Oh Mak Mentuaku.. Mahu Menantu Ke Mahu Tukang Masak?

Bila umur makin tua, badan pun makin lemah.. Bila Hatiku Kau Guris Luka - Sweet September, tidur macam tak tidur, bila badan tak mampu tanggung, sakit terus keluar.. Telan ubat.. Telan ubat.. Harap aku cepat sembuh.. Hehe.. Ayat tak boleh belah betul aku nih.. Aku rasa macam nak kena beguk kot.. Hmm.. Beberapa hari lepas, seseorang telah menitipkan aku sebuah buku bertajuk JANGAN BERSEDIH.. Terima kasih.. Aku nampak macam sedang bersedih ke? Hmmm.. Mak pun tanya soalan sama.. "Kenapa Along?" Hahaha.. I am okey.. Seperti biasa, cool, cooler, coolest.. Cahaya Yang Riang Gembira itu aku.. Dah lupa? Ngee..


Sakit leher memang tak larat tapi idea tiba-tiba datang menyerang.. Bangkit dari katil aku menuju ke lappy.. Buka dashboard terus taip entry.. Rindu kamu semua.. Walaupun baru semalam bersua.. Hehehe..



Teringat masa-masa aku buat attachment di Klinik Halim.. Dr. Halim memang best, sangat-sangat.. Banyak experience dia yang aku dapat belajar sedikit demi sedikit.. Bukan saja dalam bidang medik tapi tentang ilmu kehidupan.. Seorang bapa, ayah mentua juga suami yang hebat dalam pandangan mata aku..


Satu hari Dr. Halim tanyakan pada aku, "tahu tak macam mana basuh gula?" Aku buat muka innocent dan mohon penjelasan.. Ekeke.. Reaksi wajah manjalah kiranya.. I tak sengaja okey.. Ngee.. Lalu doktor menjelaskan cerita di sebalik basuh gula..



" Orang tua-tua, kalau mahu timang menantu, (instead of timang cucu) cara untuk dia uji bakal menantunya itu hebat atau tidak memasak, they will ask them to basuh gula.. Kamu tahu macam mana basuh gula?"


Aku geleng-geleng.. First time okey aku dengar term begitu.. Mesti korang semua pun tak pernah dengar.. Kan kan kan? Jadinya? Aku tak reti memasak ke? Hahaha.. Aku lupa tanya apa itu basuh gula.. Ahaks.. Nanti aku dah tahu, aku inform ya.. Heehee.. Ilmu berguna, mana boleh simpan seorang.. Aku tahu semua mesti nak impress bakal mak mentua korang.. Ngee.. Bila aku dengar cerita begitu, aku serta merta teringat kisah Musang Berjanggut.. Best!!!



Dalam mencari menantu terbaik, isteri terbaik untuk anak-anak kita, kalau anda, kriteria utama apa yang anda rasa perlu ada pada menantu anda? Heehee.. Selalu saja aku dengar memasak, memasak, memasak.. Orang kita sinonim sangat dengan makan, makanan dan memakan.. Betul tak? Perut sangat diutamakan, katanya kunci kebahagiaan rumahtangga.. Ikat perut suami dengan masakan anda yang penuh kasih sayang itu.. Betul.. Aku setuju.. Oh ya.. Tapi jangan lupa, banyak makan, tambah lagi benda bukan-bukan, boleh jadi kunci seribu penyakit okey.. Pesanan penaja sebentar.. Ekeke..


Tapi seharusnya janganlah terlalu obses mencari menantu yang pandai masak, kita nak cari menantu bukan nak cari tukang masak.. Hehe.. Amboi statement kau Farhana, boleh menyentap hati bakal-bakal mentua kau okey.. Hik hik.. Bukan aku nak galakkan supaya perempuan tak turun ke dapur, tak reti masak, tapi cari menantu biarlah dinilai secara whole person.. Jangan kerana tak reti memasak, reject mentah-mentah.. Walau dunia dah advance tapi still kita boleh tengok lagi senario seperti ini, bakal mentua reject calon menantu sebab tak reti memasak.. Ada, seriously ada.. Aku selalu saja dengar.. Instead of reject, bukankah elok ajar calon menantu memasak.. Boleh eratkan lagi silaturahim.. Silap-silap jadi menantu kesayangan mentua.. Menantu pula kalau mentua bising-bising sikit pasal skill memasak anda, janganlah kecil hati.. Orang tua.. Biasalah bebel-bebel sikit.. Belajar untuk memahirkan diri ya.. Mak mentua pun mak kita juga.. Hormat dan respect, wajib ada..



Anak-anak gadis semua, lepas dah baca entry ini, janganlah pula cari jalan dan excuse tidak mahu belajar memasak.. Walau sesibuk mana pun anda, kaya macam mana pun, boleh upah bibik untuk masak Western Food, Chinese Food, Italian Food, Javanese Food, tetap juga anda perlu belajar masak.. Jangan pernah lupa, masakan isteri boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan suami isteri..


Ecece.. Aku dah jadi pakar kaunseling rumahtangga pula.. Heehee.. Ini hanya pandangan aku semata, seorang budak yang masih mentah, kalau ada salah silap, sila ditegur.. Aku mahu juga jadi calon menantu terhebat di mata mak mentua aku.. Ngee.. Walaupun aku tidaklah hebat dalam memasak, tapi tahulah juga sikit-sikit.. Hik hik.. Sempat promote diri kejap.. Ooppss.. Itu sajalah.. Asslamualaikum..






FOOT NOTE: Mak, abah.. Maaf buat kamu kecewa.. Akan akhiri semua ini..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.