Kalau Jard The Great Seorang Lelaki.. | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Kalau Jard The Great Seorang Lelaki..


Okey okey okey.. First of all.. Welcome back dear Mia Zarah.. Hik hik.. Tajuk harus gempak bak kata Boneka Tak Sakit.. Ikut hati, malas nak menulis entry, sebab sangat penat dengan kelas yang bertimbun-timbun.. Tapi rasa macam dah lama tak menulis.. Rasa berdosa pada Cahaya Yang Riang Gembira sebab tuan blog sendiri telah memalapkan nur cahaya di sini.. Hoho.. Okey.. Back to business.. Motif tajuk entry di atas? Sebab komen yang ditinggalkan oleh Cik Jard kita.. Dah baca? Heehee..


Selama setahun aku berblog, banyak juga gambar diri sendiri yang aku tepek di sini, di Facebook juga begitu.. Tak pernah ada seorang pun yang menegur perihal tudungku itu seperti mana Cik Jard kita.. Apa yang aku cuba buktikan? Hoho.. Ada juga orang prihatin dengan sesuatu tentang diri aku.. Bukankah itu menunjukkan sikap "care" kita pada seseorang? Ecece.. Kalau saja Cik Jard seorang lelaki, dah lama aku ngorat.. Erk.. Kepada Encik Pakwe Cik Jard kita, saya gurau-gurau saja.. Heehee..


Heehee.. Nah!!! Tengoklah gambar passport paling besar punyerrrrr.. Hoho.. Jangan tenung lama-lama, kejap saja.. Huhu.. Tudung hitam kan? Yup2.. Kepada Cik Jard, aku memang suka pakai tudung hitam sebab muka aku tak boleh match dengan colour lain.. Dan aku jenis malas untuk bereksperimen tentang fesyen.. Dalam erti kata lain, aku ketinggalan bab2 fesyen.. Hik hik..


Ada sesiapa nak jadi image consultant aku tak? Ahaks.. Mesej yang cuba ingin disampaikan.. Tunjukkan pada insan tersayang yang kita care pada dia.. Caranya? Terlalu banyak.. Anda tahu bagaimana untuk menggembirakan hati insan yang anda sayang.. Weeee.. Janganlah senyap dan membisu seribu bahasa saja.. Tata everybody.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: I miss you like crazy, even more than words can say.. ~ Kembali ke zaman dulu-dulu.. :)
Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.