Oh Blog! Sekali Sekala Aku Buat Luahan Hati Pada Kamu.. Tak Mengapa Bukan?

Ada orang kata, tak berapa elok jika selalu tulis entry luahan hati pada blog.. Takut pembaca lari sebab bosan asyik-asyik cerita pasal tuan blog punya rutin hidup harian dan perasaan.. Tapi.. Sekali dalam sekala, tak mengapa.. Kot.. Kan? Heehee..


Bangun pukul 6.30, siap-siap mahu ke kelas pukul 8.. Turns out, class cancelled.. Hampa hati.. Hari Isnin ini, badan mula rasa tak sedap.. Suluh tekak dengan lampu comel aku, merah menyala.. Sakit dan peritnya, sampai nak minum air pun rasa payah.. Otak ligat memikirkan di labour room tempoh hari ada dua orang ibu mengandung suspected H1N1.. Risau juga, al maklum saja aku tergolong dalam high risk group.. Hope sakit tekak aku resolve dalam few days.. Doa-doa jangan ada demam, selsema, sakit badan, cirit-birit.. Itu semua tanda-tanda H1N1.. Anda semua.. Jaga diri elok-elok, sebab gelombang kedua H1N1 dah bermula..




Mula dari part ini dalam entry ini, aku harap DIA tak baca.. Erm.. Sebab.. Kalau dia baca, nanti aku segan dengan dia.. Haha.. Aku kan pemalu orangnya.. Heehee..


Entahlah.. Dari saat malam tadi sampai kala ini, hati rasa happy dan suka yang amat.. Walaupun tidur dengan rasa keperitan tekak yang amat sangat, tetap juga mampu tersenyum dalam tidur.. Perasaannya.. Hmmm.. Seperti.. Seperti.. Jatuh cinta sekali lagi??? Hahaha.. Ooppss.. Tak boleh Farhana... Kau ni selalu angau lebih dan syok seorang diri ya.. Huhu..



Panggilan telefon darinya malam tadi memang tak aku jangka.. Hampir setengah jam di telefon.. Aku banyak diam dan gelak saja.. Sebabnya.. Aku terkedu.. Aku tak sangka keadaannya begitu lain bila berborak dalam YM dan berborak melalui telefon.. Rasa segan yang amat.. Hoho.. But anyway, his call last night really make my day walaupun hari ini adalah hari tak sihat aku.. Huhu.. Thanx yang teramat sangat..


Kesimpulannya.. Aku suka berborak dengan dia.. *tak kisah kalau dia tak suka.. ahaks..* Sekian, terima kasih.. *malu sebenarnya.. Haha..*



Okey semua.. Anda jangan senyum lebih-lebih baca entry ini, aku seorang saja jiwang tak mengapa.. Hahaha.. Take care semua, jaga kesihatan, jangan jatuh sakit sebab sekarang memang musim penyakit.. Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Aku suka pergi klinik.. Heehee.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.