Ini Bukan Iklan Ubat Ketiak

Masa kecil-kecil comel loteh, aktif sukan itu sukan ini.. Bola keranjang, bola tampar memang kira otai dan dalam tanganlah.. Tutup mata pun boleh score.. Hoho.. Hasrat dalam hati mahu teruskan sampai besar panjang, aktif sukan tanpa henti.. Baru badan fit dan mantap juga tip top.. Tapi nampaknya hormon yang dirembeskan ketika tumbesaran menyebabkan badan kembang kuncup tak sekata.. Hasrat hati terkubur begitu saja.. Sia-sia.. Alasan semata.. Kalau malas katakan saja.. Jangan salahkan hormon yang tak berdosa..




Akibat tak bersukan, beginilah gamaknya.. Pagi tadi lif hospital merajuk tiba-tiba.. Dari 6, tinggal hanya 2.. Orang ramai berpusu-pusu, mahu berebut lif memang ku tak biasa.. Kelas dah nak mula.. Di tingkat 8 kelasnya.. Takkan naik tangga? Hahaha.. Gelakkan diri sendiri saja sebab nak tak nak, daki tangga saja jawapannya.. Sampai tingkat 3, berhenti seketika, sedut udara.. Sambung lagi sambil mendongak, ada lagi 5.. Apa nasib aku di pengakhirannya.. Hoho.. Macam kisah perang-perang pula.. Tingkat 5, tak mampu bersuara.. Tak cukup nafas walau untuk keluarkan sepatah kata.. Berdiri depan lif, pintu terbuka.. Lega.. Tiba di kelas, berdiri depan kipas, angin tiup sepoi-sepoi bahasa.. Best juga.. Haha.. Cuaca panas, peluh pun mengalir laju saja..


Haiya.. Umur baru 23.. Takkan cepat pancit, baru naik sampai tingkat 5.. Merangkak macam baby apa naik tangga.. Nak buat macam mana.. Inilah akibat tak bersukan dan melatih stamina.. Nanti cari suami mahu yang badan tough saja, senang nanti kalau ada apa-apa.. Abang sayang, minta dukung saja!!! Haha..



Dah penat-penat berlari berkejar sini dan sana, peluh merembes pasti tak selesa.. Pakailah Gatsby Deodorant untuk lelaki.. Untuk wanita, pakailah Rexona for Women.. Passion.. Wangi ouh.. *macam buat iklan pula* Wakakaka.. Even di pagi hari berkejar ke sana ke mari atas tuntutan kerja, peluh bukanlah satu penghalang untuk maintain segar.. Hik hik.. *poyonya ayat*




Selamat tengahari ya semua, selamat menjamu selera di tengahari.. Jaga diri elok-elok.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Pemilik IP Address 2 dot dot something something (12 angka, banyak sangat nak tulis semua).. Terima kasih selalu jenguk saya.. Heehee.. =)

Ulasan

Jard The Great berkata…
aku suka button like tu.. ehehe.. kalo tak sempat komen.. ku like je bole?
Lan Bingka berkata…
ish ish.. baru 23 ni.. macam mana ni..;p
rhapsody LiN berkata…
haha.. lin pakai yg active. kaler putih.

ngee~
:p
PCL berkata…
kecik2 men tangga mesti emak marah..tp kalu dah beso cam ni xperlah teruskan !
Menderas berkata…
Saya duk rumah flet tingkat 5, takde lif, hari-hari kena panjat tangga. Huhu..
Tanpa Nama berkata…
aku rasa aku la.. ip adress tu sebab aku sellau juga lawat page ko nie!

so tahniah buat aku!


BTS
:: Jard ::
Ku suke gak.. Hahaha.. Boleh2..

:: Lan ::
Tu la pasal.. Isk3.. Caner ni..

:: Lin ::
Rexona.. Best kan?? Hik hik.. ;p

:: Pakcik Lie ::
Baik2.. Saye akan teruskan.. Heehee..

:: Amirul ::
Wow.. Pasti fit tubuh badan ni.. Heehee..

:: BTS ::
Waaaaaaa.. Giler perasan duh ko ni.. Ko punye IP Address bukan 2 ek.. Mula dari satu tak silap aku.. Haha..
joegrimjow berkata…
ingtkan pasal nuffnang
heheee
Azuan berkata…
nie memang iklan ke~
:: Joe ::
Hik hik.. Bukan-bukan.. ;p

:: Azuan ::
Tajuk kate ini bukan iklan.. ;p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.