Adakah Pukulan Itu Satu Belaian Kasih Sayang Wahai Suamiku?

Macam-macam ragam manusia boleh kita lihat dan dengar di zaman ini.. Perangai manusia seolah-olah seperti kembali ke zaman kuno dahulu kala di mana kita masih lagi tak bertamadun dan tak maju samada dari segi kehidupan ataupun pemikiran.. Apa nak jadi..


Usai pulang dari kelas, duduk menghadap TV sambil makan tengahari.. Kaca TV terpapar berita penangkapan pelakon dan model Badrul Muhayat atas tuduhan memukul isterinya.. Ouh.. Dulu-dulu dia adalah pelakon kegemaran aku.. Harry Boy.. Aku tak pernah lupa.. Sebab apa suka? Gadis-gadis sunti zaman dulu kala, suka pasti sebab kacak.. Betul tak? Haha..




Aku tak pernah ambil tahu sangat soal gosip dunia hiburan.. Dan tak pernah tahu semenjak dua menjak ini, Badrul Muhayat ini memang bermasalah.. Menurut rakan serumah aku dia dihadapkan dengan tuduhan memukul dan menendang isteri dia, malah dia juga seorang kaki botol, drug addict dan involve dalam banyak lagi aktiviti tidak sihat.. Sejauh mana kebenaran, aku sendiri tak pasti.. Tapi jika benar, sebab apa ya dia pukul isteri yang dinikahinya itu? Adakah pukulan dan sepak terajang itu adalah satu bentuk luahan kasih sayang yang hanya sesetengah orang saja mampu memahaminya? Hoho..


Banyak faktor mungkin yang mempengaruhi tindakan seseorang sehingga ianya menjadi di luar kawalan.. Contoh macam stress kerja, tekanan hidup dan banyak lagilah.. Tapi atas nama apakah dia memukul isterinya tanpa belas kasihan? Atas nama suami? Atas nama cinta? Ouh.. Jika begitu akan datang pasti banyak penurunan dalam bilangan perkahwinan di Malaysia.. Sebabnya? Takut mahu kahwin.. Ahaks.. Perkahwinan itu dibina atas dasar kasih sayang, tanggungjawab, hormat menghormati dan melindungi.. Once kita cemarkan dengan perbuatan seperti itu, apa lagi makna yang tinggal dalam sebuah perkahwinan.. Betul ke apa aku kata? Hmmm.. Ingat tak? Hormat menghormati.. Itu paling penting..



Badrul Muhayat nampaknya mengaku TIDAK BERSALAH.. Kita tunggu dan lihat saja.. Buat para suami, sayangilah isteri anda.. Janganlah kerana masalah kecil, isteri dihempuk, diterajang, disepak dan ditendang macam bola takraw.. Hoho.. Isteri pula ambil peranan sebagai seorang isteri, jika suami ada masalah, sentiasa berada di sisinya, bagi support, tenangkan hatinya, tak adalah dia stress sangat.. Sentuhan suami isteri bukankah adalah suatu magik? Hehehehe.. Anda lebih mengerti.. Ahaks..


Take care semua.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.