Perasaan Itu Umpama Menerima Satu Lamaran

P/S: Formspring dah jadi fenomena ke sekarang? Haha.. Orang buat, aku pun nak buat.. Jadi, kalau ada sesiapa yang mahu bertanya soalan padaku.. Peribadi, tak peribadi, rahsia atau terbuka, semua boleh ditanya.. Sila ke sidebar di sebelah kanan anda dan terus ke kaunter pertanyaan.. Terima kasih.. Heehee.. :)


Kaki blog ini sampai saja di Melaka, terus dibukanya lappy dan online.. Blogwalking, balas komen, itulah inilah.. Cukup sibuk mengalahkan Perdana Menteri pula rasanya.. Tapi bukan itu yang mahu dikata.. Hari ini hati rasa gembira.. Semalam meluah cinta.. Ramai juga turut meluah cinta pada blog masing-masing di ruangan komen.. Nampaknya penyebaran debunga cinta secara besar-besaran seperti berjaya.. Ngee..




Tadi ku sebut tentang hati yang gembira.. Ya.. Gembira atas komen yang anda berikan.. Tambah-tambah lagi komen yang di bawah ini.. Terasa diri begitu dihargai.. Eh silap.. Bukan diri kot.. Terasa Cahaya Yang Riang Gembira begitu dihargai dan disayangi.. Perasaannya umpama.. Erk.. Menerima satu lamaran? The sweetest proposal.. Haha.. Exaggerating sungguh tuan empunya blog ini..


Tak disangka ada juga insan yang sayang Cahaya Yang Riang Gembira ini.. Erm.. Sayang main-main ke sayang ikhlas ni? Hehehe.. Apa pun, terima kasih buat mereka yang sudi menyayangi diri ini.. Adoi.. Silap lagi nampaknya.. Pembetulan.. Sudi menyayangi blog ini, si Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngee.. Blogging is more fascinating when we receive such a great appreciation.. Ouh.. The feeling is just indescribable..


Kepada yang baru nak cuba-cuba jenguk dan hidu keindahan dan kepahitan hidup berblogging ini, selamat datang aku ucapkan.. Heehee.. Blogging.. Umpama sebuah lagi kehidupan untuk kita.. Yang penuh warna warninya yang tersendiri.. Yang penting, KITA ENJOY.. Haha..




Gotta go.. Mata dah hampir mahu tutup, mengantuk yang amat sangat.. Mahu sambung rasa happy menerima lamaran dalam mimpi pula.. Hahaha.. I guess musim gelap hidupku dah benar-benar beransur pergi, kini dapat ku rasa Cahaya Yang Riang Gembira benar-benar kembali menerangi dan menyinari.. *wink wink*


Happy blogging semua.. Happy weekend as well.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Hidup tak selalunya indah, langit pun tak selalu cerah.. Tapi mendung pasti berlalu dan mentari pasti menyinar kembali, dan hidup pasti akan kembali indah.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.