Posisi Apa Kegemaran Anda?

Tajuk posisi itu bukan seperti di fikiran anda.. Ini bukan artikel Kamasutra.. Ini hanyalah sekadar info kesihatan.. Muahahaha.. Maaf andai ada pihak yang terkecewa hampa..




Posisi kali ini tentang tandas.. Jamban.. Atau loo dalam bahasa Jawa.. Haha.. Mungkin ramai yang pernah membaca, terbaca tentang ini di dalam mana-mana blog.. Soal tandas apa jadi favourite anda? Tandas duduk atau tandas cangkung? Hehe.. Mungkin juga ramai pernah melihat gambar di bawah, eh silap, bawah lagi, hasil daripada mencangkung di atas tandas duduk (ooppss.. terasa aku.. muahaha..) Serius memang menakutkan.. Semenjak dari itu pasti ramai yang tidak berani lagi cangkuk di atas tandas duduk.. Tapi bukan aku.. Hahahaha.. Sebab mencangkung adalah kecintaan aku.. Pergghhhh ayat..



Di suatu petang yang panas, di dalam bilik yang berhawa dingin, topik Urinary Incontinence sedang dibentangkan.. Doktor bertanya, " Farhana, you like sitting or squatting?"


Farhana dengan cepat dan tanpa berfikir menjawab, "Squatting doctor.."

Doktor pun membalas, "So, you're a squatting type.." Dan Farhana mengangguk laju..


Ketika itu satu kelas tergelak.. Aku dengan tulus dan muka blur.. Tiba-tiba teringat, bagaimana tidak segannya aku menjawab soalan itu dengan tanpa segan silu.. Ouhhh.. Budak lelaki ada 4 orang di situ dan masing-masing tersengih memandang aku..



Banyak artikel yang anda baca di blog pasti bercerita tentang pros and cons tandas duduk dan tandas cangkung.. Dan mungkin ramai lebih gemar tandas duduk yang kelihatan lebih maju dan canggih berbanding tandas cangkung.. Malah ramai yang kata lebih mudah.. Jadinya entry aku kali ini hanya ingin mengupas dari segi sudut perubatan saja untuk dikongsikan dengan kalian. sebab ramai dah story mory pasal tandas-tandas ini.. Health tips ini lebih kepada wanita.. Sebab lelaki setahu kencing berdiri.. Ngeee.. Tapi lately aku dengar, tak elok sangat lelaki kencing berdiri.. Hmmmm..




Dari sudut perubatan, tandas duduk adalah tidak berapa elok jika dibandingkan dengan tandas cangkung.. Ini kerana proses pembuangan air besar atau dalam bahasa indahnya, berak adalah tidak "feel" atau "tak syiok" jika dilakukan di atas tandas duduk.. Kita akan merasa ketidakpuasan hati dan rasa ingin berak lagi.. Betul tak? Sebabnya anda tengok saja gambar yang paling atas, bagaimana posisi duduk dan cangkung mengganggu kedudukan rektum dan menyekat kelancaran pembuangan air besar.. Ini akan menyebabkan anda menggunakan kuasa meneran dengan maha hebat.. Hasilnya, buasir mungkin anda akan dapat dengan mudah.. Atau mungkin juga colon cancer.. Ini disebabkan incomplete emptying atau pengosongan tak sempurna, sehingga masih ada lagi najis yang tertinggal dan menyumbang pada terjadinya barah.. Sejauh mana ketepatan tentang colon cancer ini, aku masih belum pasti.. Sebab kalau dalam syllabus pelajaran aku, tiada pula tentang tandas duduk menyebabkan barah.. Hehehehe.. Mungkin masih dalam kajian.. Ahaks.. Sesiapa yang berminat boleh baca di sini..



Gambar ini hanya sekadar hiasan.. Heehee.. Oh ya.. Bagi wanita, tandas cangkung adalah the best.. Mengikut pakar ginekologi, posisi mencangkung untuk kencing adalah sangat digalakkan untuk wanita sebab ia melatih otot-otot punggung dan memudahkan kita semasa proses bersalin.. Juga sebenarnya melatih otot-otot pundi kencing kita.. Jadinya wahai sahabat wanitaku sekalian, mari kita belajar mencangkung.. Yang sudah expert mencangkung, mari kita amalkan sampai bila-bila ya.. Ahaks..


Hari ini Jumaat.. Terasa sekejap masa berlalu.. Selamat bercuti semua.. Have a pleasant weekend.. Take care.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Aku serius nak jadi pencuri hati.. Bukan main-main.. Tolonglah percaya!!!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.