Logiknya Lelaki Boleh Kahwin Sampai Empat

Hari ini hari aku mengajak kalian untuk berfikir, bertukar pendapat juga pandangan.. Berfikir bukankah mematangkan fikiran?




Dalam Islam sudah termaktub:


Seorang lelaki boleh mengahwini EMPAT orang wanita;
Seorang wanita boleh mengahwini SEORANG lelaki
Dalam satu masa..








Aku seorang yang stereotype dulunya, tidak pernah sekali aku bertanya kenapa dan mengapa, sebab pasti orang akan kata, sudah agama kita tetapkan begitu, terima saja.. Lantas aku terima bulat-bulat.. Tambah lagi aku hampeh dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.. For me, things must happen for reasons.. Takkan suka-suka saja dimaktubkan begitu, sebab itu aku tak pernah bertanya di mana rasional dan logiknya apa yang telah ditetapkan itu.. Perbualan dengan seseorang tentang ini buat aku banyak berfikir.. Aku google sana dan sini sebab sangat inginkan penjelasan yang lebih mendalam.. Kenapa dalam satu masa, LELAKI boleh berkahwin EMPAT sedangkan WANITA hanya boleh berkahwin SATU???



Penjelasan yang aku dapat tidaklah banyak mana, dan aku masih lagi mencari penjelasan dan pengertiannya.. Yang dapat aku kongsikan sedikit sahaja di sini adalah kemampuan yang ada pada lelaki iaitu untuk berbahagi kasih.. Ini mengikut kajian ya dan bukan bercakap ikut suka dan sedap mulutku ini.. Heehee.. Macam konsep ONE FOR ALL and ALL FOR ONE.. Erk.. Boleh digunapakai ke? Haha.. Sesungguhnya setiap yang Allah tetapkan dan rancangkan adalah begitu sempurna mengikut fitrah kita manusia sebagai seorang lelaki dan perempuan, dan tidak Allah jadikannya begitu saja..



Dan kalian semua, apa pula pandangan kalian tentang rasional dan logiknya dalam satu masa lelaki boleh kahwin empat dan wanita hanya boleh berkahwin dengan seorang lelaki? Mungkin kalian ada pandangan yang tersendiri yang boleh kita kongsikan.. Actually bagus juga kita tahu tentang perkara ini, baru kita mampu memahami dan mendalami konsep poligami.. Dan nanti, tiadalah pinggan mangkuk terbang melayang sebab wanita naik angin, atau lelaki berpoligami asyik-asyik dengan alasan sunnah Nabi.. Betul tak? Heehee..


Sebelum aku habiskan entry ini, aku mohon maaf kalau ada tersilap kata di mana-mana patah perkataan mahupun ayat-ayatku.. Aku hanya seorang insan biasa berusia 23 tahun yang masih mentah dan aku terima andai kata aku tidak layak berbicara tentang perkara sebesar ini.. Niat di hati cuma mahu mencari sedikit ilmu supaya dapat jadi bekalan di hari muka.. Untuk, untuk kamu, untuk kita semua juga.. Okey, sampai lain kali.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Makin dewasa kenalah makin matang dalam memahami semua tentang sesuatu perkara sebab dulu aku cuma faham sesuatu tentang semua perkara.. (^_-)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.