Rapunzel Oh Rapunzel..

Siapa sitok udah nangga iklan Thomas Taw ya? Ngee.. Selalu saja tonton TV, lihat iklan sebuah rancangan TV tajaan SunSilk, rancangan tentang penjagaan rambut itu.. Ada beberapa orang pakar rambut dari seluruh dunia yang jadi jemputan untuk rancangan itu.. Pengacaranya si kecil molek, putih gebu, Nora Danish yang dua tiga menjak ini sibuk bergaduh dengan Fasha Sandha.. Hoho..



Thomas Taw jadi perhatianku.. Seorang pakar rambut rosak.. Tips dia, masukkan rambut anda di dalam air, jika ianya timbul maka rambut itu rambut rosak.. Dan aku dah pun mencubanya.. Bahagian hujung rambutku rosak sedikit tapi yang lainnya sihat walafiat.. Weee.. Siapa yang dah mencuba? Lelaki rasanya tak boleh kot.. Haha..



Penjagaan rambut memang bukan mudah.. Tambah-tambah lagi kalau punya rambut panjang macam Dyesebel atau Si Mayang Mengurai.. Rambut itu bukankah mahkota wanita.. Penting untuk dibelai untuk dijaga.. Walau orang lain tak nampak rambut kita bagaimana *bertudunglah maknanya*, tapi kita nampak.. Tak lama nanti, suami kita pula nampak.. Kalau rambut kurang bermaya, tak sihat, suami takut mahu tengok kot.. Heehee..


Diri aku sendiri macam-macam jenis dah aku jamahkan kepala aku ini.. Dari Vidal Sassoon, Pantene, Rejoice, Head & Shoulders dan kini aku gunakan SunSilk.. Berapa banyak bahan kimia dah diserap oleh rambutku.. Jadi bayangkan saja betapa banyak kerosakan yang ada.. Hoho.. Alternatif lain untuk rambut sihat.. Botakkan rambut dan mulakan sekali lagi penjagaan yang rapi.. Ngee.. Ada berani?



Eh.. Tiba-tiba hari ini cerita soal rambut pula.. Haha.. Bukan apa, sebenarnya mahu tanya, kalau anda jadi seorang suami satu hari nanti, anda suka kalau isteri anda berambut pendek? Panjang? Atau botak? Hik hik.. Selamat menjaga rambut semua.. Assalamualaikum..


Ulasan

Nazz@Purple berkata…
Nazz jenis malas nak berdandan nak jaga rambut..so selalu berambut pendek sje..senang..
Azuan berkata…
aku pakai satu jenis je shampoo~ sebab tue rambut aku terlebih sihat hahaa
myQza berkata…
aku bertudung mmg ada masalah rambut.

selalu kena cuci walaupun selalu sgt pun x boleh gak
Hizami Li berkata…
ahha~
rambot?
kalau zami, suka gurl rambot pendek.
oh.
bukan pendek sgt.
tp agak2 la.
hehe.
eh.
tak kisah la sebenarnya.
;D
farhana berkata…
Sy guna head n shoulder..
n terbukti berkesan untuk rambut yg berkelimumur..hahaha
skng rambut da agak sihat =)

emmm..slalu lelaki nk isteri dia berambut panjang but well managed =)
Adziim berkata…
Aku nak isteri simpan rambut panjang. Kalau nak pendek pun, habis2 stakat paras bahu.
rhapsody LiN berkata…
haha,,,syukur rmbutku lurus n sng jg even pkai tudung. x pyh mhl2 p rebond. :p
Tanpa Nama berkata…
i like long hair
tp ..

skrg smkn gugur sbb ...

;(
Tanpa Nama berkata…
rmbut pnjang..
tapi pakai tdung!
ISZA berkata…
suami akak suka akak rambut panjang.. dulu dia pernah bersedih bila akak potong rambut pendek.. huhuhu taknak dah sakiti hatinyer.. last2 dia bagi syarat jangan pendek atas bahu..

masalahnyer rambut akak gugur dan berkelumumur yang halus tu.. tu pasal rajin buat treatment.. ader petua tak? kongsi2 leh..
kudakertas berkata…
laki x prlu sgt jge rmbut kn??hehehe..
joegrimjow berkata…
seyes xpernah kenal pon ni

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.