Apabila Cinta Ovum Dan Sperma Tidak Sehaluan

Pejam celik dah nak ke hari Jumaat, cepat masa berlalu.. Esok akan ke ibu kota mengambil adikku.. Jalan dari tol Sungai Besi sampailah ke IPGM memang memeningkan aku.. Harap aku tak sesat.. Selalu aku ikut abah ambil tapi tak pernah hirau jalan, membuta saja.. Sekarang kena pergi sendiri, rasa blur pula.. Oh ya.. Mahu tanya sikit.. Mana Big Apple terdekat di area UM? Yang tak bikin aku pening kepala kalau mahu cari jalan.. Ngee..


Selesai mukadimah, mari kita buka buku ya anak-anak.. Hari ini kita belajar tentang seks.. Apa itu seks? Hehe.. Entry ini terhasil setelah aku disoal oleh seorang pesakit.. Aku mengaku aku memang tak berapa reti jawab soalan ini, sebab aku belum lagi mendirikan rumah yang ada tangga, ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik tidur.. Hehehe.. Err.. Bagi yang belum tahu, aku bukan doktor ya.. Belum layak lagi.. Aku hanyalah seorang pelajar perubatan.. Heehee..



Err.. Tonsil bukan di tekak ke? ;p

Makcik itu bertanya.. "Kenapa ya nak dokter, seorang perempuan kahwin dengan seorang lelaki, tak dapat anak.. Bila bercerai, masing-masing kahwin lain, dapat pula anak.. Macam mana tu?"


Masa doktor pandang aku mengharapkan jawapan, aku rasa macam nak jawab TAK ADA JODOH.. Heehee.. Tapi jawapan itu bukanlah science based, lantas aku gelengkan saja kepala dan biarkan doktor menjawab soalan makcik itu.. Tambah lagi aku rasa aku masih NAIF lagi untuk ada jawapan kepada persoalan sebegitu.. Hik hik.. Aku ulang tayang.. NAIF..



Jom aku story sedikit info yang aku dapat dari doktor.. Keadaan di mana pasangan masih belum dapat menimang anak selepas tempoh satu tahun bersama disebut infertility.. Bukan mandul okey, tapi infertility.. Heehee.. Banyak sebab sebenarnya tapi merujuk pada persoalan makcik itu, keadaan itu mungkin disebabkan ANTISPERM ANTIBODY.. Keadaannya boleh jadi pertama, ovum menghasilkan antibodi yang menyerang sperma.. Ini sebab tubuh badan mendapat signal bahawa sperma ini merupakan bendasing.. Lantas ovum mengeluarkan semua kudrat yang dia ada untuk destroykan sperma-sperma itu.. Sebab itu kadang-kadang semasa proses intercourse, ada wanita yang mengadu gatal-gatal, pedih dan sebagainya.. Ini kerana dalam perang ada lagi perang.. Wawawa.. Faham tak?


Ataupun keadaan kedua, sperma itu sendiri meghasilkan antibodi dan menyerang dirinya sendiri.. Tak sempat lagi ke medan perang, dah mati.. Secara keseluruhannya, kita dapat lihat sendiri bagaimana sperma "ditindas" secara dahsyat oleh orang lain malahan juga ditindas diri sendiri.. Heehee.. Walaupun begitu, sperma tetap ada hebatnya sendiri, iaitu dia mampu menentukan jantina apa yang dia mahukan.. Hik hik..




Lantas bila bertahun-tahun tiada anak, ikut kata hati, nafsu, hasutan sana sini, berakhirlah sebuah perkahwinan dengan perceraian.. Tanpa mengambil sebarang inisiatif, terus cari jalan keluar yang mudah.. Kahwin lain.. Ataupun.. Kahwin lagi satu.. Haha.. Sebenarnya masalah ini ada jalan penyelesaiannya.. Anda boleh rujuk DI SINI jika berminat.. Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. Kita berusaha, Allah yang menentukan segalanya..


Oh ya.. Apa pandangan anda tentang anak.. Anak adalah PELENGKAP SEBUAH KELUARGA atau PENYERI SEBUAH KELUARGA? Hmmm.. Kalau diizinkan Allah, aku mahukan maksimum 8 orang anak, minimum 6 boleh? Ngee.. By the age of 30, paling kurang anak aku dah ada 3 atau 4 orang.. Wah.. Planning masa depan yang terperinci.. Hehehe..




Iktibar yang kita boleh ambil di sebalik informasi perang ke atas sperma, dalam perhubungan suami dan isteri, kena ada sefahaman.. Memahami pasangan masing-masing, analoginya kalau kita tahu kita ada masalah antisperm antibody, ambil jalan keluar dengan duduk berbincang perkara yang boleh dilakukan.. Fahamilah perangai pasangan anda ya.. Oh ya.. Wanita kuat membebel boleh juga disamakan dengan ovum yang hasilkan antibodi untuk bunuh sperma kan? Hehehehe.. Bila sperma tak boleh disenyawakan dengan ovum yang ini, dia akan cari ovum yang lain.. Hoho.. Jadinya wahai wanita, tak salah kita membebel tapi jangan sampai overdose pula.. Wawawa. Dan lelaki, behave juga.. Barulah isteri tak membebel..


Dem.. Hari ini aku jadi kaunselor rumahtangga lagi.. Apa-apa pun, ibu-ibu bapa-bapa, saya budak baru belajar ilmu rumahtangga, kalau silap tolong tunjukkan.. Ngee.. Okey, tata everybody.. Taking care of your ovum and sperm.. Jangan gaduh-gaduh.. Heehee.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Kalau terjatuh cinta bagaimana? Kecewa bukan sesuatu yang manis pastinya..


P/S : Kredit gambar kepada Daddy Google.. Ngee..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.