Jika Inilah Nilai Menjadi Seorang Blogger..

Usai pulang dari menonton Semerah Cinta Stiletto, singgah mamak pekena ABC yang dah lama aku mengidam.. Balik rumah, selesai Isyak, tumbang atas tilam.. Buka-buka mata, jam menunjukkan pukul 12.10 tengah malam.. Terus blogwalking.. Gila blog ke tak aku.. Haish.. Malam Jumaat ini dikejutkan dengan sesuatu yang buat aku terkesima dan tergoda.. Eh silap.. Tersentuh barangkali perkataan paling menepati apa yang hati aku rasa, otak aku fikir..


Ribuan terima kasih buat pemilik blog Deep In My Heart iaitu Cik Muda Sara kita kerana menjadikan blog aku, blog kedua yang dijelajahnya semenjak dia mula mencetuskan Siri Jelajah Blog.. Minggu lepas, Ben Ashaari menjadi pilihannya.. Minggu ini, Cahaya Yang Riang Gembira pula.. Oh ya Sara.. Cahaya Yang Riang Gembira sangat terharu.. "Dia"kata pada aku dia mahu peluk kau ketat-ketat sekarang juga.. Hoho..



Cahaya Yang Riang Gembira baru berusia setahun lebih.. Mungkin tak segah dan sehebat blog-blog lain dan mungkin juga ramai yang masih belum mengenali Cahaya Yang Riang Gembira.. Walau apa pun, aku tetap bersyukur semenjak dari terwujudnya blog tercinta ini, ramai insan yang aku kenal.. Tak kurang juga yang sudi meluangkan masa singgah ke sini setiap kali ada update terbaru.. Terima kasih semua.. Antara blogger yang aku kenal dari dulu dan masih lagi rajin ikuti perkembangan aku ialah Joegrimjow, Aainaa Khairunisa, Azuan a.k.a Soulmate Angkat, dan tak lupa juga Cik Muda Sara kita..


Jujur aku mengaku, aku tersentuh hati dengan review dari penulis blog Deep In My Heart ini, partly sebab kesudiannya menjelajah blog aku.. Tapi most of all, aku tersentuh sebab aku tak sangka, dalam dunia maya ini juga, ada insan yang sudi kenali diri aku dan kerana kesudiannya itu dia "mengenali" aku.. Faham tak? Hehe.. Yang aku rasakan, bila dia bicara tentang aku, dia begitu dekat dengan aku dan sangat mengenali aku.. Yup.. That is what I feel.. Walaupun medan perkenalan hanya di sini saja.. Ngee.. Antara blogger yang buat aku ada rasa seperti itu adalah Cik Muda Sara dan Azuan (entry ini jadi kesukaan.. *Kenal tapi kenal ke?*..




Apa yang penting? Sayang semuanya yang sudi bertandang ke sini dan menjenguk Cahaya Yang Riang Gembira.. Ayat standard artis kita, tanpa peminat, siapalah saya.. Ececece.. Apa sekali pun, nilai menjadi seorang blogger memang teramat bernilailah boleh aku kata.. Hik hik..


Terima kasih sekali lagi buat semua.. Majulah berblogging untuk negara.. Assalamualaikum semua.. Selamat tidur..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.