Bila Ada Yang Buat Kita Tersenyum.. Perasaan Itu Ibarat Kuch Kuch Hota Hai..

Entry malam nan permai ini dihiasi dengan gambar-gambar yang dipinjam dari Arkib Google Image.. Terima kasih Google.. Penulis entry kini di Melaka, di rumah tercinta bersama emak, abah juga adik-adik yang dirindui.. Kepulangan kali ini penuh dengan senyuman, sebab emak masak SOTO AYAM kegemaranku.. Tak cukup lagi dengan itu, malam ini, lagi dan lagi aku tersenyum.. Makin lebar sehingga aku rasakan bagai nak koyak bibir Angelina Jolieku ini.. Hoho.. Sedang menulis sambil memutarkan lagu Sheila On 7 ~ Buat Aku Tersenyum.. Senyum dan terus senyum.. Apa.. Ingat Joe saja boleh senyum dengan kisah romantis pokok dan tanahnya? Ahaks..




Kuch Kuch Hota Hai itu maknanya SESUATU TELAH TERJADI, well, something something.. Mahu mendapat feel yang lebih sedikit untuk entry ini, sila tonton Kuch Kuch Hota Hai buat keseratus kalinya ya.. Ahaks.. Benar.. Bila ada insan-insan yang buat kita tersenyum, perasaan itu seperti sesuatu telah terjadi, seperti something-something.. Anda pernah rasa apa yang ku rasa? Bila rasaku ini rasamu?




Joegrimjow.. Anda buat saya tersenyum dengan kehadiran entry coretan kamu.. Coretan dari hatikah itu? Ahaks.. Bahagian yang paling ku suka adalah tentang gelaran Doktor Cinta Yang Luar Biasa.. Lantas ku ubah profile diriku nun di sebelah kanan.. Lambang aku jatuh cinta dengan gelaran itu.. Macam dapat Datuk, Datin, Yang Berhormat, Tan Sri, Puan Sri.. Hoho.. Terima kasih kerana menyukai Pingu itu..

*Pingu itu ada di situ kerana kecomelannya.. Sepertiku? Haha.. Ada aura keriangan di situ.. Sebab itu Pingu ada di sini, di Cahaya Yang Riang Gembira..*



Dek kerana keterharuan yang datang menerjah tiba-tiba, maka lahirlah juga komen untuk entry Joegrimjow itu.. Erk.. Maaf.. Terluah lebih sedikit.. Macam "ter"membebel pula.. Haha.. Terima kasih daun keladi.. Haaa.. Ini mesti mahu minta hadiah hari jadi??? =p



Jard The Great menyusul selepas itu.. Berbalas komen di Facebook sebentar tadi, katanya tudung untukku akan diposkan tidak lama lagi.. TUDUNG??? Hik hik.. Ingat lagi entry aku dulu tentang diri aku yang hanya suka memakai tudung hitam? Dari situlah lahirnya tudung pemberian Jard.. Terima kasih kakakku Jard.. Benar.. Kamu buat aku tersenyum dalam keterharuan.. Malam ini penuh dengan senyuman.. Terima kasih ya..




Tudungnya seperti inikah wahai Jard? Tudung Datuk Siti Nurhaliza? Ngeee..




Tapi jika mahu dikirakan, bukan hari ini saja aku tersenyum.. Semenjak dua menjak ini, aku kadang-kadang tak tersengaja tersenyum separa sedar.. Entah, aku tak pasti apa, siapa, mengapa bikin aku tersenyum.. Ataupun.. Aku tahu cuma aku tak mahu menerimanya.. Anda boleh terima? Haha..




Aku angkat tangan dan doa.. Doa supaya penyebab yang buat aku tersenyum akan terus buat aku tersenyum.. Apa, siapa atau mengapa, biar aku saja yang tahu kot.. Ini rahsia aku seorang, sampai bila-bila, aku akan jadi pemilik senyuman dalam rahsia.. Shhhhhhh..


Happy weekend semua.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

Ibu Ammar berkata…
hehehe, sama lah, terharuuuuu dengan entry joe malam nih. berkobar nak wat entry special untuk bezday joe nnti. hahaha
Tanpa Nama berkata…
alalala...
chumelnyew akak!!!
pling ptg..
gambo siti ade!
hakhak!
Abd Rahim berkata…
Baguslah selalu tersenyum...ada fakta menyatakan org yg selalu tersenyum nie panjang umur...
Azuan berkata…
aku suka orang yg kuat senyum nie hihi~ sapelah yg buat ko tersenyum tue yea
rhapsody LiN berkata…
i also smiling whn reading ur en3. hehe..

:) senyum = sedekah
jom sedekah bnyak2. hehe
Nazz@Purple berkata…
Nazz tak reti nak komen pe lak..tp suke bace gaya penulisan drfarhana..kadang2 jeles gak..dgn insan2 yg pandai berbahasa bunga2 nie...
ISZA berkata…
senyum dan senyumlah sepuasnyer kerana senyuman itu sedekah.. senyum bukan sengih ar :D
zulaikhaablah berkata…
amat terkejut bila melihat pic pertama itu ye. knapa buah hati sy bleh ade dsni bersama bella?? huhu
Jard The Great berkata…
hihihihihi......... ku pon senyum jugak la.
Rowena Zainuddin berkata…
waahhh...
dpt tudung baru laa lpas nie..
heheee~
pal7 berkata…
dr luv?..hehe
senyum sokmo yer..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.