Bila Melucah Dalam Telefon, Datuk K Juga Fasha Sandha Jadi Satu

Selak menyelak.. Benda besar tak nampak atau buat-buat tak nampak.. Benda kecik lebih menjadi tarikan mata dan hati.. Hehe.. Ooppss.. Lupa aku nak inform selak apa.. Selak suratkhabar ya pembaca sekalian tapi suratkhabar bila aku tak sure, rasanya hari ini.. Wakakaka.. Di satu sudut ruangan yang kecil di depan akhbar, tajuknya China putuskan nombor telefon lucah.. Can't remember exactly the title.. Kurang lebih sajalah.. Asalkan isinya ada.. Oh ya.. Ruangan Mega tidak silap ada liputan tentang abang blogger yang seorang itu, Dj Epoi.. Wah.. Mantoplah bro!!!



Berita tersebut adalah tentang langkah yang diambil Kerajaan China untuk memutuskan talian telefon bimbit yang menggunakan platform itu ke arah kelucahan.. Macam yang kita sedia tahu, banyak juga SMS kita dapat suruh ON sana ON sini, HOT itu HOT ini dari number yang entah siapa pemiliknya.. Video 3GP hangat, seksi meksi, dedah sana dedah sini, hanya boleh diakses di hujung jari, picit punat, lalu tekan SEND.. One MMS received.. Mudah sangat kan? Cuma wang sajalah yang akan terbang melayang.. Orang kita, asalkan dapat kepuasan maksima, apa kisah topup banyak mana pun.. Fenomena "phone sex" juga bersepah-sepah di sana sini.. Banyak budaya-budaya ini sebenarnya datang dari Barat, dan kita terima bulat-bulat.. Kisah apa, asalkan masyukkkk..


Inisiatif kerajaan China ini dengan kerjasama polis akan menapis setiap panggilan dan SMS yang dihantar menerusi telefon bimbit, dan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kelucahan melalui telefon, tangkap terus.. Nampak macam tiada privacy lagi dunia kita, tapi aku rasa untuk kebaikan apa salahnya.. Betul tak?



Di Muka Surat 6 pula, di sudut bawah, terpampang gambar Umie Aida dan tunangannya.. Sebelum ini Umie Aida seperti tidak mahu menayang wajah kesayangannya itu tapi mungkin hati dah terbuka, tambahan pula peminat begitu ingin tahu.. Akhirnya.. Itu dia.. Datuk Khairuddin atau orang gelar tak lama dulu sebagai Datuk K.. Hohoho.. Sekarang Datuk yang namanya K dah jadi satu fenomena, popular dan disebut di sana sini, juga menjadi pujaan ramai.. Orang yang punya nama K juga terkena tempiasnya.. Hik hik.. Datuk Khalid Jiwa, Datuk Khairuddin.. Errr.. Datuk K mana lagi? Hehehe.. Anda lebih tahu.. Ooppsss..



Disqus ada problem pula hari ini, tak ada notification.. Susah macam ni.. Hmmm.. Harap-harap Disqus cepat sihat.. Oh ya.. Tadi jalan-jalan di MukaBuku, ternampakkan satu Club - I Hate Fasha Sandha.. Pergghhh.. Begitu dahsyatnya kebencian orang pada si seksi ini sampai wujudkan Kelab khas untuk insan-insan yang membenci dia.. Hehehe.. Tapi aku bukan ahlinya.. Hik hik.. Okey semua, enjoy malam anda.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Mari kita berjumpa dan selesaikan masalah ini secepat mungkin!!!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.