Sana Sini AJL

Seperti mana bunyi tajuknya, seminggu ini sana sini hangat memperkatakan tentang Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung malam ini.. Masing-masing dengan review masing-masing dan tekaan tentang siapa yang bakal jadi juara.. Aku selaku Mrs. Black Mentor telah pun melontarkan komentar aku di sana sini tentang pilihan hatiku yang aku harapkan menjadi juara malam ini.. Jadinya no review from me or should I say, "NO COMMENT".. Ngee.. Seperti kata-kata pujangga, dalam pertandingan, semua adalah pemenang dan tiada pengalah.. Tambahan pula aku rasa tahun ini AJL pasti best dan meletop kerana peserta-pesertanya yang mantop dan fresh fresh!! Terbaik dari ladang.. Muahaha..




Malam ini kemungkinan besar akan beradu lebih awal dari kebiasaan kerana keesokan pagi aku akan mulakan attachment aku di Klinik Dr. Halim, siapa-siapa di Melaka, datanglah singgah jenguk aku di sini.. Sila pura-pura sakit ya kalau mahu jenguk aku.. Hahahaha.. Oh ya, malam ini kalau kata ada rezeki kemenangan berpihak pada kami, silalah terjah teratak Mrs. Black ini untuk ucapkan Congratz Congratz, kalau nak bagi hadiah sebiji kereta pun I sudi.. Abang Black pun kata okeyh.. Aku Rindu Sayang Kamulah.. Hik hik.. Kalau tak menang, lupakan saja bahawa aku pernah menjadi Mrs. Black.. Kah kah kah.. Ini sedikit info suka-suki untuk tatapan anda..


1986 - Sekadar Di Pinggiran (Francisca Peter)
1987 - Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)
1988 - Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram)
1989 - Isabella (Search)
1990 - Janji Manismu (Aishah)


1991 - Takdir Dan Waktu (Mega)
1992 - Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)
1993 - Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latiff)
1994 - Tanya Sama Itu Hud Hud (M. Nasir)
1995 - Cinta Beralih Arah (Aishah)


1996 - Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza)
1997 - Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir & Jamal Abdillah)
1998 - Cindai (Siti Nurhaliza)
1999 - Andalusia (M. Nasir)
2000 - Balqis (Siti Nurhaliza)


2001 - Mimpi Laila (Yassin)
2002 - Keliru (Nurul & Ajai)
2003 - Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar)
2004 - Rela Ku Pujuk (Spider)
2005 - Gemilang (Jaclyn Victor)


2006 - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
2007 - Itu Kamu (Estranged)
2008 - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)




Ooppss.. Apa abang-abang Sepah aku buat di sini? Raja Lawak bukankah dah masuk musim keempat dengan kehadiran JD yang auwww.. Sweeeettt laa.. Muahaha.. Aku sangat mata keranjang okey, pantang nampak lelaki dahi tak berapa nak licin, mulalah gatal-gatal badan dan tak senang duduk.. Hahaha.. Nah! Lupakan sajalah, aku saja nak share video persembahan Sepah masa minggu ketujuh.. Mahu kamu semua lihat abang-abang Sepah aku nyanyi especially Abang Shuib dan Abang Jeff.. Err.. Berkenan sungguh dengan lelaki yang ala-ala rakyat biasa seperti mereka dan sedap menyanyi.. Sebab.. Sebab.. Mahu request boleh? Nyanyi lagu Selamat Ulang Tahun Sayang please.. Eh silap, termengada-ngada pula.. Selamat Hari Lahir.. Untuk akulah.. Ngee.. Bolehkan? Boleh tak? Bolehlah.. Wink wink.. (-_^)




FOOT NOTE: Tapi hari ini bukan hari lahir aku.. Haha.. Selamat Hari Lahir tipu-tipu untuk Boneka yang tipu aku.. Oh ya.. Abang Kawie dah tutup blog!!! Kemanakah dia menghilang? Sepikan dunia Kawie2020 tiada.. ;(



Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.