Tak Tahu Nak Dedikasikan Pada Siapa Dapatkan pautan Facebook X Pinterest E-mel Apl Lain - Januari 25, 2010 Semenjak kelmarin ada sesuatu yang aku nak tujukan.. Teringin sungguh aku nak dedikasikan lagu ini.. Masalahnya pada siapa? Untuk siapa? Sampai saja pada soalan itu aku buntu, tak mampu berfikir dan buat keputusan.. Jom layan lagunya..Tak mengapalah, aku tujukan buat semua yang membaca.. Lagu tadi untuk kamu-kamu semua.. Just for you.. Best tak? Heehee..Pernah tak sepanjang perjalanan hidup korang, korang tiba di satu junction yang punya banyak simpang dan korang tak mampu, buntu untuk membuat keputusan? Pasti semua pernah.. Sebab jalan kehidupan tak selalunya lurus dan indah.. Apabila sampai di situasi seperti ini, kita sebolehnya ingin mencuba segala pilihan yang ada.. Untuk peroleh pengalaman yang dapat membantu mendewasakan kita.. Tapi tak semua perkara boleh kita lakukan begitu.. Ada yang menuntut kita untuk mengorbankan yang lain dan memilih hanya satu saja.. Pengorbanan dan memilih itulah yang sukar dilakukan sebenarnya.. Namun akan jadi mudah jika kita minta petunjuk dariNya.. Betul tak?Aku dah buat keputusan nak dedikasikan lagu ini exclusively untuk siapa.. Heehee.. Korang semua macam mana? Dah buat keputusan untuk memilih? Tak kisah pilihan itu tepat atau tidak, yang penting pilihan itu buat kamu bahagia dan kamu takkan menyesalinya.. That is what matter.. Assalamualaikum..FOOT NOTE: Mode ~ Can't Smile Without You (Barry Manilow), aku nak senyum selalu.. Dapatkan pautan Facebook X Pinterest E-mel Apl Lain
MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet - Julai 02, 2013 Assalamualaikum. Okay, first of all, pictures attached in this post are taken from Google, credit to the respected site. Atas sebab tidak mahu blog ini terus tercungap-cungap, ibarat nyawa-nyawa ikan sebab jarang ada post baru, jadi aku ambil keputusan untuk kongsikan pengalaman menjalani MRI di Hospital Melaka pada hari ini, 1 Julai 2013. Temujanji aku adalah pada pukul 2 petang tapi dah menjadi kebiasaan untuk aku datang lebih awal 10 minit untuk apa juga temujanji. Prinsip yang terbaik kita pegang, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. Berdebar tak usah dikatalah, sepanjang jalan menuju ke MRI suite memang hati berdebar memanjang. Setelah selesai pendaftaran, aku diberikan baju hospital untuk ditukar. Segala macam peralatan besi yang ada pada badan perlulah ditanggal kerana seperti yang aku tulis di atas, ianya adalah gua MAGNET. Sebelum menjalani MRI juga ada checklist yang perlu ditanya kepada pesakit contohnya seperti pernah menjalani pembedahan memas... Baca lagi
Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta? - Januari 01, 2010 Borak bersama bapak tersayang tempoh hari menimbulkan kembali sejarah-sejarah entry yang lama.. Entry tentang penterjemahan lirik Raikan Cinta yang sensasi dan kontroversi itu.. Hahaha.. Masihkah anda ingat? Seriously aku tak tahu makna sebenar di sebalik lirik itu.. Sebab M. Nasir tak pernah calling aku pun inform pasal itu.. Haha.. Ada orang kata, SILENCE IS GOLDEN.. Tapi aku ini, memang suka bercakap.. Suka berkata-kata.. Aku suka pada perkataan.. Semenjak berjinak-jinak dalam dunia puisi, sajak, pantun di bangku sekolah, aku begitu mencintai patah perkataan.. Bagi aku, kata-kata bukan hanya sekadar satu ungkapan tapi satu bentuk ekspresi perasaan, luahan rasa jauh dari sudut hati yang kadang-kadang tak dapat kita suratkan.. Hanya mampu kita siratkan.. Dengan perkataan.. Sebab itu, kalau aku berkata-kata, aku benar-benar maksudkannya.. ( kecuali kalau aku bergurau ) Aku cinta padamu? Masih menanti untuk mengungkapkannya.. Sebab itulah dalam sesebuah lagu, aku terpaut pada liriknya d... Baca lagi
Soalan Ini Ada Jawapan Tak? - Disember 12, 2009 Ini ada 2 soalan bertaraf SPM.. Senang giler weh.. Tutup mata pun boleh jawab.. Tapi baca dulu soalan baru tutup mata wokeyh.. Hehe.. 1) Kalau seorang wanita meletakkan syarat mencari calon suami adalah yang sudah baligh * itu pasti *, punya kerja tetap, kereta, rumah juga wang simpanan yang sangat mencukupi untuk menanggung anak dara orang ataupun anak-anak dara orang.. Hehe.. Senang cerita lelaki tu orang senang laaa.. Haaa.. Macam Tan Sri Lim Goh Tong, Datuk Ananda Krishnan tu ke.. Hoho.. ~ Orang kata materialistik.. Pisau cukur.. Oh My Dior.. Salah ke bagi anda? Anda? Apa pula kata anda? Salah tak demand untuk kesenangan hidup di masa hadapan? Ngee.. Sila jawab.. Jangan segan segan.. ;) 2) Next soalan yang tak hot tapi cool.. Benarkah lelaki akan rasa "inferior", rasa tak secure, rasa rendah, pendek kata rasa yang tak sedaplah bila pasangan dia lebih berkedudukan dari dia, lebih tinggi pangkat dari dia, punya kerja lebih baik dari dirinya?? Ataupun lelaki takut mendekati... Baca lagi