Melupakan Dan Dilupakan.. Siapa Lebih Terseksa?

Entry ini adalah scheduled entry.. Begitu juga dengan entry selepas-selepas ini.. Aku mahu pergi bertapa, nak ikut? Hehe.. Aku akan pulang.. Ini semua bergantung pada tahap keyakinan diri aku.. Muahaha.. Selepas entry Press Conference yang lepas, aku cuba untuk mengelak dan lari dari perasaan aku sendiri.. Aku takut, kalau apa yang telah aku "rasa" pada dia itu salah.. Huhu.. Penakutnya aku kan? Sampai main hide and seek.. Ngee.. Okeylah. sebab lain aku nak pergi bertapa.. Ada kenduri kecil di rumah sebenarnya esok, mungkin sibuk sedikit..



Berbalik kita pada tajuk di atas.. Tergerak hati aku nak coret sesuatu selepas mendengar kisah ini dari seseorang.. Seseorang itu adalah seorang yang boleh aku gelar sebagai ayah.. Jika dia mahu jadikan aku anak angkat pun aku sudi.. Heehee.. Beliau seorang doktor dan kini usia mencecah 54 tahun.. Anak-anak seramai 6 orang semua membesar dengan sempurna.. 4 daripada mereka adalah doktor, seorang arkitek dan seorang lagi pelajar jurusan undang-undang.. Masing-masing berada di luar negara.. Isteri beliau pula adalah Pengarah Kesihatan Negeri Pahang..


Hidup beliau amat mencabar dan seronok dari kaca mata aku.. Sering travel ke sana sini bersama anak-anaknya.. Antara kisah yang selalu beliau ceritakan, kisah pendakian Gunung kinabalu, Gunung Ledang, memancing di Tasik Bera, percutian ke luar negara.. Aku pula hanya mendengar dengan penuh rasa kagum dan mengharap.. Mengharap satu hari aku juga ada peluang untuk merasa pengalaman seperti beliau.. Sebab aku jarang merasa berjalan ke sana sini, travel bersama keluarga..



Sebelum aku meneruskan cerita, biar aku kongsikan filem lakonan Kajol dan Ajay Devgan ini dengan kalian.. Aku pernah post di entryku sebelum ini.. Disebabkan ada kena mengena dengan entry kali ini, sekali lagi aku postkan.. Kisah mengenai percintaan sepasang suami isteri ini yang diuji bila mana isterinya disahkan menghidap penyakit Alzheimer di usia muda.. Macam mana seorang suami sanggup bertahan dan menjaga isterinya sedangkan usia perkahwinan mereka baru setahun jagung namun dapat mereka tempuhi sampai ke tua.. Kagum aku kalau ada suami sebaik watak Ajay Devgan dalam filem ini..



Jadinya.. Apa kaitan dengan beliau yang aku sebutkan tadi? Menurut beliau, dalam keturunannya, ibunya juga makciknya menghidap penyakit Alzheimer.. Kemungkinan besar untuk beliau menghidapnya juga adalah sangat besar.. Sebabkan itu beliau mencuba dan merasai segalanya tentang hidup, travel ke sana sini, to live life to the max.. Paling menharukan, beliau kini sedang menyiapkan autobiography tentang hidup beliau dari kecil sampai dewasa.. Niatnya ingin mengabadikan segala kenangan dalam sebuah catatan, agar bila beliau lupa dan tidak ingat tentang satu apa pun, beliau punya buku itu menemani..



Mungkin ramai dah sedia maklum tentang penyakit Alzheimer ini.. Penyakit yang kebanyakannya dihidapi oleh orang-orang tua dengan simptom paling utama, memory loss.. Yup.. Hilang ingatan.. Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau satu hari nanti, aku tak mampu mengingati orang-orang yang aku sayang.. Ataupun orang-orang yang aku sayang tak ingat lagi pada aku.. Ouh.. Kedua-duanya amat menyeksakan.. Orang yang melupakan pasti terseksa.. Begitu juga orang yang dilupakan itu.. Hmmm.. Elok juga kalau kita buat coretan tentang perjalanan hidup kita, untuk bekalan di masa depan andai berlaku sesuatu.. Betul tak?



Aku rasa, blog juga adalah satu medium terbaik untuk dijadikan pangkalan simpanan memori.. Andai satu hari kita lupa atau tak ingat, kita boleh selak kembali archive entry-entry kita.. Baca dan kembalikan suasana tika itu.. Zaman ketika belajar di kolej, marah pada orang itu, bengang dengan orang ini, masakan kita masak hari-hari, saat-saat kita jatuh cinta.. Walau tak mampu kita ingat, tapi mungkin mampu bagi sedikit kegembiraan pada kita.. Okeylah semua, teruskan berblogging dan jangan pernah luputkan semangat berblogging.. Ceria-ceria selalu.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.