Mungkinkah Aku Tak Layak Belajar Medik???

Entry baru di hari yang baru.. Okey.. Aku terus terang saja pada kamu.. Aku kini berada dalam percutian selama 2 bulan di mana dalam cuti ini aku hanya perlu melaksanakan attachment juga research.. Aku akui pada kamu aku memang pemalas.. Budak medik seharusnya tidak pemalas sepertiku.. Waktu cuti, buku mana boleh cuti.. Mana boleh enjoy, mana boleh berblog hari-hari.. Entry satu dalam sehari.. Pergi lepak blog sana, usha blog sini.. Aku mengaku aku mengeksploit cuti aku dengan enjoy sepanjang masa dan mencampakkan buku entah ke sudut mana.. Mungkin ada suara-suara yang kata aku tidak layak langsung jadi budak medik.. Aku mampu dengar saja apa orang kata, aku tahu aku tak berhak nak defend diri sendiri.. Memang pun aku pemalas.. Budak medik lain ada juga blog tapi tak seperti aku yang aktif dua tiga macam.. Sigh..



Lewat petang tadi aku mendapat kunjungan dari insan yang bergelar NONAME.. Aku baca komen yang ditinggalkan di shoutbox ku.. Ada rasa campur baur.. Ada rasa bersemangat mahu enjoy sampai lebam.. Rasa jatuh semangat pun ada.. Jatuh semangat mahu enjoy.. Seperti rasa, aku bukan budak medik yang baik dan berdedikasi.. Banyak enjoy saja.. I'm 200% sure I'm not an excellent role model for my juniors.. Ada ke yang pandang aku sebagai kakak senior yang dikagumi? Hahahaha..



NONAME ini aku rasa aku kenal.. Abang senior aku di kolej, sekarang dah graduate dan jadi doktor pelatih a.k.a House Officer a.k.a Houseman (HO).. Dia juga adalah kawan baik kepada seorang rakan blogger yang amat handsome.. Ahaks.. Thanx bro atas nasihat dan sudi singgah blog aku.. Aku tengah cuti 2 bulan, sebab tu muka aku sentiasa ada entry baru hari-hari.. Tapi don't worry.. It is just for this 2 months.. After that, I will concentrate on my studies, surely I don't want to fail my MBBS.. And of course, when the time comes, and I become a House Officer like you, I will have no life at all.. (that is what most seniors told me) My time, my body, my soul will be dedicated to my profession..


Aku tahu aku takkan ada banyak masa macam sekarang untuk enjoy.. Untuk kehidupan sosial aku.. Untuk blog kesayangan aku.. Untuk mereka-mereka yang baca blog aku.. Aku tahu, tempoh menjadi HO itulah tempoh 2 tahun yang amat ditakuti student-student yang bakal graduate macam aku.. Banyak menangis, banyak terseksa.. Even sekarang masa study aku pun aku dah banyak menangis kerana pelajaran aku..



Aku minat medik.. Itu memang cita-cita aku.. Tapi ternyata ianya berbeza dari apa yang aku bayangkan.. Ia menuntut sejuta pengorbanan.. Aku? Masih belum mampu lagi jadi pengorban yang tegar.. Aku adalah insan yang selfish kan? Yang tak mampu nak berkorban.. Okey okey okey.. Bukan niat mahu takutkan adik-adik yang mahu ambil medik, cuma fikirlah sedalam-dalamnya.. Kalau dah tekad dan nekad, minat tahap dewata raya, go for it.. Apa yang penting.. Bersedia mental dan fizikal.. Kalau kamu nak jadi doktor sebab nak kaya, nak popular, lupakan niat mahu ambil medik sekarang juga.. Pesanan akak.. Ianya bukan seperti yang kamu bayangkan, semudah seperti apa yang kamu lihat macam dalam drama Cinta Medik.. Hahaha..


Banyak pula aku membebel malam ini.. Sorry semua.. Cuti aku masih bersisa 1 bulan, aku mahu gunakan sepenuhnya.. Tak mahu fikir benda yang tidak-tidak.. Mahu enjoy blogging.. Personally, aku tak rasa blogging membuang masa aku.. Banyak sangat benda aku dah dapat dengan blogging.. Macam-macam entry aku baca.. Macam-macam ilmu aku timba.. Semua yang dah merasa pengalaman dunia blog mesti sokong dengan statement aku punyalah..


The most precious thing yang aku dapat melalui blogging adalah friendship yang tak mungkin akan aku lupa sampai bila-bila.. Mahu sebut terlalu ramai tapi satu saja mahu aku kata, aku sayang korang semua sebab sentiasa ada dengan aku.. Terimalah kasihku ya.. Hik hik.. Jom kita bermesra dengan lebih dahsyat dan extravaganza dalam masa yang masih bersisa ni, eratkan tali persahabatan.. Lepas-lepas ni, aku mungkin kurang masa untuk duniaku yang ini.. Dunia yang aku cinta sangat-sangat.. Bila dah graduate tahun depan dan kerja, apatah lagi.. Mungkinkah dunia Cahaya Yang Riang Gembira akan berkubur? Mungkinkah persahabatan kita akan terhenti pada masa dan ketika Mac 2011 nanti? Serious aku tak mahu itu berlaku dan kalau mampu akan aku kerahkan seluruh kudrat yang aku ada untuk pastikan itu tak berlaku.. Tiba-tiba rasa sebak dan mahu menangis.. Uhuk uhuk.. Cengengnya aku.. Bahu! Bahu! Aku perlukan bahu!



Uhuk uhuk.. Aku tengah nangis seorang diri ke? Korang semua, nangislah sekali.. Huuhuu.. Dah dah lap air mata, kesat kering-kering.. Sedut balik hingus yang meleleh.. Tersumbat? Keluarkanlah.. Siapa suruh sedut.. Adoiyai.. Jangan nangis selagi masa belum sampai untuk berpisah, kalau dah sampai pun aku tak izinkan korang nangis.. Err.. Ada ke yang nak nangis? Heehee.. Ada kot.. Kita masih punya lebih kurang lagi 16 bulan sebelum aku graduate.. InsyaAllah.. Amin.. Grab masa yang ada.. Enjoy blogging sepuasnya, enjoy berkawan dan semoga kawan sampai bila-bila.. Dah panjang sangat aku membebel, balik dulu.. Tata.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Walaupun hanya persahabatan maya, sahabat tetap sahabat.. ;)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.