Ini Untuk Jard: Kenangan Saya Bersama RTM

Last day oh last day.. Berjaya juga aku siapkan cebisan entry untuk contest yang aku join buat kesekian kalinya.. Cik Jard, terima kasih atas penganjuran contest ini dan terimalah entry dariku untuk contestmu.. Hik hik.. Contest sempena Hari RTM yang ke-64.. Anda semua pasti alert tentang ini bukan? Bila aku membaca entry tentang contest ini, terngiang-ngiang di telinga aku, tagline sempena Hari RTM ke 64 ini.. RTM TETAP UNGGUL.. Ngee.. Sebelum memulakan entry, ada sedikit pesanan penaja untuk anda..


"Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Jom pergi ramai-ramai!"



RTM oh RTM.. Dalam tak sedar sudah cecah 64 usianya.. Dua kali ganda usiaku.. 20 tahun lebih tua dari usia emak dan abah.. Erm.. Tua setahun dari usia nenekku.. Tak salah jika aku kata, RTM ini lebih sinonim dengan golongan veteran.. Muda-mudi seperti aku, seperti kamu, seperti peserta-peserta kontes yang lain, masing-masing mengatakan RTM bosan.. Benar, jujur itu kata hati kami.. Jika kita tanya pada kanak-kanak setahun jagung pula, mungkin ada yang tak kenal RTM, lebih mengenali Astro Ceria, Cartoon Network dan sebagainya.. Tapi sedar tak kita, sebelum wujudnya stesyen TV dan radio swasta yang lain, RTM itulah perintis kepada stesyen televisyen dan radio di Malaysia.. RTM ibarat Tok Guru atau Sifu kepada stesyen TV juga radio yang lain.. Namanya sudah menapak kukuh dalam bidang penyiaran Malaysia.. Walaupun kemilaunya kadang-kadang terang benderang, kadang pula surut dan suram..




Dato' Siti Nurhaliza oh Dato' Siti Nurhaliza.. Bintang HMI tahun 1995.. Itu paling melekat di kepala aku.. Ketika itu, usiaku 8 tahun.. Di RTM segalanya bermula dan kini, kita lihat betapa besar dan gahnya nama Dato' Siti di persada hiburan tanah air malah juga di peringkat antarabangsa.. Aku pasti, Dato' Siti dan RTM pasti ada kenangan terindah dan memori abadi.. Bukan saja Dato' Siti, malah juga artis-artis lain seperti Adibah Noor, Misha Omar, Jamal Abdillah, Siti Sarah, Izwan Pilus, Sharifah Zarina dan ramai lagi.. Besar jasa RTM pada artis-artis kita.. Lantas lahirlah rancangan Bintang-Bintang di RTM 1.. Aku sempat menonton satu episod.. Heehee..



64 oh 64.. Usianya melambangkan berapa jauh RTM menapak di bidang penyiaran dan pastinya suka duka, jatuh bangkit pernah dirasainya.. Bila menyentuh soal kenangan RTM dan aku, tak banyak pasti ada sedikit.. Mari aku bawa kalian menelusuri kenangan-kenangan RTM bersama aku dalam menapak ke arah alam kedewasaan..


Nenek oh nenek.. Joe Jambul juga bercerita tentang neneknya dan RTM.. Haha.. Kami serupa.. Nenekku juga sangat meminati Gerak Khas.. Kenapa ya Joe? Ahaks.. Jadi setiap kali balik kampung, cucu-cucu pun join sekalilah menonton Gerak Khas.. Khamis pula nenek akan pesan supaya pasang Forum Perdana Ehwal Islam.. Cucu-cucu tak ada pula yang join sekaki.. Isk3.. Anak muda zaman sekarang, tengok bola mahu, tengok drama bersiri, sinetron, telenovela berjela-jela rajin, Forum Perdana? Hilang lesap entah tak tahu di mana.. Hoho..



Memasak oh memasak.. Bila tiba pula bulan Ramadhan dan bulan Syawal, RTM pasti menyediakan rancangan masak-masak yang pasti buat aku tak lupa untuk menontonnya.. Ingat lagi Ketuk Ketuk Ramdhan bersama Sheila Rusly? Sangat best.. Melalui rancangan masak di RTM jugalah ku mengenali chef-chef wanita yang popular seperti Chef Zaidah, Chef Liza, Chef Rubiah dan ramai lagi.. Ehem ehem.. Bagus juga menonton rancangan masak-masak.. Persiapan menapak ke gerbang perkahwinan.. Ngee..


Ramai di kalangan peserta kontes bercerita tentang zaman kanak-kanak mereka bersama RTM.. Aku juga tak terkecuali.. Dragon Ball dan Sailormoon aku minat.. Tapi tak sehebat minat dan kegilaan aku pada rancangan Power Rangers yang disiarkan setiap hari Ahad di RTM 2.. Power Rangers begitu setia menemani aku dari aku kecil sehinggalah aku dah besar panjang seperti sekarang.. Dari Mighty Morphine Power Rangers, sampailah kini Power Rangers Jungle Fury.. Hoho.. Rasa jiwa muda bila dah besar panjang masih menonton rancangan kanak-kanak.. Percaya atau tidak, RTM yang kita katakan bosan inilah yang mewarna-warnikan hidup zaman kanak-kanak kita..


Kenangan oh kenangan.. Membesar bersama RTM, memang banyak sekali kenangan dengan rancangan yang disajikan.. Saban malam kita menonton Night Movie, kadang-kadang bergelak ketawa dengan P. Ramlee.. Selalu juga RTM menyajikan cerita P. Ramlee, diminati bukan saja golongan veteran, malah juga remaja dan kanak-kanak.. Ada Charlie Chaplin, ada The Three Stooges juga.. Gelak tak ingat dunialah gamaknya.. Huhu.. RTM juga tak ketinggalan dalam menghasilkan rancangan realiti.. Dulu-dulu kita ada Bintang HMI, lepas itu Bintang RTM.. Juga tak lupa Battle Of The Band.. Tak lama dulu ada rancangan realiti Pilih Kasih.. Jika TV3 bangga dengan Muzik-Muzik, RTM juga punya Hitz 1.. Sama saja dengan apa yang ada di stesyen TV yang lain.. Paling penting, aneka rancangan disediakan.. Untuk warga veteran, dewasa, remaja dan juga kanak-kanak..


Hampir aku terlupa, ketika aku di bangku sekolah rendah, aku selalu menantikan slot drama bersiri di RTM 1.. Ketika itu RTM menayangkan drama bersiri ROS ANITA.. Lakonan Ogy Ahmad Daud dan Rashdan Baba.. Kerana drama yang aku tonton saban hari itulah, aku mendapat inspirasi untuk menulis surat cinta.. Dek kerana drama itu jugalah, aku mula meminati lagu-lagu kumpulan Lefthanded.. Hebatnya drama itu sampai diulang tayang 2 atau 3 kali tidak silap aku.. Heehee..





RTM oh RTM.. Barangkali namamu tidalah sepopular stesyen TV dan radio swasta yang lain.. Tapi bagi aku, itu tidak sepatutnya dijadikan kayu pengukur.. Apa yang perlu kita nampak dan kita puji adalah kemajuan dan perubahan yang banyak dilakukan oleh RTM.. Aku yakin semua pasti perasan sudah ada banyak perubahan dalam rancangan RTM dulu dan kini.. Banyak rombakan dan perubahan dibuat.. Nampak lebih sistematik dan teratur.. RTM 1 sarat dengan rancangan berinformasi seperti Apa Kata Wanita.. RTM 2 pula lebih banyak berunsurkan hiburan, diisi dengan macam-macam drama.. Malah, saban kali aku lihat kuiz-kuiz dianjurkan.. Benar-benar strategi untuk menarik penonton.. Ternyata RTM berjaya melakukannya dan masih ada ruang lagi untuk melakukan kemajuan.. All the best RTM dalam memikat hati penonton..


Tahniah juga ku kalungkan buat RTM kerana walau dalam gelombang arus kemajuan dunia penyiaran, walau kadang-kadang goyah dan mahu tumbang, RTM tetap terus berusaha untuk berdiri tegak.. Kini, namanya gah sebagai pelopor dan Tok Guru bidang penyiaran Malaysia.. Semoga RTM Tetap Unggul..



Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.