Baju Untuk Nikah.. Eh.. Ke Malam Pertama?

Oh!! Terlambat satu hari untuk update entry.. Rasa terkilan sungguh.. Huhu.. Maklumlah semenjak dua tiga menjak banyak pula problem blog terchentaku ini.. Buang sana, install sini, testing itu.. Ooppss.. Maaf ya andai entry cobaan 1, 2, 3 aku seringkali menyemakkan dashboard dan link list kalian.. Hehehe.. Akhirnya aku kembali dengan boyfriend lamaku ini.. Huhu.. Segunung Everest thank you aku untuk ahli-ahli Bangkai Bloggers Network (Abe Long, Kawie , Bro Sham) yang macho macho belaka sebab tolong aku kao tim problem aku.. And for Jard The Great juga.. Suka sangat sampai rasa mahu peluk cium korang jek ni.. Ooppsss!!!


Enough of blog thingy.. Nanti jemu pula asyik-asyik perihal yang sama.. Hehe.. Simple entry for today.. Monday Blues some more.. Biarlah entry yang sempoi saja.. Layan gambar.. Jom jom.. 5 most precious picture for me semasa trip 2 minggu ke Labuan dan Sabah.. Sebelum itu, usah dipersoalkan kegemukanku yang agak melampau di sini, maklumlah di Labuan banyak cokelat, juga banyak makanan yang sedap hingga menjilat-jilat.. Hahaha..


This picture was taken in Damai Park, Labuan.. Depannya pantai.. Kawasan taman ini, memang sesuai kalau kata mahu ambil picture KAHWIN.. Hehehe.. Actually juga part of the plan for my wedding kelak.. 2011 perhaps? Heehee.. Abaikan saja abang berkaca mata hitam itu kerana kucing di hujung kakinya itu lebih menarik untuk dilihat.. Kucing yang ada dalam setiap gambar aku yang diambil di Damai Park ini.. Minat pada aku mungkin.. Haha.. Mungkinkah kisah The Princess And Frog itu benar wujud di alam nyata? Cuma binatangnya saja berbeza? Hmm.. Kucing Kawie??? Oh tidak, itu kucing gatal!!! Kucing Jard lagi okey kot.. Ahaks..

Next adalah kenangan terindah di Jabatan Kesihatan Labuan.. Majlis penutupan program komuniti.. Ketika itu sibuk mencari pengacara majlis, akhirnya ketemu jua dengan gadis bersuara emas yang punya sense of humour yang tinggi melangit.. Okey okey.. Maaf kerana membangga diri sebentar.. Tap betul apa.. Dari awal majlis sampai habis, orang asyik sahaja bergelak ketawa mendengar celoteh gadis berbaju ungu itu.. Siapa yang masih tak kenal gadis montel ini, memang nak kene geget dengan aku.. Di Labuan ini juga saksi aku berskandal dengan seorang jejaka Labuan.. Kah kah kah.. Jejaka macho yang bersuara serak-serak basah ketika menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih, aku minat saja okey bukan jatuh cinta.. Lagipun, sampai di Semenanjung, setelah satu sesi berSMS, baru aku tahu, dia adalah suami orang.. Huhu.. Nasib tak jatuh cinta.. Muahaha..



Please take note.. Kami bukan budak-budak nerd mahupun skema.. Haha.. Gambar makhluk-makhluk itu sengaja dikaburkan sebab aku mahu kalian menikmati pemandangan di atas dan bukan yang di bawah.. Ooppsss.. Jangan sengetkan minda.. Belasah kang.. Bersaksikan Gunung Kinabalu yang gah berdiri nun di belakang sana, kami abadikan kenangan ini bersama.. Ahaks.. Honeymoon di sini okey abangku sayang? Sebab di sini sejuk, boleh peluk-peluk selalu dan mengeratkan hubungan suami isteri.. Bercinta lepas bernikah, bukankah indah? Muahaha.. Aku pasti aku akan kembali lagi ke sini, next time, with my dear hubby perhaps? Mudah-mudahan.. InsyaAllah.. Doakan aku ya..



Gambar-gambar yang penghujung ini adalah gambar hero idamanku.. Warrior Monsopiad yang semuanya kurus-kurus tapi nampak macho.. Memang macam pahlawan.. Sesiapa yang datang ke Sabah, datanglah ke Monsopiad Cultural Village sebab ada abang-abang hensem okey.. Haha.. Di sini ada persembahan selama hampir 20 minit juga.. Serious memang menakutkan persembahan dia.. Pahlawan itu semua seakan dirasuki semangat yang pelik, sampaikan bahuku ini, menjadi landasan rehat lembingnya itu.. Ngeri sangat.. Lembing betul okey.. Tapi towards the middle and the end, gelak ketawa terburai, abang-abang Monsopiad memang gila lawak.. Aku mahu upload videonya tapi sebab tenet lembab macam ayam, nanti-nanti saja aku upload.. Heehee.. Overall, aku satisfied bayar RM10 masuk sini.. Walaupun bulu ketiak abang-abang hensem itu agak berserabut tapi layankan saja.. Muahaha.. Kalau tahu aku bawak shaver, kasi trim sikit, tak pun ikat lipan.. Wakakaka.. Gelinya aku ni..




Okey okey.. Itulah abang-abangnya.. Ada lagi 2 orang tapi biarlah jadi tatapan aku saja.. Hehehe.. Kalau boleh, aku mahukan pakwe macam dorang boleh tak? Bukan sebab macho atau kacak, tapi ada rasa protective dari dalam diri dorang.. Heehee.. Dan lagi satu permintaanku buat bakal suamiku.. Nanti di hari pernikahan kita (ke malam pertama.. ngee..), pakai costume Mosopiad ni ya.. Janganlah malu atau segan, sebab bakal isterimu ini sangat sukakannya dan merasa.. Err.. Err.. Teruja??? Muahahaha..


Okeylah semua.. Sudah tiba saat dan ketika untuk mengundur diri.. Cinta Balqis sedang menanti.. Tata titi semua.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Kenapalah otak aku semakin liar dua tiga menjak ni.. Haish..


P/S : Buat Sara, blog aku bukan tiada Blog List, cuma dipindahkan ke sini sahaja.. Sebab aku back-up widget pun, link list aku hilang jugak.. Hahaha..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.