She Talked About Born With Silver Spoon..

Tempoh hari, dia bicara soal born with silver spoon.. Perihal seorang gadis blog yang cantik dan kaya raya.. Kupasan perihal kekayaan, hidup susah dan sebagainya.. Kali ini biarkan aku pula bicara soal dan perihal seorang jejaka blog yang aku respect semenjak awal perkenalan sampailah ke saat ini.. Dia.. Bukanlah seorang yang lahir dengan silver spoon.. Semangat hidupnya yang ingin aku kongsikan bersama kalian..



Setahun yang lepas aku mengenalinya, dia adalah seorang jejaka usianya tua setahun dariku.. Sedang berada di tahun akhir pengajian, jurusan kejuruteraan di sebuah IPTA di selatan tanah air.. Tahun-tahun pengajiannya tidaklah seperti aku dan kamu.. Di mana kita sibuk bertungkus lumus belajar dan belajar.. Dia pula? Belajar sambil bekerja.. Kadang-kadang sebab sibuknya dia bekerja, kelas pun goal.. Huhu.. Banyak sungguh kerja yang dia lakukan.. Jika aku, entahlah samada aku boleh terus bertahan atau tidak.. Tapi untuk memastikan kelangsungan hidup, itulah yang dia lakukan.. Bekerja untuk menampung diri dan keluarga..



Antara kerja-kerja yang aku ingat, dia pernah join katering.. Kadang-kadang sampai ke malam.. Pernah juga dia bersama seorang kawan menghantar pisang-pisang dari Johor ke Perak.. Boleh dikatakan banyak juga masanya dalam lori mengangkut pisang-pisang.. Tapi kerja yang selalu dia buat bersama abangnya adalah menjual goreng pisang setiap Selasa hingga Ahad.. *betul kan?*


Mencari wang untuk kelangsungan hidup adalah perkara utama dalam hidupnya ketika itu selain ingin menamatkan pelajaran.. Kini, dia sudah tamat belajar pada hujung tahun lepas.. Dia sudah mulakan pekerjaannya.. Sebentar saja, atas sebab-sebab tertentu dia tidak dapat meneruskannya dan dia kembali menjual goreng pisang bersama abangnya.. Dia pernah tanyakan padaku, ada ke ibu bapa yang mahu kahwinkan anak mereka dengan seorang penjual goreng pisang? Huhu.. Kalau anda, apa anda jawab?



Kini.. Dia tak lagi kerja jual goreng pisang.. Tidak lagi bekerja di mana-mana kilang.. Dia telah menyambung pelajarannya.. Walaupun agak sukar untuk dia sendiri membuat keputusan, tapi aku yakin, hanya diri kita sendiri tahu apa yang kita perlukan dalam hidup ini.. Semangat dia dalam meneruskan hidup, bersusah payah untuk itu dan ini buat aku sangat respect pada dia.. Dan satu hari jika dia memperoleh kesenangan dalam hidup, aku pasti itu adalah sesuatu perkara yang paling manis sekali.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Betul tak?


Dia pernah tanyakan padaku, adakah dirinya seolah menagih simpati dengan kisah hidup susahnya? Aku rasakan tidak.. Sebabnya kisah dia mampu jadi inspirasi untuk orang lain..



Inilah dia.. Aku gelarkannya Azri Sekandar.. Sahabat yang agak rapat juga denganku dan suka menyakat.. Sama seperti Joegrimjow, walau kenal hampir setahun tapi belum sempat bersua muka.. Hey hey.. Dulu dia mencari-cari gadis bunga.. Sekarang dia mencari gadis cat untuk mewarnai hidupnya.. Ekeke.. Dan.. Dia sangat jiwang.. Siapa-siapa berminat nak kenal? Haha.. Anyway, aku just ingin wish all the best untuk kehidupan beliau..


Untuk anda, aku harap kisah hidup dia mampu memberi sesuatu kepada anda.. Oh ya.. Penjual goreng pisang pun layak meyunting gadis idaman.. Betul tak? Well.. Till here.. Take care and happy weekend.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Jangan risau jika tertutup satu pintu buat kita, kerana dalam hidup ini ada banyak lagi pintu.. Terpulang pada kita untuk mengetuk dan membukanya.. =)

Ulasan

Jard The Great berkata…
waaa... ensem tuuu.. =p
ku jua kagum dengan semangatnya....ku jua mengikuti blognya....=)
Aishot berkata…
kagumnye
ni yg bersemangat waja ni
Ibu Ammar berkata…
nak ngorat beliau buleh? ekeke
nora berkata…
betul,kalau pintu depan tak buka kita masuk ikut pintu dapur.hik3~

~bukan calang2 orang sanggup susah gitu.insyaallah ada hikmat disebaliknya...

anda ditag
=)

http://sepisendirian.blogspot.com/2010/04/ditag-mytafa-happy.html
Boneka Tak Sakit berkata…
betol tu! lelaki hebat penuh semangat! huhuhuhu

aku malas! aku nak jadi gigolo!
joegrimjow berkata…
uhukkkk
uhhhuuuukkk


terbatuk plak
;)
pal7 berkata…
hana..
menangis azeri baca entri nih..haha
terima kasih hana..(entah kali ke brapa kan?)

*azeri sangat jiwang ker?..lalala
:: Jard ::
Jangan puji dia lebey2.. Nanti dia perasan lebey..

:: Aainaa ::
Yeah!! :)

:: Isha ::
Mari2.. Semangat2.. :)

:: Sara ::
Uhuk uhuk.. Tersedak.. Hyung Nim mcm mane?

:: Alie ::
Ye.. Dia mmg bukan calang2 orang.. Heehee.. *adeh.. pintu dapur*

:: BTS ::
Ko pon lelaki hebat.. Lelaki GAY hebat.. Wawawa..

:: Joe ::
Aik.. Nape batuk2 ni.. Pelik.. Isk3..

:: Pal ::
Lorh.. Nape azeri ni asek nanges jek.. Time besday aritu pon nanges.. Isk3.. Sama-sama.. *banyak kali dah ckap sama-sama* Hahaha..

~ sangat jiwanggggg.. ;p
Hizami Li berkata…
wah.
ni promosi pertengahan tahun ke?
hehe.
ya.
semua layak mencari pasangan.
tanpa mengira daripada apa apa sudut pon.
good luck to ur fren.
;)
Tanpa Nama berkata…
sy berminat!!!
hakhak!!!
leh x ek??????
kuikui...
black_mel berkata…
kagum2...nice entry doc,,
hologramisfera berkata…
dear doc.

Betul.
Satu pintu tertutup di hadapan.
Jangan lupa pintu kiri dan kanan
Tuhan ada cerita menarik untuk Hamba-Nya. Kan.




ENTRY TERBARU ;
APRIL TERAKHIR.(SOUND RECORDING SAYA)
rhapsody LiN berkata…
wwwaahhh... hebat...
nk berkenalan dgn beliau boleh?? my blog dh tuko cat baru tu. mybe boleh jd gadis cat plak.
hikhik~
:p
Lan Bingka berkata…
pisang goreng la.. bukan goreng pisang..hmm
azuan berkata…
aku nasib baek dapat sponsor~ tetiba rasa bersyukur giler wakaka.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.