Aku Dan Seorang Gadis

Entry semalam kita bicara soal kepastian dalam cinta.. Tengahari yang permai ini, aku dengan rajinnya membuat konklusi kepada perbincangan kita malam semalam.. Wawawa.. Penat dah aku belek buku, baca buku, take a break dengan blog sekejap.. Heeee..



Kesimpulan yang aku dapat dari survey semalam, kepastian dalam sebuah percintaan adalah PENTING.. Aku ibaratkan kepastian dalam hubungan sebagai satu teka-teki yang susah tahap 19 petala.. Di mana jawapan kepada teka-teki itu cuma ada pada orang yang memberi teka-teki itu yakni samalah juga dengan pasangan kita.. Heehee..


Aku pernah ada kisah silam dahulu kala tentang kepastian dalam hubungan.. Disebabkan aku tak jumpa jawapan kepada teka-teki aku, aku terus tanya pada orang yang memberi teka-teki itu.. Well.. Macam biasa, jangan mengharap happy ending seperti kisah Cinderella dan Snow White.. Haha.. Frust menonggeng tertonggeng tergolek aku dibuatnya.. Semuanya sebab kelemahan aku yang satu.. Aku terlalu taksub kepada fairytale yang kisah cintanya begitu sempurna dan aku anggap wujud di dunia kita.. Makanya aku jadi terlalu mengharap, budget boleh jadi macam fairytale ada happy ending, seumur hidup jatuh cinta sekali saja, tapi ini dunia realiti.. Hahaha.. Bila mengharap tinggi sangat, apa yang kita harap tak menjadi, memang sakit wo.. Macam rasa badan kena toreh dengan chain saw.. Hehehe..


Well, my bad sebab terlalu mengharap pada orang yang salah.. Okey dah dah.. Lupakan saja kisah zaman World War itu, dah berkurun lama dah pun.. Hiduplah dengan happy sekarang.. Heehee.. Petang ini episod akhir Cinta Balqis.. Yippie!!!



Aku dan seorang gadis itu tajuk lagu hasil ciptaan seorang penasihatku di alam maya.. That day he told me about this song and I search for it in his blog.. Tadaa.. Inilah lagunya.. Lagu yang dah hampir 20 kali aku dengar.. Sebab aku suka banget dan aku dengar sampai 20 kali.. Hehehe.. Penulis liriknya bernama King dan menurutnya ini adalah kisah benar.. Tentang apa? Anda sendiri mungkin boleh mentafsirnya.. Dengar jangan tak dengar.. Lagu ini sudah dipost pada bulan April tahun lepas dan mungkin ramai dah dengar, bagi yang belum, dengarlah okey.. Anda sendiri menilai best ke tak best.. Heehee.. Okey.. Assalamualaikum..





AKU DAN SEORANG GADIS

Baru seminit berbicara maya denganmu
Seperti setahun aku kenali dirimu
Membuatkan aku rasa ingin bertemu
Di dunia nyata siapakah kamu


Telah kubaca segala cerita hidupmu
Derita di sebalik wajahmu yang ayu
Akanku ringankan setakat yang aku mampu
Sehingga terukir senyum di bibirmu


Mungkinkah kehadiranku di dalam hidupmu
Cuma secebis takdirmu yang telah ditentu
Namun aku bahagia ko telah bertemu arah
Bukannya kernaku kau berubah


Aku keliru memikirkan perasaanku
Perasaanku terhadap dirimu
Adakah cinta yang lahir itu sejati
Ataupun aku sayang kamu kerna simpati


Inginku luahkan sesuatu dalam hatiku
walaupun sukar, payah dan lidahku kelu
Itulah kejujuran terbit di jiwaku
Cumaku pinta pengertian darimu


Hanya kenangan kita yang indah ku tuliskan
Dalam catatan diari hidupku bersamamu
Agar suatu hari dapat mengingatkan aku
Pengalaman bertemu denganmu





FOOT NOTE: Berhenti berharap bak kata Sheila On 7..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.