Siti Nurhaliza Kata No Komen!

Tajuk entry ini aku ambil mood sempena penjualan album CTKD yang tengah hot macam goreng pisang panas sekarang.. Dulu-dulu masa dunia dikejutkan dengan kehangatan percintaan Dato' Siti juga Datuk K, mulut Siti selalu meluncur perkataan, "NO KOMEN!" atau versi bahasa Jawa, "Biarlah Rahsia".. Selepas itu memang trend artis kita jawab soalan wartawan dengan NO KOMEN.. Haha.. Okey, cukup sampai situ mukadimah tentang Siti Nurhaliza dan komen..




Semalam seperti biasa aku menjalankan aktiviti blogwalking aku.. Macam-macam entry aku baca dan satu entry itu buatkan aku ingin mencoret sesuatu di sini juga.. Tentang kisah NO KOMEN.. Tiba-tiba otak terbang ke bulan Februari 2009, saat pertama kali berblogging.. Ketika itu aku masih mentah lagi dalam arena ini.. Aku tulis aku baca.. Aku tak pasti ada tidak insan lain yang juga membaca kerana tiada siapa yang meninggalkan jejak.. Konon-konon kecewa, 2 bulan aku berhenti berblog.. Bulan April menyaksikan aku kembali ke arena ini.. Dengan semangat baru untuk menyemarakkan lagi dunia Cahaya Yang Riang Gembira ini.. Sampailah bulan Januari 2010, aku tetap bertahan.. Di awal-awal berblogging, pemikiran masih lagi di satu tempat, makin jauh aku berjalan dalam dunia maya ini, makin berkembang pemikiran aku.. Untuk yang masih lagi baru menghidu udara-udara dunia blogging, usah dibimbangkan tentang NO KOMEN.. Itu sebenarnya suatu proses dalam melalui liku-liku dunia blogging..



Satu saja kata-kata yang boleh kita pegang, "TAK ADA ORANG KOMEN TAK SEMESTINYA TAK ADA ORANG BACA BLOG KAMU SAYANG!!" Ngee.. Kata kunci yang kamu boleh pegang, RAJIN, IKHLAS, HUMBLE, PERAMAH, dan lain-lain lagi sifat yang cambest.. Rajin update entry, rajin blogwalking, rajin bertegur sapa.. Ikhlas dalam berkawan, ikhlas tulis entry.. Rendah diri tak kira pada blogger lama atau baru.. Peramah dan tegur saja sesiapa yang anda nampak.. Dan ada banyak lagi..



Okey okey.. Tak payah runsing.. Kita fikir begini.. Blog itu adalah diri kita yang berjalan di atas jalan kehidupan.. Sepanjang jalan kita ini, macam-macam cerita pasti ada, lalu kita jadikannya sebagai sebuah entry.. Dalam kita berjalan, kita jumpa ramai orang yang punya macam-macam ragam, itulah orang yang tinggalkan komen..


1) Ada yang mungkin hanya berbalas senyuman (drop by di shoutbox and say Hi)


2) Ada juga takat bergesel bahu dan cium bau saja (jalan-jalan baca entry saja)


3) Ada yang mungkin menjeling dan menyampah (tak suka tuan blog atau entry tuan blog, dan tinggalkan komen yang berunsur tak puas hati)


4) Kalau kata ada yang tak perasan dengan kewujudan kita pun mungkin juga (blogger blogger yang belum habis kita explore lagi, sebab ramai wo)


5) Tak mustahil juga ada orang yang boleh kita jadikan kawan baik dan layan kepala gila.. (merekalah yang selalu komen, nak membina persahabatan yang begini kenalah dua hala, give and take, yang penting enjoy berkawan)


6) Dan ehem ehem.. Mungkin saja bertemu jodoh dan pasangan sehati sejiwa, siapa tahu? Kita yang pilih jalan kehidupan kita sendiri sayang.. (yang ini aku no komen.. ahaks)




Dan dia di atas ini, adalah budak senget yang sangat senget sampai aku pun jadi senget, iaitu Cik Sukiminna empunya blog Sukiprattle.. Kenapa dengan dia? Hahaha.. Ada satu funny story.. Kalau korang boleh tengok, dia adalah insan yang paling hyperactive dalam mengomen.. Kalian boleh tengok sendiri entry-entry sebelum ini untuk bahan bukti.. Kepala dia ting-tong dan senget, suka berlawan dengan aku "komen sampai lebam" tapi dia juga yang kalah.. Muahaha.. Al kisahnya, kerana tegarnya dia sebagai seorang pengomen, ada seorang guest yang datang berkunjung ke sini fikir blog Cahaya Yang Riang Gembira ini adalah blog Suki.. Hahaha.. Farhana tak kisah, bersyukur lagi ada pengomen aktif macam dia, teruskan semangat tanpa pudar ya Suki.. Aku sokong ko wahai Suki yang senget!! Itulah dia sedikit kupasan tentang NO KOMEN.. Hehehe..



Okey last.. Pakwe-pakweku sekalian, bapa mertua anda telah accident sebentar tadi dan aku kini baru saja pulang dari mengambil mak dan adik-adikku.. Abahku ke balai untuk buat report.. Amat teruk kereta itu disodok dari belakang, hancuq lebuq bumper, lampu sampailah ke pintu penumpang sebelah kiri kemek habis.. Impak yang sangat kuat sampai adik-adikku pening, mak sakit tengkuk dan paling kasihan, abahku sakit tulang belakang.. Akan ke klinik nanti bimbang apa-apa terjadi sebab abah sudah mula mengeluh kebas kaki.. Mana taknya, accident macam gajah pijak tikus.. Kereta apa aku tak sure tapi ala-ala Toyota Hilux melanggar kereta Atos Prima mak aku yang baru berusia 5 bulan..


Familiku memang begini, kereta baru tak sah kalau tak accident.. Dulu kereta Kancil aku dah selamat langgar divider highway, abah pula selamat melanggar Naza Ria beliau dengan pagar rumah.. Adesss.. Apa-apa pun semoga abah tak apa-apa.. Okey semua.. Selamat malam.. Tata.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.