Saya Urut Awak, Awak Urut Saya

Yippie.. Pagi Khamis.. Esok dah Jumaat.. Sangat suka.. Boleh rehatkan kepala otak dari kelas yang menimbun-nimbun.. Stress yang menggunung juga akan ditarah perlahan-lahan di hujung minggu ini.. Cuba bilang sama aku, ada sesiapa yang tak pernah stress? Anda pasti sangat hebat menguruskan stress sehinggakan anda tak pernah merasa stress langsung.. Aku? Stress stress stress.. Sebab itu agaknya jiwa aku makin tua walau usiaku masih lagi sweet 23.. Heehee..



Entry kali ini jom kita rehat-rehat sambil main urut-urut.. Hey hey.. Ini urut bukan sebarang urut okey.. Rumah urut pun belum tentu ada teknik begini.. Ngee.. Seeloknya urutan ini diamalkan oleh pasangan suami isteri.. Bukan saja boleh membantu mengurangkan stress pasangan anda, malah juga boleh mengeratkan kasih sayang, menambah warna warni dalam hubungan anda.. Wah.. Warna-warni okey.. Hik hik.. Buat yang belum berkahwin, kawan-kawan anda pun ada.. Jangan gatal-gatal mahu pakwe atau makwe yang urut ya.. Bimbang nanti jadi lain.. Ingat pesan aku.. Lekatkan dalam kepala.. Heehee.. Mari kita mula..




1) Minta pasangan kita duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menenangkan.. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya.. (tanggalkan cermin mata jika ada)


~ Macam mana tak mengeratkan kasih sayang suami isteri kalau begini, langkah pertama pun dah kedengaran sangat sweet.. Romantik.. Ini baru kedengaran, belum buat lagi.. Hik hik..




2) Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk.. Ulang 3 kali..


3) Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan.. Ulang 3 kali..


~ Aku bimbang langkah ini mungkin tak menjadi bagi individu yang mengalami kegelian melampau.. Hoho.. sekali pun dah tak tahan geli sampai melompat-lompat, terjerit-jerit.. Apatah lagi kalau ulang sampai 3 kali.. Hahaha..




4) Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang.. Ulang 3 kali..


~ Teknik ini ada iras-iras teknik cakaran harimau Ustazah Nor Bahyah.. Ngee.. Best okey cakaran harimau.. Mencengkam.. Heehee..




5) Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar..


6) Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk.. Dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri..


~ Langkah ke-6 aku juga bimbang.. Mungkin tidak digalakkan melakukan langkah ini jika pasangan anda sedang merajuk dengan anda.. Mahu patah tengkuk anda nanti.. Hik hik..



7) Gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar.. Ulang 3 kali..


8) Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan..


~ Urutan dimulakan dengan sweet dan romantik.. Diakhirinya dengan cara yang sama.. Best tak? Heehee.. Ini juga boleh dikira sebagai ilmu rumahtangga okey.. Ngee..



Jadi.. Apa tunggu lagi.. Mulalah praktis sekarang.. Eratkan kasih sayang.. Redakan stress yang melanda.. Pasti kepala otak jadi ringan, hati pun banyak senang.. Ngee.. Enjoy the moment together.. Keep practicing coz practice makes perfect.. Ngee.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Entry ini ditujukan khas buat my dear brother a.k.a matchmaker yang sangat-sangat senget dan best.. Ini untuk anda Bro Jawa.. Halau stress dengan ini, pasti anda dapat compose lagu dari hati.. Weeeeeeee.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.