Ini Bukan Hikayat Puteri Gunung Ledang

Kisah ini bermula sejak dari hujung tahun lepas.. Masih segar dan masih kukuh dalam ingatan.. Tentang Kentucky Fried Chicken, tentang seorang lelaki, tentang aku dan kawan-kawan.. Mari aku bawa kalian menelusuri kisah yang aneh dan pelik ini..



Cerita ini bermula di KFC Ipoh Garden.. Hujung tahun lepas di mana aku dan rakan-rakan berkunjung ke situ untuk menjamu selera.. Ouh.. Bicara tentang KFC, tiap kali itu juga tekak menelan air liur.. Nikmatnya.. Okey okey.. Ini bukan mahu cerita soal makan, ini mahu cerita soal apa yang terjadi di dalam restoran itu.. Tersebutlah seorang pekerja KFC yang berdedikasi dan teramat rajin mop lantai.. Kerjanya asyik lap meja, mop lantai.. Biarpun kawasan itu telah dilap berkali-kali, tetap juga dia mengemop, mop dan mop.. Rajin sungguh..


Malam itu aku dan rakan-rakan teringin makan KFC.. Masuk saja, lelaki ini pandang dari jauh dengan tersengih-sengih.. Pipinya ada parut yang dalam dan kami menggelarnya Laceration Deep Deep.. Usai membeli makan, kami duduk di meja.. Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, lelaki tadi datang dengan membawa mopnya lalu mop di kawasan kami makan.. Mop dan mop.. Berkali-kali.. Lepas itu diambilnya spray cermin, mula lap cermin pula.. Ouh.. Perlakuan yang teramat ganjil bila mana dia sambil mop sambil pandang ke arah kami.. Sengih-sengih..


Selesai makan, rakan aku mencuci tangan.. Di tengah jalan, dia ditahan oleh lelaki itu.. Aku nampak segala perlakuan mereka.. Lelaki itu tiba-tiba memandang ke arah aku.. Begitu juga rakan aku.. Hmm.. Pelik.. Rakan aku tiba di meja dan mula bercerita.. Lelaki tadi bertanyakan aku asal dari mana, berkerja sebagai jururawat di Teluk Intan ke, dia katakan aku seiras rakannya.. Yang paling penting, dia katakan dia kerja part time saja di situ.. Hoho.. Aku pandang dia, dia tersengih meleret.. Menakutkan kot?




Selepas peristiwa itu, ada jugalah kami berkunjung lagi ke KFC.. Dia tetap juga ada di situ.. Tak kira siang atau malam.. Kerja part time begitu ke? Haha.. Tiap kali datang, dia pasti datang dengan mopnya dan menunjukkan sikap rajin mengemop.. Satu hari kami bicara soal ciri-ciri bakal suami.. Rakan aku menyebut mahu suami yang alim.. Tiba-tiba sedang dia lap cermin di sebelah kami, dia menyampuk.. Saya solat 5 waktu sehari semalam.. Erkkkk.. Okey.. Terkejut dengan sampukan beliau.. Ada satu kali, dia mengeluarkan ayat, AWAK CANTIK.. Ouh.. Apakah..


Kelmarin, aku ke KFC setelah agak lama aku tak makan.. Lama juga aku tak pijak kaki ke KFC.. Adalah dalam sebulan lebih.. That strange guy.. Again.. Aku tak pandang dia langsung.. Sebabnya aku takut.. Terus meluru ke kaunter dan beratur.. Seperti yang dijangka, dia datang mendekati dengan mop.. Well, the mop guy talked to me.. Dia tanyakan lama aku tak datang, dah kahwin ke? Ouch.. Macam tak signifikan langsung soalan dia.. Dalam takut tetap juga aku pandang dan beri senyuman pada dia.. Bimbang jadi apa-apa.. Hati orang, sikap orang, kita tak tahu.. Yang penting, jangan wujudkan dendam dalam hati orang.. Nanti jadi pula kes ilmu hitam, buat orang itu, buat orang ini.. Aku cuma mengambil langkah extra hati-hati..




Aku tak adalah rasa serik mahu datang lagi, lagipun dia tak adalah ganas atau agresif mana.. Cuma extra peramah dan sedikit pelik.. Huhu.. By the way, itu sajalah KFC yang terdekat dari rumah aku.. Ngee.. Pengajaran dari cerita ini? Anda fikirkanlah.. Heehee.. Sampai sini saja hikayat KFC dan lelaki mop.. Ngee.. Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Aku hanyalah seorang gadis yang montel dan tembam.. Sekian..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.