Cis!! Kentut Merata-Rata!!!

Selama hidup dalam dunia blogging, banyak juga entry tentang kentut yang aku baca.. Semalam sebelum tidur, adik aku dengan bangganya telah kentut dengan begitu kuat sekali.. Aku pun lalu membuat muka dan menjerit, " Cis.. Kentut merata-rata.." Lalu adikku menjawab, " Takde bau takpe.." Oh ye tak ye.. Bunyi saja ada, baunya tiada.. Hehehe.. Sepanjang malam aku tak dapat melelapkan mata hanya kerana kentut ini.. Penat sudah ku kira kambing melompat pagar, tak mahu tutup juga dua belah mata ini.. Haih..



Orang kata, kentut berbunyi selalu tak berbau, kentut berbunyi baunya, mak aiiihhhh.. One Drop Perfume.. Setelah kajian yang dilakukan ke atas hampir 20 orang, sehingga menyebabkan bulu-bulu hidung aku menjadi kurang sensitif, dan mungkin juga ada yang telah rosak, aku rasa statement di atas mungkin ada juga kebenarannya.. Siapa sokong aku sila beri ciuman di pipi tak gebuku ini.. Siapa tak sokong sila beri pelukan padaku.. Muahahaha.. Adil kan?


Kalau kata samakan dengan manusia.. Orang yang depan kita buat-buat baik, diam-diam ubi saja, belakang jahat gila tahap dewa ini lagi dahsyat daripada orang yang memang terang-terangan kita tahu memang dia jahat.. Betul tak? Ataupun boleh juga kita samakan macam orang yang cakap saja banyak, janji itu dan ini, tapi satu habuk pun tarak.. Ooppsss.. Sensitifkah itu? Heehee.. Lebih baik kita diam-diam, tapi last-last nampak hasilnya.. Kan kan kan???


Diam-diam ubi ini boleh jadi ke arah postif dan mungkin juga negatif.. Kalau yang berisi tu baguslah.. Kalau yang busuk tu, tak eloklah pula kan.. Aku pula.. Dalam tahun yang baru ini, mahu cuba jadi budak diam sikit.. Sebab aku banyak gila cakap sampai aku tak penat tapi orang yang penat dengar.. Bapak penat tak bapak? Haha.. Aku tak tahu kalau-kalau mungkin aku ada sakitkan hati orang kerana cakap banyakku ini di dunia realiti mahupun di blog.. Membuang masa cakap banyak itu pun dah satu hal.. Hehehe.. Tapi kalau kerana aku cakap banyak dan orang suka, dan ada pula yang kata membawa cahaya yang riang gembira, aku terima dengan hati terbuka.. Huhu.. Sengeh sengeh sampai ke telinga lagi.. Hati berbunga tak usah kira.. Heehee..


Mari semua mari kita renungkan ya.. Okey.. Dah 6.30 petang.. Tata semua.. Jaga diri leklok ya.. Jangan lupa sokong atau tak sokong.. Hehehe.. Banyak laa peluk cium aku dapat arini.. Muahahaha.. Gelak ala-ala gatal.. Auwww.. Okeylah.. Cakap banyak lagi.. Haha.. Assalamualaikum semua..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.