Asal Usul Lagu Cari Jodoh Wali Band

Maaf dihulurkan buat semua, hari ini keletihan yang amat sangat.. Mahu taip entry luar biasa dari biasa pun rasa tak terperah idea dari otak.. Haha.. Ini saja yang mampu dihidangkan buat kawan-kawan.. Sebuah kisah kamar dari negeri seberang, diceritakan oleh seseorang yang berdarah Jawa.. Err.. Bedtime story sebenarnya, kisah kamar bunyinya macam geli-geli sikit kot.. Hehehe.. Kisah ini sering diceritakan oleh atuknya semasa dia kecil lagi sebelum melelapkan mata.. Harap anda enjoy..



Di zaman dahulu kala, di sebuah daerah di Jawa Timur, seorang lelaki yang umurnya kian cecah 40an dan diberi nama Tejo.. Bujangan yang masih mencari-cari ratu hatinya.. Dia ada segalanya, rumah di tepi sungai yang tersergam indah, sampan-sampan, perahu-perahu yang macam-macam ada.. Cuma Titanic saja belum mampu dimiliknya.. Ekeke.. Walaupun kerjanya sebagai nelayan sepenuh masa, namun hidupnya dikira senanglah juga.. Cuma ketiadaan wanita dalam hidupnya saja membuatkan dia rasa hidupnya agak kurang lengkap dan sunyi sepi sahaja.. Akhirnya sampailah suatu masa yang dirasakannya dia tidak boleh lagi terus menunggu dan berpeluk tubuh, kekosongan hatinya perlu diisi segera, sesungguhnya dirinya mendambakan belaian dan kasih sayang.. Lantas tangannya mencapai dayung dan sampan diturunkan ke sungai.. Dalam hatinya, "Chaiyok Chaiyok Tejo!!!" (dalam bahasa Jawa okey)



Sebenarnya jauh di sudut liver Tejo, dia punya ciri-ciri wanita pilihan hatinya.. Dia tidak kisah jika tidak secantik Adriana Lima, tak seseksi dan semontok Beyonce Knowles pun tak mengapa, lagilah tidak dia pinta sekaya anak Donald Trump, Ivanka Trump.. Yang sedang-sedang saja dan enak mata kepala dan mata hati memandang.. Cukup desis hatinya.. Cuma satu saja syaratnya.. Yang itu dia kurang yakin adakah mampu dipenuhi.. Hmmm.. sambil mendayung sampan sambil dia berfikir.. Dalam tengah fikirannya melayang, bibirnya rancak menyanyikan lagu favouritenya sambil mendayung sampan perlahan-lahan.. Jom ikut Tejo nyanyi.. Ngee..






Tiba-tiba nyanyiannya terhenti.. Di tepi sungai dilihatnya seorang gadis bersanggul rambutnya dan tubuhnya dibaluti kain batik yang cantik coraknya.. Sambil duduk bersimpuh, gadis itu mencuci baju.. (erk.. duduk bersimpuh cuci baju?) Tejo menghampiri gadis itu dengan senyuman lebar.. Ada raut-raut menggoda pada wajahnya.. Biasalah.. Lelaki.. Wakakaka..


"Sudikah kiranya kamu aku jadikan isteriku, permaisuri dalam hidupku?" tanya Tejo tersekat-sekat..


Perempuan itu terpaku sebentar lalu tersenyum seraya berkata, "Apa salahnya.." sambil tersipu-sipu malu (budget malu-malu meow konon.. kah kah kah..)


Tejo dengan girang hati bertanya lagi.. "Berapa banyak beras kamu makan sehari?"


Pelik wanita itu dengan soalan Tejo, tapi dijawabnya juga.. "Segantang"


"Tak mengapalah, lamaranku tadi kira cancel.. Lupakanlah aku.. Selamat jalan Romeo.. Eh silap.. Goodbye Juliet.." Lalu Tejo berlalu dengan sayu dan menyambung dayungannya.. (ayat apakah itu wahai Tejo???)


Begitulah di sepanjang perjalanannya, dia ketemu hampir berpuluh-puluh wanita, beberapa hari sudah berlalu dan dia menjadi penghuni setia sungai itu.. Macam-macam jawapan, secubit, sekampit, seguni, setong pun ada.. Haha.. Namun tiada seorang pun wanita yang punya jawapan yang dikehendakinya.. Tejo tak putus asa.. Setiap kali mendayung, setiap kali itu juga dia menyanyikan lagu favouritenya itu.. Sampailah akhirnya dia tiba di hilir sungai dan ketemu dengan seorang lagi wanita..



Soalan yang sama seperti yang diajukan untuk wanita yang sebelumnya.. Dengan penuh pengharapan dia menantikan jawapan dari wanita itu dan akhirnya nafas dihela.. Lega.. Dalam hatinya berkata, "Dialah wanita itu, yang ingin aku habiskan seumur hidupku bersamanya.." Mereka berkahwin dan akhirnya hidup bahagia sampai ke helaan nafas terakhir.. Punya anak, cucu, cicit, piut, miut dan lagi dan lagi.. Hehehe..


Trivia yang perlu anda tahu.. Lagu favourite Tejo itu diturunkan kepada keturunannya.. Dan lagu itu berjaya menjadi hit sekitar tahun 2009 dan dipopularkan oleh Wali Band.. Mereka adalah cicit-cicit kesayangan Tejo.. Wakakaka.. Okey okey, yang ini aku reka-reka suka hati.. Hik hik.. Sebenarnya memang ada lagu yang dinyanyikan Tejo, tapi lagu klasik orang-orang Jawa tentang cinta dan jodoh.. Bukanlah lagu Cari Jodoh.. Hak hak..



Gambar terakhir ini saja-saja dibubuh.. Tiada kena mengena dengan entry.. Ngee.. Oh ya.. Mesti semua tertanya apa jawapan wanita itu.. Betul tak? Hehehe.. Jawapan yang diberi adalah, " Ku makan nasi, tak makan beras.." Erkkkk.. Syarat Tejo memang pelik.. Hahaha.. Banyak benda boleh disimpulkan dari kisah ini..


1) Soal jodoh bukan soal yang boleh dirush sangat.. Contohilah Tejo, dia slow dan steady, walau pun banyak wanita sudah ditemuinya namun dia tetap dengan tekadnya ingin mencari wanita yang punya jawapan yang diingininya.. Regardless how long it will take to find the right one for him..


2) Bila tiba masa, saat, dan ketika juga insan yang tepat, maka hatimu automatik akan berkata, "He/She is the one.."


3) Lastly, jangan makan beras.. Masak dulu baru makan.. Wakakaka.. Atau.. Dalam kelas Bahasa Malaysia, sila jangan ponteng.. Ahaks..




FOOT NOTE: Entry ini khas aku dedikasikan untuk DIA.. Semoga DIA sabar dan chaiyok chaiyok!!! Dengan ucapan.. "Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan.." Yeehaa..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.