Ruginya Tak Dapat Salam Dengan Mamat Itu.. *Sigh*

Kisah yang sememangnya benar ini bergenrekan melankolik dan penuh dengan penyesalan.. Watak-watak di dalam entry ini adalah benar-benar belaka dan tiada sebarang unsur penipuan..

Cerita ini berlaku tidak lama dahulu, dua tiga tahun lepas barangkali.. Farhana memang nama sebenar, sedang bercuti-cuti hujung minggu di rumah.. Gadis berusia awal 20an ini sememangnya agak cantik dan wajahnya persis Salma Hayek (wajah saja bukan body), peramah, gila-gila, cuba bilang siapa yang tak jatuh cinta pada gadis seperti Farhana.. Tapi dek kerana rangka tubuhnya yang agak besar seperti Colby Caillat ditambah lagi dengan kegemukan akibat daripada pemakanan tidak terkawal di zaman akil balighnya, hasilnya tadaa.. Sungguh montel dan chubby.. Akibatnya, kecantikan Farhana terselindung dek kerana kegemukannya itu.. Dek kerana itu juga, dia tidak kelihatan seperti usianya yang awal 20an itu..



Cuti hujung minggunya dikejutkan dengan berita tentang kedatangan abang sepupunya bersama seorang kawan lelaki ke rumah petang Ahad itu.. Abang sepupunya itu dipanggilnya Angah Azri.. Farhana begitu teruja dengan berita kedatangan abang sepupunya bersama SEORANG KAWAN LELAKI.. Remaja yang dalam tempoh pertumbuhan dengan rembesan hormon yang tak seimbang seperti Farhana, excitednya memang dua tiga macam.. Aku sendiri pun pelik dengan budak Farhana ni..


Jam menunjukkan 5 petang.. Tiba-tiba, bunyi hon kereta kedengaran di luar.. Farhana dengan ghairahnya keluar dengan baju ala-ala mak nenek (duduk rumah nak cantik-cantik buat apa), barangkali lupa untuk touch up dan get changed.. Lantas mengorak langkah cepat dari dapur ke ruang tamu.. Mak masih lagi di atas bersiap-siap, Farhana pula beriya-iya menyambut tetamu..



ABANG-ABANG SEPUPU - Abang Afiq (PINK) & Angah Azri (BIRU)


Belum pun sempat Farhana ke muka pintu, dia lihat ada seorang lelaki berjalan menghala ke arahknya dengan senyuman manis dan berdiri di dekatnya, depan mukanya.. Dengan gaya sedikit tunduk, lelaki itu menghulurkan tangan pada Farhana.. Dalam hati Farhana, "Apakah?" Di saat genting itu, di mana Farhana teragak-agak mahu hulurkan tangan juga atau tidak, abang sepupunya masuk.. Ibunya juga perlahan-lahan menuruni tangga.. Abang sepupuku cepat-cepat melangkah ke arah kawan lelakinya itu dan berkata..


"Woi Harry, itu sepupu akulah!!!" statement yang menggegarkan dunia lelaki itu.. Farhana pula tersengih, ibunya pula hanya tergelak diikuti gelak abang sepupu Farhana.. Lelaki yang namanya Harry itu lantas menepuk dahi dan terpacul dari mulutnya, "Allah!! Aku ingatkan makcik ko.." Farhana ketika itu rasa mahu menghantukkan kepala ke dinding selepas mendengar perkataan MAKCIK!!! Dia lantas ke dapur semula untuk membuat air, langkahnya penuh kekecewaan kerana dipanggil MAKCIK!!!



Inilah dia Abang Harry.. Ngee.. Sorry bang, letak gambar kamu di sini!!

Tak lama selepas kejadian itu, mereka berkenalan dan sempat jugalah berSMS.. Bila Farhana ingatkan Abang Harry tentang perkara itu, serious katanya dia malu gila, segan tak tahu mana mahu sorok muka.. Hahahaha.. Namun kejadian itu sedikit pun Farhana tak letak dalam hati.. Dia seakan lupa kerana lihat saja, baru sekarang terhegeh-hegeh mahu kuruskan badan.. Selepas beberapa tahun.. Jelas sekali memang dia tak ambil port apa orang kata.. Apa moral of the story ya? Melayu mudah lupa? Atau lantak pi orang nak kata apa, asal aku hidup bahagia? Hehehe.. Kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri.. Ngee..


Kalau BonekaTakSakit di tempat Farhana mesti dia rasa terkilan dan menyesal sebab tak dapat salam dengan lelaki itu.. Bak kata Boneka, sentuhan tu macam elektrik dol!! Wakakakaka.. Okey semua, sampai sini saja kisah yang penuh melankolik dan penyesalan ini.. Errr.. Melankolik ke? Ada yang nangis? Hehehe.. Tata semua.. Assalamualaikum..


(Selesai saja entry ini, aku yakin bilangan insan yang menaruh hati pada insan bernama Farhana akan jatuh menjunam dari beribu lemon kepada.. KOSONG??? Ahaks..)




FOOT NOTE: Tergerak hati menulis entry ini setelah membaca entry Cikgu Isza di sini..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.