Mencari Calon Suami Nun Dari Pantai Di Timur Sana

Tajuk macam biasa mahu gempak saja, soal cinta kahwin tak pernah lari.. Aku doktor cinta yang luar biasa.. Hoho.. *kadang-kadang dah macam bunyi atuk krismas*



Perancangannya sudah agak lama.. Ada dalam 5, 6 bulan yang lepas.. Planning mahu ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan.. Plan tidak menjadi dan kini plan lagi untuk bulan 5.. Nampaknya mungkin akan cancel juga.. Sebab akan ke selatan, pulang ke Kota Tinggi kampung tercinta menghadiri kenduri kahwin mengambil berkat.. Haha.. Jadinya, harapan kini tinggal impian.. Mahu ke Perhentian mahu ke Redang, mungkinkah dalam mimpi saja akan terlaksana?



Kawan-kawan kata, bidang medik ini, ketika belajar, kita punya masa tapi tak punya wang *anak orang kaya lain cerita ya*.. Bila sudah bekerja, kita punya wang tapi tak punya masa.. Haaaa.. Apa cerita? Nak bercuti macam mana? Uhuk uhuk.. Dah medik jalan pilihanku.. Betul tak? Jadinya satu lagi jalan pilihanku adalah mencari calon suami yang tempat lahirnya nun di pantai di timur sana.. Mana-mana pun tak kisah asal namanya Pantai Timur.. Hoho..



Sebab.. Kenduri pihak lelaki, lepas itu straight terus pergi honeymoon ke Pulau Perhentian atau Redang.. Yahoo!!! Plan yang bijak bukan? Ahaks.. Sila jangan gelak dengan rancangan aku.. Sudah ku masukkan dalam plannerku.. Honeymoon ke Pulau Perhentian bersama suami tercinta.. Hoho.. Okey.. Mimpi sampai sini.. Moga satu hari buka mata, suami berbaring di sisi sambil telinga disapa deruan ombak dan sapaan angin pantai.. Romantikkan? Ngee.. Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Psssttt.. Kamu asal dari mana ya? =)

Ulasan

nora berkata…
kawen dgn org besut je la gitu..
dekat dah dgn jetty perhentian..


erkk,lau g weekend jgn lupa ajak2 ayam nyah sekali..nyah namanya dok sini.tp x penah p lagi.


T_T
nak ikut g pulau jugak!!!!
Azuan berkata…
aku org pantai timur~ tgh meng'offer'kan diri wakakaa..
:: Alie ::
Besut? Wow.. Kene specify lagi laa ni Orang Besut plak.. Ahaks.. Jom2.. Tapi mase honeymoon tak leh ler join kot.. Haha.. ;p

:: Aainaa ::
Jom!! Tapi mase honeymoon tak leh ikut ye.. Haha..

:: Azuan ::
Ku terima "offer"nya Azuan a.k.a Pakcik Soul.. Heeee..
Jard The Great berkata…
"ketika belajar, kita punya masa tapi tak punya wang *anak orang kaya lain cerita ya*.. Bila sudah bekerja, kita punya wang tapi tak punya masa.."

sgt setuju dgn kenyataan ini
faizah fuad berkata…
oi oi!bg hint nmpak!haha
Solehah berkata…
tunggu pilih-pilih ja la ni..mesti ramai yang hantar resume nnt..hehe..
ala....nak ikut time honeymoon.....;p
Tanpa Nama berkata…
alala...
chumel impian akak!
Unknown berkata…
akk plak,
mmg nak cari calon org pantai timur especially org terengganu,
x tau kenapa,
hahahahahaha:)

hope impian akk menjad kenyataan;)
Fared Isa berkata…
wow..already planning ur honeymoon?

advance...cool!

gud luck with ur Mr. Lucky Guy...

peace! =)
:: Jard ::
Sangat tepat kan.. Huhu.. Kesian kita.. Ahaks..

:: Faizah ::
Shhhhhhhh..

:: Solehah ::
Hahahaha.. Pilih2? Adehhh..

:: Aainaa ::
Mane leh.. Kanak2 budak2 tak leh ikot..

:: Umar ::
Cumel kan? Mcm akak gak laa.. Hik hik..
Hizami Li berkata…
ahha.
hebat betol.
good luck ye!
;P
:: Cik Wanie ::
Wow.. Terengganu yek.. Hik hik.. Harap2 impian kita dua akan jadi kenyataan.. Heee..

:: Fared ::
This wut people call as early planning.. Haha.. Thanx buddy for ur gud luck wish.. :)
rhapsody LiN berkata…
ahaha... pernah b'pengalaman couple dgn org pntai timur tp putus d tgh jln. x smpat nk mimpi honeymoon kt sne. hikhik..
^0^
Mr. Asada berkata…
hahaha.. yg ni baru d namakan perancangan bijak. kekeke..

tapi kamu punya masa kah mahu honeymoon? lalala~
ISZA berkata…
kalau kawen ngan orang luar pun boleh ajak pergi honeymoon sana kan3?.. :)
tinggi anganmu utk honeymoon ke pulau redang, diriku dr kecik duk di trg darul iman ini, belum pernah ke pulau2 tersebut, pulau pinang jua jd tempat persinggahanku
avid berkata…
haha..dream big, girl!
ala....i duk bilik sebelah....tak kaco u la....;p
akmal berkata…
orang pantai timur mmg best2...heeee
Tanpa Nama berkata…
huhu sape kate kawen dgn org besut honeymoon kat p. perhentian...sy da kawin dgn org besut 2 taun da...x sampai lg p.perhentian...x takut ker kawin dgn org pantai timur...diaor mmg bagus tp satu je susah nk ubah...kedekut dan tahap berjimat gaban...susah weiii

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.