Mampukah Diriku Mengejar Kesempurnaan?

Entry ini adalan entry recycle yang aku tulis di pertengahan tahun lepas.. Ini adalah antara entry kesukaan aku.. Bagi yang sudah lama follow aku, pasti sudah membacanya.. Bagi yang belum baca, enjoy.. Saja aku postkan buat kesekian kalinya untuk muhasabah diri, maklumlah umur dah nak meningkat tua.. Hehehe..

* * * * * * * * * * * * * *

Sudah 22 tahun 4 bulan aku bernafas di bumi Allah ini.. Terdetik di hatiku, selama hidupku ini adakah aku telah mencapai kesempurnaan dari segala aspek dalam hidupku? Kalau belum pun sempurna, ada peningkatankah? Soalan ini yang sering berlegar-legar di kepalaku..


Benar kata orang, manusia tidak sempurna, namun ku rasa tidak salah andai kita berusaha untuk mengejar kesempurnaan itu untuk kesejahteraan hidup kita.. Soalan yang paling selalu aku tanyakan pada diri sendiri, adakah aku sudah sempurna dari agamaku? Cukupkah amalan wajibku? Bersedekahkah aku? Sudah terhapuskah segala sifat mazmumah dalam diriku? Aku tahu ianya masih belum mencukupi, maka aku akan terus berusaha ke arah itu..


Ingin sekali ku ajukan kepada emak dan abahku, sempurnakah aku sebagai seorang anak? Aku akui aku kerap "menyusahkan" mereka meminta itulah inilah, kadang-kadang kalau aku sibuk aku jarang membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah.. Namun ku tahu, emak dan abah tidak pernah sedikitpun merungut. Dalam hati mereka, anak-anak adalah segalanya, selagi termampu, keperluan anak-anak perlu dipenuhi.. Janjiku, setelah tamat pelajaranku dan bekerja, akan ku balas segala budi mereka, akan ku turut segala kemahuan mereka, agar aku bisa menjadi anak yang sempurna..





Sebagai seorang kakak.. Adakah aku sempurna? Mungkin aku sudah melakukan yang terdaya, mengasihi mereka, memanjakan mereka, membantu mereka jika ada kesusahan, ku nasihatkan mereka andai mereka di persimpangan dilema, ku cubit sekiranya ada salah mereka.. Namun ku rasa, masih belum cukup sempurna.. Aku akan tetap terus menjadi kakak kepada adik-adikku, kakak yang sempurna di mata mereka..





Sebagai seorang sahabat aku rasakan juga yang aku masih belum sempurna.. Biarpun ku cuba yang terbaik untuk persahabatan ini, ketawa bersama, menangis bersama, makan bersama, minum bersama, tidur pun kadang-kadang bersama.. Namun tetap jua ada cacat celanya yang kadang-kadang aku sendiri tidak nampak, ada juga pergaduhan kecil yang tidak dapat kami elakkan.. Aku ingin menjadi sahabat sempurna, pada rakan-rakanku, pada kamu, agar di mata kamu aku layak digelar sebagai sahabat..





Aku langsung tidak sempurna sebagai pelajar.. Aku ponteng juga kadang-kadang, aku tidak buat yang terbaik dalam examku, aku enggan mendengar kata-kata lecturerku, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.. Pasti di mata lecturerku, tidak dapat mengingati kewujudan diriku, kerana aku belum sempurna lagi di mata mereka, belum mampu lagi di gelar pelajar cemerlang oleh mereka.. Namun itu ku jadikan satu cabaran, dan harus ku lipat gadakan usaha, ku kikis tabiat burukku agar aku juga bisa menjadi pelajar yang cemerlang dan sempurna akademik dan sahsiah..





Untuk masa depanku, aku mengharap untuk menjadi isteri yang sempurna.. Yang menyerahkan dirinya untuk suaminya sampai ke akhir hayat.. Menyayangi suaminya, menghormatinya, bersamanya ketika susah dan senang.. Sempurnakan keluargaku dengan kehadiran cahaya mata, bukti cinta kami.. Pasti juga aku ingin menjadi ibu yang sempurna pada anak-anakku.. Akan ku belai dan ku manja, ku didik dengan ilmu dunia dan akhirat agar kelak, dia juga mampu berdiri megah, sebagai seorang insan yang sempurna..





Biarpun pada hakikatnya manusia tidak mungkin akan menjadi begitu sempurna, namun mengejar kesempurnaan itu tidak salah andai ia mampu membawa perubahan positif pada diri dan kehidupan kita..


Sampai sini saja.. Happy weekend semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Aku keliru.....

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.