Air Yang Orang Kata Boleh Tambah Power!!

Ohh.. Dah hampir tengah malam.. Cinderella kena pulang sebentar lagi.. Sebelum itu, akak Cinderella mahu conteng-conteng sedikit di sini.. Mahu cerita tentang air power.. 100 Plus.. Dulu sana sini bercerita tentang air berkarbonat Coca Cola.. Kali ini aku kongsi sedikit tentang air 100 Plus ini pula.. Semoga perkongsian ini ada manfaat bagi yang belum mengetahuinya..




Ramai antara kita mesti dah tahu tentang air 100 Plus ini.. Basically, air ini menggantikan elktrolit dan air yang hilang dari dalam badan selepas selesai aktiviti sukan.. Ada yang kata boleh menambah energy dan elok diminum semasa bulan puasa.. Untuk further explanation, boleh ke sini..



Pasti ramai pun dah tahu, air 100 Plus juga disarankan oleh para doktor untuk diminum especially masa cirit birit yang stock kentut sikit tercirit.. Heehee.. Cirit-birit ini selalunya disebabkan oleh keracunan makanan.. Semua pasti pernah merasa pengalaman perut memulas berserta dengan muntah dan cirit birit hingga ke tandas mahu 20 kali sehari.. Sampaikan mahu berumah saja dalam tandas.. Oh ya!! Tandas duduk ke tandas cangkung??? Hehehe.. Ada doktor juga menyarankan, selain dari minum 100 Plus, kita juga boleh mengambil Activated Charcoal (seperti gambar di atas) dan dicampurkan ke dalam 100 Plus.. Colurnya memang agak tidak menyelerakan.. Tapi kesannya agak memberangsangkan.. Aku dah cuba dan ianya agak berkesan.. Sakit perutku dan cirit-birit beransur kurang selepas mengambil Activated Charcoal bersama 100 Plus..



Sebenarnya charcoal itu ada fungsi menyahtoksin.. Ini bukan nyah mak tak kuasa noks okey.. Nyah ini adalah membuang toksin dari dalam badan.. Charcoal yang masuk ke dalam badan akan bind pada toksin lalu dikeluarkan dari tubuh.. Sebab itu pengambilan ubat ini amat berkesan semasa cirit-birit.. Kalau kata tiada stock charcoal di rumah atau farmasi terdekat adalah jauh.. Sila ke dapur dan telanlah arang yang ada.. Kenapa? Tak percaya? Baguslah tak percaya.. Haha.. Jangan buat gila telan arang kayu okey.. Sila ke farmasi atau klinik untuk mendapatkannya..



Aku pernah terdengar dari seorang rakan, minum 100 Plus tak salah tapi jangan amalkannya.. Meaning janganlah hari-hari minum.. Dia kata isotonic drink boleh menyebabkan gemuk air.. Hmmm.. Yang ini aku tak berapa pasti kesahihannya, puas aku google tapi masih tak jumpa evidence tentang ini.. Tapi kalau difikir ikut logik, ada kemungkinan juga sebab air 100 Plus bukankah untuk replenish water and electrolyte after strenuous exercise.. Tetapi, bukankah minum banyak air baik untuk tubuh badan? Tambahan pula water intoxication is very very rare.. Hmmm.. Di situ buat aku keliru.. Kalau sesiapa ada jawapan untuk itu, silalah roger aku..


Sampai sini saja perkongsian aku.. Harap ada membantu walaupun tak banyak.. Heehee.. Selamat malam.. Sleep tight.. Sweet dream sayang.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Kehidupanku sekarang agak kucar-kacir hasil daripada tekanan pihak tertentu.. Harap boleh settle..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.