Marah Marah Yang Membara Sebab Cinta, Gemuk, Cita-Cita

Situasi 1: Sedang menunggu lif, seorang lelaki gemuk hitam pendek dan berbau busuk yang amat bersama pasangan ibu dan anak..


Kata ibu pada anak.. "Kau dah besar jangan jadi macam dia.. Dah lah gemuk, hitam macam bontot kuali, berbau longkang.. Dalam keturunan kita tak ada yang gemuk macam ini, jangan buat malu mak.. Faham?"


Lelaki tadi memandang si ibu dan anak, lalu meletup api kemarahan yang membara..



Situasi 2: Seorang wanita yang masih lagi belajar dan mengambil bidang fesyen berada di butik bersama bosnya yang auww.. Patah..


Kata bos dengan nada tinggi.. "Kau pergi siapkan design evening dress tu cepat, sebelum tu tolong aku buatkan maggi dulu.."


Wanita itu yang memang tertekan dengan kerja yang tidak digemarinya itu, seorang pereka fesyen.. Cita-citanya mahu jadi hair dresser.. Atas paksaan ibu, dia mengambil bidang fesyen.. Sebab tidak tahan tekanan, dia marah meluap-luap dan meletup lalu tertempias pada bosnya..



Situasi 3: Seorang kekasih yang amat sayangkan boyfriendnya tetapi terlalu tidak percayakan temannya itu.. Datang ke apartment boyfriendnya..


Teman lelaki mula bicara.. "Zif, you tahu apa yang I nak.. Please Zif.."


Wanita yang sejak awal tadi sampai dan menemui barang wanita lain di rumah teman lelakinya mula naik berang.. "Apa yang you nak sayang? Nak berpisah? Tapi kenapa? Sebab perempuan lain kan.. Ni apa ni.. Barang siapa?"


Lelaki itu lantas menjawab.. "I perlukan kekasih yang boleh manjakan I, bukan ninja macam you sikit-sikit melenting, mengamuk, pukul orang.. I can't take it anymore.."


"You panggil I ninja???? Argghhhh!!!" Wanita itu mula menghempuk teman lelakinya dengan bantal.. Mengamuk sakan..



3 situasi di atas aku ambil dari telemovie yang ditayangkan di Astro Ria minggu lepas bertajuk NAIK HANTU terbitan MIG Production.. Betul-betul.. Uncle David Teo yang punya.. Heehee.. Cerita ini kira dah lama tayang, tapi minggu lepas baru berkesempatan nak tonton.. Tahu saja astro suka mengulang tayang rancangan beribu kali.. Huhu.. Pengarah dia Azhari Zain (Jin Notti).. Pelakon dia Intan Ladyana, Scha Al Yahya dan Mas Muhaini juga pelakon lain.. Mesti ada yang dah pernah tengok.. Apa pandangan korang? Best tak?



Bagi aku, cerita dia biasa saja.. Bolehlah nak layan kalau bosan.. Hehe.. Aku yang mula-mula hanya teralih channel Astro Ria, melekat jugalah tengok telemovie ini.. Heehee.. Sebab yang buat aku melekat, mesej dari telemovie ini.. Ceritanya berkisar tentang 3 orang gadis yang sangat cepat marah dan melenting, sukar mengawal amarah mereka dan satu hari mereka mendapat bantuan dari seorang lelaki dari agensi yang menjalankan program Anger Management.. Dah macam cerita omputih tu pula kan..


Lelaki ini mencari sebab kenapa mereka suka marah-marah dan tak mampu kawal marah.. Then he teaches them on how to control their anger.. Lelaki itu dulu juga seorang pemarah.. Sebab yang buat dia jadi pemarah? Dia seorang yang gemuk, hitam, pendek dan sering menjadi bahan ejekan dan buli orang sekeliling sejak dari sekolah sampailah ke alam pekerjaan.. 3 orang wanita itu pula masing-masing ada masalah tentang cinta, hidup sunyi tanpa kasih sayang, dan keinginan untuk kejar cita-cita sendiri tapi dihalang ibunya..



2 formula utama yang diajar untuk kawal marah.. Pertama, bila saja mahu marah, senyum saja.. Senyum seikhlas hati dan jangan dibuat-buat.. Kedua, bila mahu marah juga, tepuklah dahi, sambil sebut Oh.. Sabar aje laaa.. Hahahaha.. Lawak aku tengok masa ni.. Apa-apa pun, 2 kunci.. Senyum dan sabar.. Pada pandangan aku, it really works.. Plus jangan lupa selalu beristighfar bila rasa nak marah.. Hmmm.. Apa pula pandangan korang?





Apa yang aku nampak dan aku nak bangkitkan, macam mana pengaruh kata-kata orang sekeliling dan environment sebenarnya mampu beri effect pada sesetengah orang yang tak mampu nak handle.. Bagi yang mampu handle, mungkin akan senyum dan sabar.. Bagaimana pula yang tak boleh terima? Yang jenis simpan saja dalam hati dan tak luahkan? Mungkin boleh jadi gila, atau boleh jadi pemarah seperti mereka-mereka di atas dan mungkin juga alami depression..


Jadinya jalan terbaik.. Belajar handle fikiran kita, perasaan kita, kalau kita salah, betulkan silap kita, kalau kita berada di pihak yang benar, teguhkan pendirian kita.. Heehee.. Okey semua.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Selamat hari lahir untuk Kak Shud.. Terkilan tahun ini kita tak dapat celebrate birthday sama-sama macam tahun lepas..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.