Cik Bard & Kontesnya Ayahku Sayang

Seharian Sabtu aku tidak post sebarang entry, duduk menghadap laptop, tapi hati melayang entah ke mana.. Semalam ada rasa pelik mencengkam diri.. Haih.. Lupakan sajalah.. Hmmm..


Semalam Cik Bard telah mengajak aku untuk participate dalam contest anjuran beliau, lantas aku say yes.. Bagi yang berminat nak join sekaki ke dua kaki, anda boleh klik pada banner di bawah atau pada sidebar.. And here goes the entry for your contest Miss Bard.. Contest ini diberi nama Contest Ayahku Sayang..


Tak kenal maka tak cinta kata orang.. Jatuh cintalah dulu pada abahku ya.. Ngee.. Nama abahku Abdullah Ismail, dilahirkan pada 22 Mei 1960 di Kota Tinggi, Johor, anak keempat dari 6 orang adik beradik.. Abahku seorang guru Matematik dahulunya dan mengajar di Sekolah Menengah Air Tawar Kota Tinggi.. Hampir 6 tahun abah mengajar, abah memohon untuk menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sarawak.. Kini, abahku berusia 50 tahun dan masih lagi seorang penysarah kaunseling di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.. Punya seorang isteri yang cantik juga 5 orang anak yang comel-comel belaka.. Hik hik.. Cukuplah sedikit tentang abah.. Ada apa-apa lagi persoalan tentang abah boleh ke kaunter 5.. Ngee..


Saya sayang ayah saya kerana 3 sebab..


1) Abah mengizinkan aku "membuangnya" bila dia dah tua nanti.. Kata-kata abah yang takkan aku pernah lupa..

"Bila kamu dah besar dan bekerja, abah tak kisah kalau kamu tak mahu ambil tahu pasal abah, nak buang abah, nak campak ke rumah orang tua-tua, tapi mak kamu janganlah kamu buat macam tu.. Jaga emak baik-baik bila dia dah tua, jangan pernah lupa mak yang susah payah lahirkan kamu.."


Abah memang begitu, tak pernah fikirkan dirinya semata.. Emak dan anak-anak utama baginya.. Memang begitulah layaknya seorang abah.. Dan aku takkan pernah buang dia dari hidup aku.. Sebab aku sayangkan abah seperti mana abah sayangkan anak-anaknya..


2) Abah selalu mengangkat rotan dan memukulku.. Kecil-kecil aku, kerap melawan kata mak.. Pasti lepas itu rotan abah singgah di badan.. Kecil-kecil disuruh mengaji, aku buat perangai malas, membentak tak mahu.. Rotan juga makanan aku.. Kecil-kecil aku membuli adik, membuat adik menangis, badanku dapat rotan free lagi kesekian kalinya.. Dek kerana rotan abahlah, aku tak lagi lawan kata mak.. Aku tak lagi malas mengaji dan berjaya khatamkan Quran di usia muda.. Aku juga jadi seorang kakak dalam erti kata yang sebenarnya..


3) Abah melarang aku bercinta.. Masa sekolah rendah dan menengah, gatal tengok kawan couple.. Mahu ikut juga jejak langkah mereka.. Mulalah bercinta beruk, tulis surat cinta, aku leka.. Bila abah dapat tahu, seharian aku dimarahi abah.. Semua surat cintaku abah koyakkan di depan mata aku sendiri.. Aku yang ketika itu angau cinta, memang marah dengan apa yang abah buat.. Dek kerana tindakan abah itulah, aku tak pernah lagi bercinta waktu persekolahan.. Sepenuh masa aku, aku fokuskan pada pelajaranku.. Syukur Alhamdulillah, aku peroleh keputusan cemerlang.. Kini bila aku dah besar, terbalik semuanya.. Abah pula asyik bertanya padaku, dah jumpa calon.. Hahaha..


Ketika dimarahi, dirotan, dilarang bercinta, aku memang sering merungut dalam hati, aku marah pada abah.. Namun bila dah besar, aku bersyukur dengan cara abah membesarkan aku.. Atas apa yang abah lakukan, maka berdirilah Nur Farhana seperti sekarang yang korang kenal.. Jika mahu ditulis, betapa dan kenapa aku sayang abah, sampai aku tua sekalipun tak habis aku ceritakan sebab-sebabnya.. Kenapa? Sebab hari-hari abah buatkan aku sayang padanya.. Makin hari makin sayang.. Heehee..



And here goes the picture as well.. Abah di usia 27 tahun dan aku pula baru saja berusia 4 bulan.. Sayang aku pada abah bukan datang ketika usiaku 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun.. Tapi sayangku lahir pada abah semenjak aku dilahirkan ke dunia ini.. Sayangku pada abah sejak dari dulu, kini dan sampai bila-bila..


Assalamualaikum semua..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.