Belajar Hormatkan Kehormatan..


Lelaki..

Jika benar engkau cintakan seorang wanita, letakkan dia di satu tempat "tertinggi"..

Tempat yang sukar engkau gapai selagi dia belum menjadi milikmu..

Tunjukkan rasa cinta dengan sebuah penghormatan..

InsyaAllah.. Satu hari pasti bersatu dengan izinNya..



Wanita..

Jika benar engkau cintakan seorang lelaki, cintakan diri engkau dulu lebih dari engkau cintakan dia..

Cintakan kehormatan dirimu lebih dari segalanya..

Tunjukkan rasa cinta dengan sebuah penghormatan..

InsyaAllah.. Satu hari pasti bersatu dengan izinNya..



Malam ini tergerak hati menulis cebisan ini.. Setelah melihat dengan mata kepala sendiri begitu ramai anak muda kita, anak-anak gadis muda remaja yang tewas dengan nafsu sendiri dan akhirnya bunting dan berada di Pusat Pemulihan Akhlak.. Tolonglah.. Buat lelaki, kamu adalah khalifah di muka bumi, tanggungjawab kamu untuk menjaga wanita dan kehormatan mereka.. Sebaliknya kehormatan itu kamu hancurkan.. Sebabnya? Cinta? Mengarut.. Buat wanita, tolong cuba hormat diri sendiri.. Sayang diri sendiri.. Pasti kamu akan lebih menghargai erti sebuah kehormatan.. Gadaikan kehormatan kerana sebuah cinta? Lambang bukti cinta sejati? Mengarut dan mengarut..


Luahan hati aku.. Peringatan.. Pesanan.. Buat diri aku sendiri, buat gadis-gadis juga jejaka-jejaka.. Selamat malam.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Terlalu ramai anak gadis belasan tahun di Wad Bersalin, benar-benar buat aku sedih.. Entahlah..



P/S: Wah.. Cahaya Yang Riang Gembira dan naik pangkat, Page Rank 3.. Anak keduaku pula yang baru lahir dah Page Rank 2.. Happy kejap.. Ngee.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.