Jalan-Jalan Pagi Tengok Matahari, Jalan-Jalan Malam Tengok Bulan

Assalamualaikum.. Selamat bersahur semua.. Masa entry ini ditulis, jam menunjukkan pukul 1.40 pagi, hari Khamis.. Seminggu dua ini, hidup dah banyak dihimpit dengan masalah, kadang semangat naik kadang semangat turun.. Tempiasnya dah macam terkena pada blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Kadang dijaga, kadang terabai.. Hidup berblog pun dah tak macam dulu, sekarang dah jarang blogwalking, mahu balas jeritan-jeritan di shoutbox pun kadang-kadang saja.. Maaf!!



Cuti aku pun dah mula.. Luckily masalah bertimpa datang masa aku cuti.. Adalah ruang dan celah-celah aku nak keluar dan tarik nafas lega, lari sebentar dari masalah.. Hey.. It's life.. So, chill out.. Dalam hidup sentiasa ada masalah, deal with it.. Be brave be strong!!



Esok housemate aku kedua-duanya dah balik KL.. Sebelum aku tinggal keseorangan, aku apa lagi, tarik kedua-duanya petang tadi, ajak pergi Tesco.. Cuaca terik memang elok jalan dalam Tesco.. Berangin, sejuk, damai macam rasa di tepi pantai.. Macam nak tidur dalam troli suruh housemate tolak kehulu kehilir dekat dengan peti sejuk jual air jual aiskrim.. Ekeke..



Sengaja aku tarik mereka berdua, temankan aku release stress, temankan aku membeli belah barang basah.. Aku beli ikan, beli udang, beli ayam.. Betul orang kata, beli belah satu terapi.. Habis membeli dan sebelum membelah, giliran aku pula teman mereka berdua shopping baju raya, tudung raya.. Aku tak join sebab tak berapa pandai shopping baju shopping tudung shopping kasut dan seangkatan dengannya.. Aku cepat bosan.. Wakaka..


Aku pun duduk tepi perhati orang.. Tengok ada seorang abang dan anaknya tengah bosan menanti dengan troli sedang si isteri sibuk fitting baju raya dalam kedai.. Kakak kedai sebelah sana pula tengah tak ada customer, aku tengok sibuk tangkap gambar diri sendiri.. Muahaha.. Mungkin nak upload masuk Facebook.. Abang kedai sebelah satu lagi jual baju, macam Shah Rukh Khan I tell you.. Kening lebat.. Weeee..


Malam tadi pula, dalam pukul 11 lebih keluar sebentar dengan kawan-kawan masuk town Ipoh.. Kami berlima.. Jalan-jalan cari makan.. Malam hari, bandar Ipoh memang port terbaik untuk skodeng.. Pelacur bersepah-sepah di kiri kanan jalan.. Perempuan, bukan perempuan.. Muda, tua.. Fuh!! Seharian aku berjalan.. Pagi tengok matahari, malam pula jalan-jalan tengok bulan.. Bulan penuh.. Aku pun apa lagi, snap satu terus jadikan profile picture di Facebook.. Aku suka bulan.. =)



Dalam hidup kita, ada macam-macam jenis orang.. Macam-macam juga jenis ragamnya.. Susah dijangka susah diterka.. Sama juga dengan kehidupan kita, di setiap destinasi kita, ada macam-macam masalah.. Tak dinamakan kehidupan jika tiada masalah.. Bila masalah menimpa, kita rasa kita macam diuji dengan ujian yang besar sehingga sukar untuk bangkit berdiri, harusnya kita sedar ada lagi insan yang diuji dengan ujian yang lebih lebih besar dan berat.. Kalau orang lain boleh hadapinya, kenapa tidak kita.. Kenapa tidak aku.. =)


Buat yang dah mula bercuti esok, selamat bercuti.. Selamat berpuasa.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: HARUS cari suami yang suka shopping beli ikan, beli udang, beli ayam, beli ketam, beli errr.. Siput sedut? Heee.. =p

Ulasan

selamat bercuti hana...=)
Ibu Ammar berkata…
aku pun ada masalahhhh yg berbukit. tapi aku tanak stress sangat. kita ettle dia slow2 ek?..
rhapsody LiN berkata…
lin nk suami yg ske shopping semua bnde. haha.
Jard The Great berkata…
tak pandai shopping gak sbb baju kebanyakannya ku tak leh pakai.. hik hik hik
Nur Suaidah Bachok berkata…
cuti cuti! :) hehehe
nway, tak datang ke gathering?
ku tak sure lg g ke tak
Nizam Gtz berkata…
Doktor2 dah cuti ker?? selamat bercuti dan mengupdate blog huhu
Nazz@Purple berkata…
masalah,kepayahan dan kesusahan tu kan bentuk ujian Allah..smoga tabah dan sabr;)
Zuwairi berkata…
fuh!! jalan2 tgk org.. ada yang sangkut tak?
Daffodil D berkata…
selamat bercuti. selamat berpuasa. :)
ISZA berkata…
menunggu kedatanganmu..
ProfHariz berkata…
Memang benar.. setiap ujian buat kita jadi lemah.. padahal itu adalah ujian dari allah menandakan ia sayangkan ktia.

Selamat Berpuasa Jugakk..
Waalaikumsalam..

New Entry ProfHariz
Aida Rahim dan Joe Radzwill sah bercerai

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?