Mereka Menangis Tapi Aku Tersenyum

Entah apa mimpi pagi-pagi begini, hati tergerak mahu menempel gambar-gambar jejaka yang begitu macho ini menangis teresak-esak.. Bukan kerana masih demam drama Korea ini tapi kerana mahu bicara soal lelaki menangis.. Dulu Amir Oh Malaysia pernah mengeluarkan entry tentang ini, Siapa Kata Lelaki Tak Boleh Menangis.. Ya betul.. Aku sokong 200%.. Siapa bilang lelaki tak boleh menangis.. Lihat saja drama-drama TV, tak kira dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Korea, Jepun malah Sepanyol.. Perempuan menangis, lelaki juga tak mahu kalah.. Heehee..


Ada orang kata apa barang lelaki menangis.. Tak macho langsung.. Kalau time menangis muka handsome tak apalah juga, muka sememeh dengan air mata, air hingus dan macam-macam air lagi.. Ooppss.. Orang kata, bukan aku kata.. Hik hik.. My personal opinion.. Hmmm..


Aku sangat suka lihat lelaki menangis.. Menangis ya dan bukan cengeng.. Bukan yang sikit-sikit nak nangis punya jenis.. Heehee.. Sebab bagi aku, kita semua tahu, lelaki bukanlah golongan yang popular dengan juraian air mata, selagi mereka boleh tahan selalunya mereka akan tahan empangan dalam mata mereka itu dari pecah.. Selalunyalah.. Jadi bila masa mereka menangis, bagi aku itu lambang kejujuran mereka.. Jika mereka menangis, mereka benar-benar berada dalam kesedihan.. Entahlah.. Bagi aku, tangisan seorang jejaka selalunya adalah suatu tangisan yang ikhlas.. Tapi ada juga yang sebaliknya, tangisan seekor buaya tembaga.. Haha.. Yang itu perlu extra hati-hati.. Hoho..



Jang Geun Sook a.k.a Hwang Tae Kyung menangis dengan penuh feel.. Sememeh muka tapi tetap I loike.. Haha..


Shin Woo oppa menangis ala-ala Mat Kool.. Hehe..


Entahlah ini boleh dikira menagis atau tidak.. Jeremy oh Jeremy..


Soal lelaki menangis selesai.. Aku pula tersenyum.. Kenapa aku senyum? Entah kenapa.. Tiba-tiba.. Tanpa aku sangka, seorang yang selama ini aku anggap biasa-biasa saja telah buat aku tersenyum lebar dan riang, mengisi hari-hari aku dengan senyuman.. Walau hanya sepatah dua ayat saja, aku tetap tersenyum.. Walau tiada langsung unsur lawak dalam ayatnya, aku tetap juga tersenyum.. Mengingatkan dia dan apa yang dia lakukan, aku terus-terusan tersenyum.. Haish.. Buat anda yang membuat saya tersenyum, terima kasih banyak-banyak.. Saya tahu anda sentiasa bertandang ke sini, ke teratak Cahaya Yang Riang Gembira dan meninggalkan jejak-jejak yang buat ku tersenyum.. Terima kasih sangat-sangat.. Anda mungkin tahu siapa diri anda.. Ngee.. Tak lupa juga buat yang singgah, kamu-kamu juga sentiasa menceriakan hariku.. Sayang semua.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Di dalam mode Buat Aku Tersenyum.. (hope YOU enjoying this song as much as I do..) Senyum dan terus tersenyum.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.