Amir Raja Lawak Pun Kata I'm Sorry

Fine fine fine.. Filem ini aku akui memang punya elemen cliche filem-filem Hindustan.. Joget-joget, gelek-gelek, baju warna-warni.. Berlatar belakangkan masyarakat Punjabi, filem ini memang sangat warna-warni.. Pakaian tradisional mereka memang menarik hati aku.. Nikah pakai baju begitu agak-agak boleh tak? Ahaks.. Filem ini sudah ditayangkan di Malaysia pada tahun lepas, hanya tahun ini barulah VCD filem ini dikeluarkan.. Lama ouh aku tunggu.. Kenapa aku menunggu? Kawan-kawan aku ramai pergi menonton filem ini di panggung, hasilnya, two thumbs up.. Aku? Teruja untuk menontonnya..




Nasib aku agak baik, di sini, di Batu Gajah, aku ketemu dengan VCD filem ini, Dil Bole Hadippa.. Heronya Shahid Kapoor dan heroinnya Rani Mukherji.. Bintang yang aku boleh bagi lepas menonton, out of 5, I'll give3.75.. Ngee.. Ada juga part yang a lil bit draggy here and there.. But overall, cerita ini memang rojak.. Macam-macam elemen, romantik, komedi, patriotisme, kesukanan.. Dan aku sangat suka.. Lepas menonton, hati rasa.. Erm.. Best.. Heehee.. Tambah-tambah melihat Rani berbahasa English yang tunggang langgang..


Cerita tentang seorang gadis Punjabi yang sangat meminati sukan kriket dan berhasrat untuk mewakili pasukan India melawan Pakistan.. Amritsar dan Lahore.. Namun, disebabkan ianya hanyalah sebuah kawasan kecil, hanya ada satu pasukan saja.. Iaitu pasukan lelaki.. Dengan identitinya sebagai perempuan, dia tidak dibenarkan untuk menyertai sukan itu.. Sebab kekampungan yang kuat, jadinya isu diskriminasi pada wanita masih wujud.. Atas desakan cita-cita, impian dan harapan, dia menyamar menjadi seorang lelaki untuk merealisasikan cita-citanya.. Rani memang kelihatan seperti seorang lelaki dengan solekan tersebut.. Menjadi lakonan beliau.. Best sangat-sangat.. Jadinya bermulalah perjalanan beliau menjadi Right And Left Hand Batsman.. Macam-macam yang terjadi.. Nak tahu, boleh tonton sendiri.. Ngee..



Dialog yang tak boleh aku lupa.. Heehee.. Jom tengok..

Shahid: Until now, I've never said sorry to any girl, you're the first girl..


Rani: You can't break someone heart and then use cellophane tape to fix it..


Shahid: It was your command that I did not heed, I'm guilty, I didn't fulfill your wish. Any sentence you pass, I'll accept.. This difficulty of mine, only then will it vanish..


Antara 3 dialog yang paling aku suka.. Rasanya lepas menonton filem ini, aku punya skill jiwang dah bertambah makin banyak.. Ngee..




Susah tak mahu ucap kata maaf? Aku respect pada insan yang tidak ego untuk menuturkan kata maaf andai benar dia ada salah dan silap.. Maaf, bagi aku adalah perkataan ajaib.. Sangat-sangat ajaib.. Benar.. Hanya kerana kata maaf dari seseorang, hati aku sejuk.. Aku dah berjaya lepaskan segala-galanya.. Tiada marah, tiada terkilan apatah lagi dendam.. Syukur Alhamdulillah.. Aku juga.. Mahu ucap maaf pada semua.. Heehee..



Maaf juga mencerminkan budi bahasa.. Betul tak? Budi bahasa bukankah budaya kita? Heehee.. Okey okey okey.. Stop sampai sini soal feeling feeling, soal perasaan, yang berlalu biarkanlah berlalu.. Redha.. Heehee.. Tata semua.. Taking cares.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: H1N1 masih ada lagi tak? Ada sesiapa dengar? Hoho.. Tak ada dah.. Betul tak? Atau mungkin tak banyak kes.. Kan kan kan?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.