu sebegini, at least aku boleh appreciate sesuatu tentang kehidupan ini.. Korang macam mana? Heehee.. Hope aku dapat sampaikan sesuatu.. Take care.. Assalamualaikum..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.