Will You Marry Me?

Ada yang datang bertandang bertanya khabar.. Datang berkali-kali tetapi entry tetap sama.. Tuan blog tiada update baru.. Bertanya pada tuan blog bila mahu update.. Terharu sebenarnya.. Ada juga yang mengingati, meminati, mencintai.. Ooopppsss.. Mencintai? Haha.. Pyaar Impossible.. Maaf dipohon, tuan blog sedikit di awangan, bukan di bius cinta, tapi di bius hambatan kerja yang terlampau..




Kegiatan blogwalking tetap berjalan seperti biasa, cuma mahu update agak penuh kesukaran.. Jangan ditanya apa yang sukar.. Haish.. Kalau terus begini, tak dapatlah jadi blogger sejati seperti Joegrimjow.. Huhu.. Berjalan petang tadi, aku jumpa entry ini, cinta, cinta alam maya, cari pakwe, cari awek.. Terasa berkurun lama sudah tak berjiwang dalam entry.. Jujur aku katakan tiada nafsu mahu berjiwang.. Wahai soulmate, nampaknya title gadis jiwang tak mampu aku pegang lagi.. Hoho..




Terima kasih diucapkan kepada entry ini kerana mencetuskan idea untuk aku menulis entry jiwang yang ini.. Seorang rakan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama saja lagi, 2 bulan lagi.. Selalu saja duduk bersama dan berbual tentang persiapan beliau untuk jadi seorang isteri.. Macam-macam ditanya oleh kami yang naif ini.. Ilmu rumahtangga, ilmu zahir batin habis semua dikorek.. Hoho.. Paling utama, soalan tentang apa yang diajar semasa kursus kahwin.. Menarik.. Teruja pun ada.. Haha.. Tapi apa yang mahu aku kongsikan adalah tentang pertanyaan seorang rakan pada rakan yang ingin mendirikan rumahtangga ini..


"Yakinkah mahu berkahwin dengan si dia? Macam mana boleh tahu dan rasa, yang satu hari akan kahwin dengan dia? Macam mana tahu dialah orangnya??"




Jawab beliau.. "Kau akan rasa, kau akan kahwin dengan dia, kau nak kahwin dengan dia dan dia saja.. Dialah orangnya.. Dan bila kau mula rasakannya, kau takkan hebahkan pada dunia apa yang kau rasa, tentang keinginan kau nak kahwin dengan dia, cukup sekadar kau sendiri yang tahu.." Kata-kata beliau dipersetujui oleh dua tiga orang rakan yang lain.. Aku? Kurang faham sebenarnya.. Tapi malas mahu mengulas.. Entahlah.. Aku malas bercerita tentang soal hati dan perasaan, aku kini lebih banyak dengar dan belajar.. Tapi aku yakin, setiap dari kita punya pandangan sendiri.. Bila dah sampai serunya, Allah akan tiup rasa dalam hati kita untuk si dia yang kita tak tahu siapa, keyakinan dan keinginan untuk bersama dengan dia sebagai suami dan isteri automatik akan tersemai dalam hati.. Betul tak?


Soal perasaan, soal hubungan, soal hati memang unik dan penuh misteri.. Untuk menempuhnya, perlu ada tekad, keyakinan, keteguhan, cekal, waja dan yang seangkatan dengannya.. Hik hik.. Dan aku di sini.. Hanya mampu tersenyum.. Heehee.. Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Mahu number telefon kamu.. Boleh ke tak boleh ek? ;p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.