Bisikan Nurani Seorang Insan Bernama Lelaki Dan Bergelar Suami

Assalamualaikum.. Sebelum masuk tidur, "terpaut" pula untuk hayati bisikan nurani seorang insan bernama lelaki dan bergelar suami.. =)


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana 4 perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka utamakanlah (dalam pilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.." Riwayat Bukhari dan Muslim.



Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu


Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati


Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi


Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku


Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi
Perhiasan duniawi


Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini




Tiba-tiba teringat satu hadis yang pernah dibaca.. Hadis riwayat Ibnu Hibban, sabda Rasulullah s.a.w, "Sebaik-baik wanita adalah yang memiliki kedudukan paling baik tetapi paling murah (ringan) maharnya.."


Malah sahabat Rasulullah, Umar R.A juga pernah berkata:

"Rasulullah s.a.w tidak pernah menikah atau menikahkan puteri-puterinya dengan mahar lebih daripada 400 dirham.. Seandainya sikap berlebih-lebihan dalam menentukan jumlah mahar tersebut termasuk satu kemuliaan, nescaya Rasulullah s.a.w akan menjadi orang yang pertama melakukan hal itu.."


Semoga jadi renungan bersama.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)


Ulasan

joegrimjow berkata…
jgn kual mahal sangat mas kawinnya
nanti xterbeli lelaki2 lain
huh, Mas kawen xde masalah, setakat 300 kerajaan wajibkan..

yg masalah hantaran tuh, jgn terlalu membebankan pasangan... nak bunyi je besar...

yg tanggung utang, suami isteri nanti.. renungkanlah
zulkbo berkata…
salam..
bermuafakatlah dalam
berumahtangga..selalunya
yang alim nak carik yang alim je..
habis bagaimana yang tak alim?jadi melengkapilah antara satu sama lain..wallahualam..
rhapsody LiN berkata…
aik...aik... dh pikir suami2 ni ade ape2 ke?


ekeke~ ;p
wachak berkata…
Dah dekat ar tu kan. n3 ni tanda2 awal kearah itu .... hehehe
Nazz@Purple berkata…
jodoh ketentuan yg maha esa
Linglung berkata…
ok, insyaAllah gua cari calon yg berpegang kuat pada agama :)

400 dirham tu bersamaan dgn berapa RM?
Nur Suaidah Bachok berkata…
mahar dengan alquran dan alatan solat :) bisa tak?
hans berkata…
huhuhu
tgh tunggu hari nih
xsabar betul rasanya

P/S : Digi Sayang Aku Agaknya! Hahaha
Zida berkata…
suka gila lagu ni~

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?