Dulu Senyum Nampak Gigi.. Sekarang Tidak Lagi..

Apa sajalah tajuk entryku.. Ilham tentang gigi ini diperolehi ketika dalam tidur petang tadi.. Hujan lebat sangat menggalakkan proses tidur petang.. Dalam tidur ku bermimpi, gigi bawahku tercabut satu persatu sebab ada gigi-gigi baru mahu tumbuh di bawahnya.. Aku menangis.. Rasa macam sangat real.. Tiba-tiba tersentak dan bangun, gigi semua masih ada lagi.. Alhamdulillah.. Inilah agaknya akibat tidur petang.. Aku kerap mimpi gigi berterabur jatuh satu persatu, orang kata petanda kematian.. Wallahualam..



Yang mahu aku kongsi bukan petanda mimpi tapi gigi.. Gigi bongsu aku yang lama aku nantikan kehadirannya.. Groupmate aku ada 3 orang berusia 27 tahun.. Semuanya baru tumbuh gigi bongsu di usia 27 tahun.. Hmmm.. Agak lambat ya.. Abang sepupuku juga tumbuh gigi bongsu di usia 24 tahun.. Tidak silap dulu cikguku bilang 21 usia gigi bongsu tumbuh.. Wisdom tooth.. Apa yang wisdom aku pun tak pasti.. Tapi yang pasti gigi bongsu tumbuh memang amat menyakitkan.. Boleh menagis kot.. Kan?



Groupmateku dan abang sepupuku pula mengalami komplikasi ketika tumbuhnya gigi bongsu ini.. Giginya tumbuh bukan ke bawah tetapi melintag ke tepi hingga mereka perlu melalui pembedahan.. Ouch.. Sangat menggerunkan.. Aku dah 23.. Bila agaknya mahu tumbuh gigi?



Oh ya.. Lagi seorang rakanku.. My besties.. Usianya 22.. Dah tumbuh gigi bongsu rasanya.. Kan Faizah Fuad? Dia pemalu orangnya.. Sebab itu tutup muka dengan buku.. Hik hik.. Sebenarnya.. Erm.. Sebenarnya.. Beliau adalah peminat rahsia Joegrimjow.. Secretly admire Encik Joe selama 3 bulan.. Encik Joe ingat lagi entry True Meaning Of Love? Ada ku letakkan gambarnya dalam entry juga video tanpa pengetahuannya.. Beliau minat tapi segan.. Saja ku mahu berikan peluang perkenalan.. Indirectly.. Tapi, tiada berkesudahan.. Nampaknya aku tak boleh jadi matchmaker yang hebat macam Jard.. Huhu..


Semenjak Adamaya ditayangkan beliau memanggil Encik Joegrimjow sebagai Faridzul Adam.. Mungkin dia lihat Adam dalam diri Joe agaknya.. Huhu.. Tapi kini Joe sudah berpunya.. Faizah Fuad mendoakan semoga Cik Tanah dan Joegrimjow berbahagia selalu.. Weeeeeeeee.. =)


*LEGA*



Okeylah.. Itu saja bebelan aku untuk entry ini.. Anda fikirlah apa motif entry aku ini.. First part of the entry atau second part? Hoho.. Oh ya.. Dulu kecil-kecil aku senyum nampak gigi kalau ambil gambar.. Dah besar tak mampu senyum nampak gigi.. Hik hik.. Dah dah.. Maghrib.. Mari sembahyang Maghrib semua.. Okey.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: What is next?

Ulasan

ku dah tumbuh kot gigi bongsu...tapi tak sepenuhnya lagi la....masih dalam pembinaa...ahhahaaa....;p
Hizami Li berkata…
hehe.
besar2 senyum nampak anak tekak.
boleh?
ahha.
;P
:: Faizah Fuad ::
Apekah jerit2 di sini??? Hahahaha.. Maafkan saye.. Saye sekali sekala jek wat keje ni.. ;p

:: Aainaa ::
Masih dalam pembinaan??? Hahaha..

:: Hizami ::
Wakakaka.. Ade plak anak tekak.. Haha..
Adziim berkata…
Tak pernah dngr pulak psl gigi berterabur ni petanda kematian.
Ken Wooi berkata…
gigi bongsu means wisdom tooth? i extracted one before.. coz pain =P
myQza berkata…
gigi tercabut tanda kematian.pernah dgr
Bro Framestone berkata…
bygkan senyuman tue tinggal gusi je he..23x

BroFramestone Blog
farhana berkata…
pernah kena operate gigi gak sebab gigi tumbuh lain macam hehe
org kata kalo dah tumbuh gigi bongsu, xde can nak tinggi lagi...
so..kita ad lg can la nk meninggi
sy pon blom tumbuh gak..
gimme 5 doc =)
purple ladies berkata…
saya pun belum tumbuh gigi bongsu..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.