Bila Tipah Asyik Ditipu Dan Dipermainkan..

Berbicara sebentar dengan "penasihatku" di Facebook malam semalam bikin aku lega.. Juga dengan "pakar terapi minda" aku sebentar tadi.. Aku dah boleh belajar lupakan segalanya yang mengelirukan.. Keserabutan perlahan-lahan terungkai.. Bulan Januari kali ini tak seperti tahun-tahun yang sudah, penuh dengan gelak tawa, ceria dan gembira.. Januari tahun ini bawa banyak air mata dalam hidup aku.. Aku benar-benar mengharapkan dalam sisa-sisa Januari yang masih tertinggal ini, akan ada sedikit sinar cahaya yang riang gembira buat aku.. Aku tak inginkan hadiah sebuah tangisan dan kekecewaan di hari lahirku.. Huuhuu.. Tapi apa pun aku akan tetap ingat cebisan ayat ini..


"Ada kalanya kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa"

"Ada kalanya juga kita perlu ketawa supaya dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata"




Tukar topik please.. Ngee.. Apa beza antara "kena tipu hidup-hidup" dan "kena tipu mati-mati" ek kawan-kawan??? Hehehe.. Soalan apakah itu Farhana oii.. Yang pasti aku ada sedikit pesanan penaja.. Muahaha..


Jika apa yang kamu bicarakan itu satu penipuan, sila kemukakan yang sebenarnya..

Jika apa yang kamu lafazkan selama ini hanya satu mainan, sila kemukakan yang sebenarnya..

Jika apa yang lahir dari bibir kamu hanya dengan niat mempermainkan , sila kemukakan yang sebenarnya..


Boleh dilihat, dan sebenarnya menipu lagi disukai dari berkata benar.. Mana satu yang senang nak buat? Menipu? Atau bercakap benar? Huhu.. Kalau kebenaran itu menyakitkan, terus menipu? Atau berkata benar? Hmmmm.. Konflik antara benar dan tidak yang tak pernah berpenghujung..




Kisah Tipah Tertipu atau menipu dan ditipu juga dimainkan di atas tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggalkan dunia.. Diharap tiada sebarang spekulasi kelak di mana-mana tabloid.. Wakakaka.. Ayat budget artis, budget diva.. Hahaha..



Blogwalking semalam menemukan aku dengan satu entry dari seorang blogger tentang participation beliau dalam kursus kahwin.. Dulu aku dengar ada expire date 2 tahun.. Tapi sekarang sudah tiada.. Huuhuu.. Tahu idea apa ada dalam kepala otak? Idea yang sangat mengujakan.. Mahu daftar kusus kahwin, at least boleh isi masa lapang dengan berfaedah.. Timba ilmu rumahtangga juga yang seangkatan dengannya..


Lepas dengar lagu Bintang nyanyian Budak Kaca Mata di blog Enulwanie, rasa mahu jadi bintang, yang ditemani sang bulan exclusively nun jauh di atas sana, jauh dari manusia.. Huuhuu.. Cukuplah merapu.. Aku angkat kaki dulu.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.