Nigina : Emelda Heroin Yang Cantik dan Rosyam Hero Yang???

Salam petang Khamis buat semua.. Semalam kita story tentang poligami, berat sungguh topiknya, mahu ada 100kg berat.. Kot.. Hehe.. Hari ini, jom kita bersantai pula.. Heehee.. Siapa-siapa yang mengikuti drama Melayu tempatan, pasti dah tahu slot Samarinda ~ Suraya telah habis dan digantikan dengan drama terbaru terbitan Suhan Movies yang bertajuk Nigina.. Sejak dari minggu lepas aku dah terpandangkan iklan drama baru ini, tapi hati sikit pun tak tertarik.. Yang buat aku terkenang-kenang sikitlah, lagu untuk drama ini.. Kejap lagi aku share ya..


Semalam aku telah selamat menonton episod pertama drama Nigina, sementara Zee TV tengah iklan time tu, aku alihlah kejap TV3.. Tak sangka, aku boleh tersangkut.. Sebab apa korang tahu? Sebab Emelda Rosmila sangat cantik duhh.. Serious mata aku tak kelip-kelip pandang dia.. Kulit dia, senyuman dia, mata dia, rambut dia.. Pergghhh.. Kejap-kejap.. Aku masih straight.. Lelaki masih lagi aku mahu.. Haha.. Rosyam Nor pula, hero idaman Malaya, dulu kot.. Sekarang, jelas nampak ketuaan dia, dan Rosyam Nor makin kurus.. Sakitkah dia? Ada siapa-siapa tahu? Setahu aku, dia cuma accident saja tak lama dulu.. Apa-apa pun, scene Rosyam dan Emelda sangat sweet dan menusuk kalbu.. I like.. Well.. Aku kan jiwang.. Sampai ada yang tegur aku, "jiwangnya ko" dan panggil aku Cik Pencuri.. Hahaha.. Comel panggilan tu kan.. LOL..

Drama Nigina kalau dibaca melalui sinopsis macam drama biasa saja, konflik-konflik golongan korporat, kisah cinta dan pengkhianatan.. Agak sterotype dari segi jalan cerita tapi dari segi penyampaian dan perjalanan drama aku tak berani nak kata apa-apa sebab masih lagi episod pertama.. So far okey saja.. Pernah aku terbaca di satu blog, cerita Melayu, drama kita, suka sangat paparkan kehidupan golongan-golongan atasan, Datuk dan Datik, Tan Sri, Puan Sri, macam-macam gelaran lagi.. Bila dilihat dan ditelek balik, benar juga.. Kenapa suka sangat bikin drama yang involve golongan Bonia, Gucci, Prada, aku sendiri pun kurang pasti..



Sedikit sinopsis yang aku petik dari Berita Harian Online..


Nigina dan Iskandar mula bercinta semasa melanjutkan pelajaran di Australia. Iskandar berasa dirinya amat bertuah untuk berkawan dengan Nigina, anak kepada Datuk Hambali yang rendah diri. Iskandar mahu mengubah nasib keluarganya yang miskin.


Selepas tamat pengajian, Nigina mengesyorkan Iskandar sebagai Pengurus Projek kepada ayahnya di Warisan Sdn Bhd. Iskandar bercita-cita tinggi untuk mengahwini Nigina dan berharap dia akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelak. Dengan itu, Iskandar dapat mengukuhkan lagi kedudukannya di dunia korporat. Kehadiran Iskandar di Warisan Sdn Bhd menarik perhatian Sofea, anak kepada Datuk Suffian, rakan kongsi Warisan Sdn Bhd.


Bagaimanakah kesudahan Nigina dengan Iskandar? Mampukah Nigina berjaya dalam dunia korporat yang penuh dengan pancaroba dan tipu muslihat? Drama yang diterajui Rosyam Nor (Iskandar) dan Emelda Rosmila (Nigina) itu turut dibintangi Melissa Mauren (Sofea) dan ramai lagi.




Lastly sebelum aku terlupa, lagu untuk drama ini.. Memang best.. Nyanyian kumpulan Search bertajuk Nigina.. Bak kata Amy Search, Peewwiitttt.. Heehee.. Bagi peminat-peminat otai rock sure tahu lagu ini.. As usual, lagu-lagu otai tak pernah menghampakan.. Siapa-siapa yang berminat, aku dah sediakan download link.. Jangan segan-segan download.. Ambil inspirasi sikit dengar lagu ini, nanti boleh buat satu lagu tajuk Farhana pula.. Hahaha..







Mahu copy paste lirik, tapi serious malas pula.. Hahahaha.. Layan video klip saja, boleh kot.. Heehee.. Okey semua, sampai sini saja.. Tata titi tutu.. Taking care, jaga diri elok-elok, jangan buat kerja bukan-bukan, jangan duduk tepi jalan petang-petang ni usha awek kilang balik rumah.. Tak elok.. Heehee.. Assalamualaikum semua..


Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.