Pengisi Jawatan Kosong.. Selamat Hari Lahir Azri Sekandar..

Agak sibuk kebelakangan ini sebab test makin dekat.. Sibuk selak buku, sibuk ke labour room, ke maternity ward, tak banyak masa dengan blog, maaf.. Heehee.. Dalam masa yang sama, otak agak ligat memikirkan idea untuk contest terbaru, malam indah bersama Joe Jambul.. Harap idea cepat terjah kepala otak.. Minat? Jom join ramai-ramai..



Ku dengar ada jawatan kosong..
Untuk sang pencinta..
Pelukis pewarna jiwa..
Ku ingin jadi yang pertama..
Mengisi aplikasimu..
Tapi bagaimana aku tak tahu..
Aku sanggup menunggu..
Dari malam sampai ke subuh..
Hanya untuk mendengar..
Kata lukamu..
Aku hanya kedua..
Tidak sepertinya..
Kan menyakitimu..
Kan mengguris hatimu..

* * * * * * * * * * * * * * *

Sweetkan cara untuk mengisi jawatan kosong? Heehee.. Ingat lagi tentang insan blog yang pernah satu ketika dulu menyentuh hati aku? Jawatan kosong yang aku gagal temuduganya.. After all, I'm happy to have a friend like him.. =)


Well.. Cut out the crap.. It's his birthday tomorrow.. 12 April 2010.. Begitu cepat rasa masa berlalu, 19 April ini pula genap setahun aku kenal dia.. SMS yang aku hantarkan padanya tadi dibalas, dan dia nyatakan aku yang pertama untuk 2010 ini.. So happy to hear that.. Tapi.. Seriously, aku sendiri tak paham, even dah berapa lama masa berlalu, masih lagi ada sebak di dada ketika aku ucapkan selamat hari lahir buatnya.. Kenapakah wahai Farhana? Huhu..


Aku memanggilnya di dunia blog ini sebagai Azri Sekandar, Shah Rukh Khan Malaysia.. Seronok rasa menyakatnya dulu kala.. Apa pun, sempena hari lahirnya tak lama lagi, aku cuma mahu ucapkan Selamat Hari Lahir Azri Sekandar.. Semoga Allah berkati perjalanan hidupmu.. Jangan pernah give up, kamu tahu kamu boleh.. Ramai insan yang menyayangi kamu ada di sisi menemani, ku juga tak terkecuali.. Ada masalah, you can count on me.. Yang penting, hidup dengan happy.. Happy selalu..



Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.