Entry Suka Suki Yang Dah Lama Aku Tak Buat

Semalam aku cukup gembira, cukup happy, cukup ceria.. Secukup rasalah kiranya.. Sebab aku begitu terhibur dengan persembahan malam semalam.. Siti Nurhaliza dan Azlan buat aku ternganga dengan Laguku Untukmu.. Awek Indian yang menyanyi ala-ala Lata Mangeshkar semasa persembahan Pergi dari Aizat buat aku terpaku.. Faizal Tahir dengan Bencinta buat aku tak senang duduk.. And of course as Mrs. Black, persembahan Mr. Black aku juga melekat di hati.. Ooppss.. Itulah antara performances yang paling terkesan dalam hati aku.. Last night was a blast.. Serious best!!!



Selesai menonton aku online sebentar.. Rasa-rasa yang happy, ceria, gembira tiba-tiba terjelupuk jatuh dan aku mula rasa sakit, sedih, dan suram.. Ada sesuatu dalam dunia maya ini yang bikin hati aku rasa dicarik-carik.. Argghhh!!! Tolonglah hati jangan begitu manja.. Please air mata jangan sedikit-sedikit mahu mengalir.. Jangan ikutkan sangat pujukan syaitan lantas engkau jadi lemah dan tewas dengan perasaanmu sendiri.. Please please please Farhana!!!




Pagi ini bangun dan bersiap mahu ke klinik tapi Dr. Halim pula bercuti.. Duduk rumah online sajalah kerja aku.. Sambil-sambil melayan TV di pagi hari.. Tertarik dengan cerita Latin, The Emerald Necklace.. Okey okey okey.. I admit, it's not the series but the main actor actually took my heart away.. Again.. Kasanova betul engkau Farhana.. Hik hik hik.. Jom jom jom tengok hero dia, nama dia OSVALDO LAPORT.. Actually dia hero tua, tapi pergghhhh.. Badan mantop!! Gila sasa!! Masa dia swimming, adoiyai.. Luruh jantung wanitaku.. Erk.. Sekali sekala, tak apa.. Kot.. Mesti semua dah boleh identify lelaki bagaimana taste aku.. Muahahaha..



TELENOVELA - THE EMERALD NECKLACE
TV2 9.30 Pagi




Osvaldo Laport - Walau tua tetap ada ummpphh!!!


Ooppss.. Gambar yang ini tengok sekali lalu saja okey!




Untuk lebih jelas, sila magnify gambar di atas.. Haha.. Itu dia.. Bahasa Alien.. Kah kah kah.. Siapa tahu itu bahasa apa? Aku pun tak tahu.. Tapi disebabkan aku berkenan gila-gila dengan opening song this telenovela yang dinyanyikan Osvaldo Laport bertajuk Te Tengo Que Encontrar, aku terus mengGoogle untuk cari mp3nya.. Dan hasilnya.. Tadaa!! Aku berjaya meredah laman web berbahasa asing ini untuk download lagu-lagu dia.. Ya.. Aku ulang.. Lagu-lagu.. Download habis satu album mamat ni.. Hahahaha.. Untuk pengetahuan anda, page ini tidak boleh ditranslate okey.. Kira kental juga aku redah bahasa yang aku tak faham, klik sana dan sini hanya semata-mata untuk Osaldo Laport.. Oh Farhana.. Anda memang wanita kental!!!


Baik, sekian sahaja entry suka-suki aku.. Mahu layan lagu baru download.. Genre? Balada jiwang.. Nak sambung sedih malam semalam.. Tak habis lagi, sebab separuh jalan mengantuk.. Okey, assalamualaikum semua..




FOOT NOTE: Font besar ATAU font kecil? Mana satu lebih elok pada pandangan anda? Untuk comparison, entry yang ini dan entry di bawah.. Sekian, tata..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?