Sakitnya Hati Bila Kecewa Dan Terluka

Entry yang ini cuma luahan perasaan yang tak terluahkan.. First of all, sila benarkan aku jerit sekuat hati sampai tercabut anak tekak terlebih dahulu.. Argghhh!!! Rasa macam mahu rendam kepala dalam baldi besar di bilik air.. Kenapa? Kenapa? Why me? Why?




Moh aku story sikit sebab musabab meroyan aku.. Kalau di Ipoh, aku ada geng-geng yang boleh aku tarik untuk tonton wayang.. Kiranya geng kami memang kaki wayang.. Asal cerita baru yang menarik sure menapak ke Jusco Kinta City.. Tambah lagi dekat dengan rumah.. Kini aku di rumah Melaka.. Time beginilah cerita best ditayangkan.. ADNAN SEMPIT.. Waaaa.. Sana sini aku tengok orang story pasal mamat Nan ni.. Semua kata rugi tak tengok, kutipan dah lebih 4 juta..


Dah masuk minggu kedua aku tak sempat lagi tengok.. Sebabnya di Melaka tiada geng yang boleh diajak berfoya-foya menonton wayang.. Adik-adik aku tak suka tengok wayang.. Haih.. Tengok wayang seorang diri? Hohoho.. Walaupun aku pernah buat begitu dua kali semasa menonton cerita Qabil Khushry Qabil Igam dan Papadom, tapi untuk kali ketiga rasa macam dah tak sanggup.. Hahahaha.. Sunyi perasaan menonton wayang seorang diri okey.. Uhuk uhuk.. Gelak pun seorang diri.. Huhu..



Itu saja rasanya aku nak luahkan.. Sabar sajalah Farhana.. Beli DVD sajalah.. Uwaaaa.. Screen kecil tapi.. Sound system tak mantop.. Adoiyai.. Bila hati kecewa dan terluka memang sakit rasanya.. Erk.. Aku berkelakuan seperti kanak-kanak ke? Hehehe.. Sekali sekala.. Huhu.. Okey semua.. Aku nak pujuk hatiku yang duka lara.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.