Mungkin Awak Tak Tahu.. Tapi Saya Cinta Awak Banyak Dan Banyak..

Sana sini hati bunga-bunga cinta.. Orang itu jatuh cinta, orang ini pun jatuh cinta.. Selalu tersengih, tersenyum walau berseorangan.. Tambah-tambah lagi Encik Faridzul si business man muda ini, kerjanya tersenyum sepanjang hari.. Semua tertanya-tanya dan dia buat-buat tidak tahu.. Ramai menjangka dia sedang jatuh cinta.. Jika benar, gadis-gadis pasti kecewa.. Hoho.. Yang sebenarnya, cuma dia, dan hanya dia saja yang tahu.. Satu saja kata beliau, KU SUDAH JUMPA.. Jumpa apakah? Jeng jeng jeng..




Jika benar seperti yang dikata, maka bulan ini bulan cinta.. Eh silap.. Tahun ini tahun cinta.. Ehem ehem.. Tahun kahwin? Ngee.. Mereka-mereka bercinta, tak ketinggalan untuk aku juga ikut sama dan turut serta.. Ikut jatuh cinta.. Andai ada yang kecewa, ampun maaf dipinta.. Hatiku sudah berpunya.. Ececece.. Dan cebisan luahan hati ini hanya untuk dia.. Semoga dapat dirasainya.. Dan kamu juga, kamu dan kamu.. Rasakanlah juga aura cinta aku untuk dia.. Heehee..



Di hati ini.. Hanya dirimu..
Yang aku sayang yang aku rindu..


Setiap saat.. Setiap waktu..
Kuingin engkau selalu ada di sisiku..


Izinkan aku kecup keningmu..
Izinkan aku peluk dirimu..
Izinkan aku hadir di dalam mimpimu..


Betapa aku cinta padamu..
Betapa aku ingin dirimu..
Yang akan menjadi bahagian dari hidupku..
Oh.. Kasih..



Satu cebisan yang diinspirasikan dari SINI.. Ya benar.. Betapa Aku Cinta Padamu.. Sangat indah.. Sangat bermakna.. Sangat buatkan hati berbunga-bunga mendengarnya.. Macam ada orang itu, pandang dinding pun boleh senyum.. Hahahaha.. Serious jiwang..




Last but not least.. Betapa Aku Cinta Padamu wahai sayangku Cahaya Yang Riang Gembira.. Hik hik.. Ya ya.. Betul betul.. Siapa yang tak cintakan blog sendiri.. Betul tak? Hehehe.. Selamat berhari Jumaat kawan-kawan.. Esok balik Melaka.. Banyak gossip mahu update pada emak dan abah.. Hehehe.. Take care.. Assalamualaikum..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.