Cili Mulut Kamu Nak?

Masa jalan-jalan baca artikel tentang cili ini, aku teringat pada Cikgu Matematik, Hizami Rahim.. Header blog dia ada cili okey.. Melambangkan ke"hot"annya.. Heehee.. Eh eh.. Dia kata sebab dia suka sangat makan cili.. Erm.. Sebab itu dia hot barangkali.. Berbekalkan wajah yang comel dan suka makan cili yang pedas dan hot.. Ooppss.. Puji lebih-lebih pula.. =p


Cili itu panas, pedas dan membara.. Jangan makan cili jika tak tahan pedasnya.. *Macam tiru pepatah jangan berumah di tepi pantai kalau takut dipukul ombak.. Ekeke..* Dulu-dulu orang tua akan pesan, nenek dengan mak akulah, abah juga.. Jangan makan cili banyak sangat, biji cili tersumbat boleh buat sakit appendiks.. Kata Abang Kelantan kelas aku, makan pedas banyak-banyak boleh buat buasir.. Dah 2 kali dia kena.. Pedih kot punggung.. Ooppss.. Pecah rahsia.. Hik hik.. Ada juga kata boleh membuat sakit gastrik kita makin teruk.. Tapi lain pula kajiannya di Universiti California, Amerika Syarikat.. Cili boleh kuruskan badan.. Hohoho.. Berapa kilo cili agaknyalah kena makan untuk dapat bentuk badan ideal.. *Joe pasti akan offer HerbaLife nanti.. Hehe..*


Hoho.. Aku pun dengan rajinnya meng"google" tentang perkara ini.. Al maklum saja berkait rapat dengan insan comel sepertiku.. Hik hik.. Dan aku temui jawapannya di sini.. Siapa rajin-rajin, bolehlah baca ya..




Tapi basically, cili sebenarnya ada banyak kesan positif pada tubuh.. Dalam cili mengandungi bahan bernama Capsicain yang membantu untuk membakar lemak dalam tubuh.. Tapi ada juga yang allergy dengan capsicain sehingga menyebabkan tandas atau jamban menjadi rumah kedua anda.. Hik hik.. Bagi wanita.. Woot woot.. Boleh juga licinkan kulit ya.. Lelaki juga kalau berminat.. Heehee.. Ada juga kajian mengatakan cili jika dimasukkan dalam menu, boleh bantu kurangkan "kebanjiran insulin" selepas makan.. Sebab kebanjiran insulin adalah antara penyebab Diabetes Mellitus Jenis 2.. Sejauh mana kebenaran tentang ini aku tak pasti pula..


Cili juga boleh melegakan hidung berair, bertindak sebagai antibiotik semulajadi dalam tubuh badan kita.. Untuk melegakan sakit juga boleh.. Multipurpose cili ini ya.. Huhu.. Antara kesan sampingan makan cili banyak sangat:


1) Rasa terbakar pada mulut, bibir, kulit (tahanlah sikit.. lidah Melayu apa..)

2) Cirit-birit (ini yang bagi allergy pada capsicain)

3) Boleh meningkatkan kekerapan anda ke tandas

4) Heartburn (bukan jantung terbakar ya..)

5) Insomnia (tidur itu sesungguhnya nikmat..)



Since advantages outweigh negative effects, one should not underrate the beneficial effect of chillies towards contributing to our health well being.. So eat chillies to your heartiest content, if you can withstand the unbearable burning sensation and pungent taste..


Agak-agak mahu body macam Keira Knightley, bolehlah mula makan cili selalu ya.. Hot dan tip-top.. Ahaks.. Okey semua.. Till here.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Cari suami lidah Melayu yang suka makan cili.. Boleh teman aku kuruskan badan sama-sama.. *kalau dia kurus cikeding, jadilah makin keremping* Weewiiittt.. =p

Ulasan

Azuan berkata…
cili~ sedang3 sudah huhuu
Tanpa Nama berkata…
huhuh...
sy baru bace paper td pasal cili leh kuruskan badan!
rhapsody LiN berkata…
haha..u dh comel dh dear.. :)

lin blaja mkn pedas mse masuk mrsm dlu. klu tak, kitorg adik bradik mmg x reti mkn pedas..
:p
Hizami Li berkata…
ahaha.
saudari.
setakat ni sy tak mengalami side effects tu setelah 22 tahun memakan cili.
hohO.
;)
Tanpa Nama berkata…
status tu tulis be the 1st to like this!!

i can't resist!! to be the 1st hahahaha :))

BTS

AKU SUKA AIR BATU SO AKU COOL LA KAN HAHAHAHHAHA ;p
Adziim berkata…
Aku prefer untuk tidak mengambil makanan pedas. Sakit perut oohh.

Lau cili biasa2 tu bleh r.
Ibu Ammar berkata…
cili my favret..tak pedas hilang selera nak makan wo!

yeker leh kurus. makan ngan cili makin berselera nak kurus guano. haha
Nazz@Purple berkata…
tgk tajuk entry pon dah menyengat dengan kepedasannya..
Lan Bingka berkata…
tak feel la makan nasi takde rasa pedas..
:: Azuan ::
Sedang 3 kali ye? Haha.. ;p

:: Umar ::
Akak bace paper laa tadi.. Ngee..

:: Lin ::
Tengkiu.. *kembang ni*

:: Zami ::
Wow.. 22 tahun? Dari baby???

:: BTS ::
Ko selalu tak leh resist kan.. Wakakaka.. Ko mmg cool.. Aku tujukan lagu katy perry, hot n cold untuk ko..

:: Adziim ::
Hoho.. Perut tak tahan kot..

:: Sara ::
Memang cili leh bangkitkan selera pon.. Tapi dia juga boleh bakar lemak. Counteract laa tu.. :)

:: Nazz ::
Sangat menyegat ke? Haha..

:: Lan ::
Sangat takde feel.. Huhu..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.