Sebagai Permulaan Biar Aku Ajar Macam Mana Masak Maggi..

Ehem ehem.. Clearing the throat first.. Ngee.. Korang korang.. Nak tanya boleh? Hehe.. Sepanjang hidup blog aku, tak pernah lagikan aku post entry pasal masakan? Oh ye.. Ada sekalilah tentang Mee Rebus tersedap masakan mak aku.. Jadinya.. Apa kata kali ini entry kita story pasal masak memasak dan makan memakan? Kah kah kah.. Aku bukan chef, tak hebat memasak pun.. Reti sikit-sikit saja.. Nak share resepi extravaganza boleh saja, tapi mungkin di lain entry ya.. Entry kali ini aku nak share masakan paling simple di dunia.. Makanan kegemaran budak-budak yang duduk merantau.. Apa lagi kalau bukan MAGGI.. Hoho.. Joe mesti tengah gelak sambil kata dalam hati, "MAGGI??? Apakah.." Wakaka..


Ini masakan kanak-kanak, tutup mata pun boleh masak, dan aku kira ramai juga yang biasa masak begini.. Tapi aku tak kira, nak juga share.. Haha.. Sebab abah yang ajar aku masak cara begini.. Walaupun dah menuntut dengan abah, still juga aku tak boleh nak dapatkan rasa yang sebiji macam yang abah masak.. Mantop!! Meleleh wa cakap lu.. Huuhuu..


Amaran keras dari Kementerian Kesihatan, makan maggi selalu tidak elok untuk sistem tubuh badan anda.. Sebab dia mengandungi lilin yang mengambil masa lama untuk dihadam perut.. Nak makan boleh tapi janganlah bantai makan everyday.. Di kampung aku ada seorang nenek yang meninggal akibat maggi.. Dengar orang ceritalah.. Kebenaran aku tak pasti.. Sebab dia hari-hari makan maggi.. Ingat tu korang.. Jangan makan selalu.. Ingatlah orang tersayang.. Ngee..



Gambar di bawah adalah hasil masakanku.. Kalau tak menarik cakap dalam hati, kalau menarik pun cakap dalam hati, takut nanti riak.. Hahaha.. Actually aku lebih suka makan maggi yang dimasak begini, sebab ada variety rasa.. Hehe.. Okey tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan kelas cooking kita.. Masakan adalah untuk satu bungkus maggi ya.. SATU..



First of all.. Ambil seulas bawang putih, sebiji bawang merah, cili padi ikut suka.. Hirislah, apa lagi.. Hehe.. Bawang putih nak letak lebih seulas pun boleh, senang nak buang angin a.k.a sendawa (kalau ikut atas) atau kentut (kalau ikut bawah).. Tapi aku lebih suka seulas, sebab bawang putih rasa dia kuat.. Bawang merah selalu aku guna 2 biji.. Sebab bawang merah manis, letak banyak pun takpe.. Cili padi pula, sebab aku suka pedas, maka aku letak 3 selalunya.. Abah kata, kalau nak masakan pedas, jumlah cili padi kena ganjil.. Heehee.. TAKE NOTE ya.. Jangan ulangi kesilapan aku masa umur aku 17 tahun, dengan tidak reti membezakan bawang besar dan bawang merah.. Ahaks..


Bahan-bahan yang dah dihiris tadi letak ditepi.. Panaskan kuali dengan sedikit saja minyak.. SEDIKIT okey.. Banyak sangat nanti rasa dia berubah.. Masukkan bahan yang dihiris tadi.. Sampai stage ini, anda akan mengalami batuk-batuk jika cili padi anda pedas, sila bertahan ya.. Hik hik.. Gorenglah sampai kekuningan, then taburkan serbuk kari maggi ke dalamnya.. Gaul-gaul sebentar, masukkan air ikut suka.. Selalunya aku suka air sedikit saja, dalam anggaran satu gelas satu suku.. Haha.. Air kurang, rasanya sedap sikit bagiku.. Air mendidih, masukkanlah maggi.. Tunggu hingga 2 ke 3 minit dan sedia dihidang.. Abah suka letak sayur sawi dan udang ke dalamnya.. Aku tak gemar.. Hehe.. Ikut selera andalah ya.. Ngee..



Sekian saja masakan maggi yang paling simple.. Mesti ada yang pernah masak, yang tak pernah boleh cuba, sedap wo.. Heehee.. Oh ya.. Ingat mahu upload gambar IKAN TONGKOL MASAK SAMBAL CILI PADI.. Saja nak bagi seseorang tengok.. Tapi takut nanti jadi seperti gambar di atas pula, atau paling dahsyat menghantuk kepala depan PC.. Hahaha.. Atau mungkin mencium PC.. Adesss.. Okeylah, sampai sini saja.. Tata semua.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.